CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 24, 2014

SUP TULANG MERAH SINGAPURA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Sup Tulang Merah Singapura nie....rasanya masam-masam manis....sedap dimakan dengan roti Perancis dan Gardenia. Hidangan ini sebenarnya popular di Johor dan Singapura. Tetapi disana biasanya mereka menggunakan tulang gear box kambing.
Kalau pergi ke Singapura rasanya ada 4 makanan ORI yang WAJIB dicuba....sup tulang merah, rojak, nasi beriani dan murtabak. Hampir semua makanan nie ada dijual di Arab Street, Beach Road dan Gelang. Semua tawkey2nya... mamak dan orang Arab....orang Melayu jarang sekali jumpa.
Di Beach Road Garden ...kat Golden Mile Food Centre tu ...ada satu section untuk peniaga Islam dan kat sini semuanya ada jual sup tulang merah....dalam banyak2, kedai DEEN yang paling femes. Dia dapat Best Food Award olih The Green Book TIGA KALI. Dah masuk dalam TV program Makansutra di Asia Food Channel.
Harga??? Hahaha...kalau shopping kat Singapura bayar jerr laaa...jangan convert nanti heart attack pulak.....
MA insyaAllah pada pertengahan bulan Disember 2014...dicuti sekolah nie, kalau tak ada apa aral melintang, teringin jgk nak pergi lagi ke Singapaura....ada jemputan kawin cucu sepupu ....nanti pastilah melencong JJCM disana....hahaha itulah hajat dihati....'Sambil menyelam kita minum air' yerrr....!!!! itu pun kalau di izinkan ALLAH SWT.
Okey ...mai kita terjah pula resipi Sup Tulang Merah Singapura yang dikongsikan oleh Puan Ita..masam manis.
Alahaiii....sedapppp tuuu....kalau tak ke Singapura pun dah terubat jugak kempunan kita.....
Mai kita sama-sama cuba ...jangan tak cuba....


SUP TULANG MERAH SINGAPURA
Sumber : ita masam manis
Olahan : MA
  • Mula-mula kita rebus tulang dahulu hingga empuk (MA cuma guna tulang lembu dan isinya saja....xderr tulang gear box kambing pun...huhuhu)


Bahan- bahan merebus tulang :
  • 1kg tulang lembu atau kambing - pastikan banyak dagingnya (kalau kambing boleh guna tulang gear box atau rawan - lagi bagus)  
  • Air secukupnya untuk merebus daging
  • 2" halia ~ dhiris kasar
  • 2 batang serai ~ diketuk
  • 1 labu bawang putih ~ dibelah 2
  • 1 bungkus sup bundut
Kaedah merebus tulang :
  1. Cuci tulang bersih- bersih. Masukkan kedalam periuk.
  2. Masukkan air secukupnya.
  3. Masukkan serai, halia bawang putih dan sup bundut dan rebus hingga daging pada tulang empuk (MA rebus menggunakan presure cooker ~ 30 minit)
  4. Bila dah empuk, keluarkan tulang, serai,halia, bawang putih dan sup bundut.
  5. Asingkan tulang tadi dari serai, halia, bawang putih dan sup bundut tadi. Ketepikan.
Sekarang kita sediakan bahan- bahan rempah cilinya pula


Bahan-bahan rempah cili :
Bahan A :
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 3 kuntum bunga lawang

Bahan B (dikisar halus) :
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1" halia
  • 15 tangkai cili kering

Bahan C (bahan rempah) :
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh serbuk the manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam


Bahan D ( untuk sos) :
  • 1 tin kecil tomato puree ( kalau tin besar tuu guna dalam 1/2 tin)
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1/2 botol sos tomato (botol kecil)
  • 2 biji telur
  • 1 buku gula melaka
  • 2 kiub daging
  • 1 cawan bawang goreng
  • Sedikit pewarna merah
  • 4 biji kentang ~ kentang dikupas kulit, potong bulat dan digoreng kemudian masukkan dalam blander dan dikisar halus.

Bahan E ( Sayur-sayur) :
  • 2 biji kentang ~ kupas kulit dan didadu
  • 4 biji tomato ~ potong baji
  • 1 batang lobak merah ~ potong panjang
  • 3 pokok daun ketumbar ~ dihiris, akarnya dibersih tanahnya dan dimasukkan sekali nanti.
* Okey dah siap dah bahan- bahan yang diperlukan, sekarang bolehlah kita mulakan proses memasak rempahnya....


Kaedah Menyedia :
  1. Panaskan minyak  dan tumis rempah tumis.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar.
  3. Masukkan cili yang dikisar. Masakkan hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan lada hitam yang bancuh dengan sedikit air. Kacau dan masak lagi hingga garing.
  5. Masukkan tomato puree dan tomato sos.
  6. Masukkan juga kicap manis, gula melaka dan kiub daging. Masak hingga gula melaka larut.
  7. Tambah air jika kuah pekat.Masak hingga terbit minyak. Matikan api dan angkat.
* Rempah kita telah pun siap, sekarang kita mulakan proses memasak sup tulang pulak.....


Kaedah Menyediakan Sup Tulang Merah :
  1. Panaskan semula air rebusan daging dan masukkan semula daging kedalam air rebusan.
  2. Masukkan kuah cili yang kita masak tadi. Kacau rata. Biarkan mendidih.
  3. Masukkan kentang yang dikisar tadi. Masukkan juga pewarna merah. Kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam dan gula. Perasakan juga dengan maggie secukup rasa  (jika suka). Biarkan merenih sebentar.
  5. Masukkan bawang goreng.
  6. Masukkan tomato, kentang, daun ketumbar, akar ketumbar dan lobak merah.
  7. Kacau dan biar kentang dan lobak empuk.
  8. Akhir sekali masukkan telur yang telah dikocok.
  9. Biarkan kuah sup merenih dan pekat.
  10. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng diatasnya, sedia untuk dihidang.


* Dah pun siap kuah sup tulang merah kita....hihihi panjang betul ceritanya, banyak stepnya pula....jangan bimbang betul saperti kata ita... tak susah macamana pun....kalau bahan semua dah tersedia....dengan mudah, rengkas dan cepat...dan segala proses memasak akan berjalan lancar.....
Yang penting rasanya sedappp hingga menjilat jari....MA memang suka sekali Sup Tulang Merah Singapura nie....memang ngamm makan dengan roti Perancis atau roti gardenia.....ulalalaaa sedapppnya...Mesti cuba jangan tak cuba....
MA dengan siBungsu memang suka sekali rasanya.....marbeles....kami makan sampai esok harinya, dipanaskan.... lagi pekat lagilah sedapppp.......

Ini pula Sup Tulang Merah Singapura yang ORI 
Alahaiii....tenguk sajerrr dah terlio....
berbedza daripada Sup Tulang Merah Singapura yang MA buat
Hahaha....biasa lahh...yerr....tulang gear box...pasti sedappp!!!
kelestrol pun tinggi bibbb....
Janji rasa kesedapannya hampir sama....Terbaikkk
Gambar ikhsan dari Cik Google...
terima kasih pada tuan punya gambar...


Mai kita pergi Singapura.....!!!!
Kalau nak rasa sup tulang merah yang ORI
Ini bukan promosi yerr....
Just untuk catitan MA untuk JJCM sahaja...
Kalau nak ke Singapura senang rujuk jerr disini..