CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, September 11, 2013

KOREAN BREAD.......Sedaaappp

Pertama kali merasa Korean Bread nie, MA terus jatuh cinta dengannya..... Jadinya MA pun belikanlah tepung Korean Bread untuk mencuba membuatnya sendiri.....
Pada petang semalam MA buatkan lah Korean Bread nie....kebetulan My Yanti, belum pun balik ke KL lagi. Perancangan awalnya My Yanti nak balik semalam, tapi memandangkan hujan turun tak berhenti dari pagi ke malam.....jadinya dia tundakan untuk balik pagi ini sahaja.
Dia bercuti semenjak percutian kami ke Royal Belum lagi, ambil cuti pun kerana hendak kesana... .
Oleh kerana tahap kerajinan memasak MA masih lagi memuncak, jadinya merasalah My Yanti untuk memakan Korean Bread nie.....
Komen daripada My Yanti pun sama juga dengan si Bungsu....sedaaaapp & dia juga sukakannya...
Semasa membeli tepung ini, ada disertakan resipinya....makanya tidaklah menjadi masaalah untuk MA mencari resipinya lagi....
Korean Bread nie sedap dimakan ketika panas-panas lagi.....lebih sedap jika baru dikeluarkan daripada oven. Si bungsu amatlah suka dengan Korean Bread nie....lepas satu, satu diambilnya...
Tapi yelah penghuni rumah nie tak ramai....jadinya MA buatkan separuh daripad resipi asal.
Disini MA catitkan resipinya untuk yang hendak menggunakan tepung Korean Bread 500g atau 250g, ini untuk ingatan MA sekiranya manalah tahu, MA nak buat banyak pula kalau anak-anak balik bercuti kerumah nie. Bagi yang teringin nak merasa Korean Bread & yang rajin nak membuatnya, jom kita tenguk resipinya.....


KOREAN BREAD
Oleh : MA

Bahan-bahan : untuk 1 adunan 

500g tepung Korean Bread
136.5g telur gred A
9g tepung susu
86.5/90g mentega
9g soya souce (kicap)
159ml air sejuk
55g jintan hitam.

Bahan-bahan : untuk separuh adunan - (dapat 15 biji)

250g tepung Korea Bread
2 biji telur Gred A
2 sudu kecil  tepung susu
45g butter
2 sudu kecil sos soya (Kicap lemak manis)
80ml air sejuk
28g bijan hitam

Cara Membuatnya :
  1. Campurkan semua bahan-bahan & pukul dengan low speed selama 1 minit sehingga bahan-bahan tersebut sebati.
  2. Lepas itu naikkan speednya kepada maximum & pukul selama 3 minit lagi.
  3. Sapukan tangan dengan sedikit minyak, supaya doh tidak melekat. Doh ini agak lembik sekali
  4. Bentukkan doh bulat-bulat, berat setiap satu doh anggaran 35g.
  5. Panaskan oven dahulu selama 15 minit dengan suhu 180C.
  6. Letakkan didalam dulang bersama-sama doh, dengan sebekas air, ini untuk mendapatkan kulit Korean Bread yang merekah. 
  7. Bakarkan doh dengan api temperature 180C selama lebih kurang 25-30 minit.
  8. Siap untuk dimakan.
P/S : KOREAN BREAD nie sedap dimakan ketika panas-panas lagi, kalau sejuk dia liat sikit...



Ini dia Korean Bread dah pun siap terhidang...
Itu keratan rupa didalamnya..
Sedaaappp...