CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 25, 2014

UNGKEP AYAM PEDAS

Salam sejahtera....semoga kita semua diberikan Allah rahmat dan hidayahNya.
Untuk petang  nie MA nak n3kan resipi Ungkep Ayam Pedas yang MA skodeng daripada rumah Yatiememories. Memang sedappp resipi nie....malah membuatnya pun tak lah susah. Terima kasih pada penyumbang asal resipinya CMG dan terima kasih juga kepada Yatie untuk resipi ini. Izinkan MA salin resipi nie diblog MA yerrk......untuk rujukkan MA dan anak-anak dimasa akan datang.
Wokeeyyy...mai kita tenguk resipinya......


UNGKEP AYAM PEDAS
Resipi Asal : CMG
Sumber : Yatiememories
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 ekor ayam- potong ikut suka hati, cuci bersih & toskan
  • 2 biji kentang - saya tambah, kupas kulitnya & potong 4 setiap biji (MA juga sama)
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
Bahan-bahan Kisar Halus :
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1" halia
  • 1/2" lengkuas
  • 3/4" kunyit hidup
  • 1 batang serai - dihiris halus
  • 3 biji buah keras - dihiris
  • 1 biji cili hijau (MA guna cili merah jee)
  • 20 biji cili padi
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan), tumis serai titik hingga harum, masukkan bahan-bahan kisar halus dan tumis sekejap hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, biarkan ayam kecut sedikit. (Masukkan juga ubi kentang).
  2. Tuang air secukupnya (jika anda guna ayam daging yang cepat empuk, guna 1 1/2 cawan air). Kacau rata. Masukkan daun salam @ bay leaf, asam gelugur dan sedikit garam. kacau dan biar mendidih perlahan.
  3. Masak hingga pekat, tambah gula melaka, kacau dan masak lagi hingga kering seperti rendang. Kacau sekali sekala. Rasa dan jika perlu tambah lagi sedikit garam. Masak sekejap dan boleh matikan api. Hidang bersama nasi, ketupat dan sebagainya.
Rasanya saperti rendang...ummpph sedaapppnyaa..
Tak guna santan pun...

Ungkep Ayam Pedas
Memang senang membuatnya.....
SELAMAT MENCUBA.


AMALAN ZIKIR HARIAN

Pagi tadi MA berjalan2 melawat blog kawan2 yg aktif dalam berbloggers nie.....
Terutama sekali ..MA suka sekali melayari blog yang membincangkan tentang UGAMA ISLAM.
Alahaii terpikat MA kepada nukilan resepirahsiaku.com.....Untuk itu izinkan MA mengabadikan nukilan beliau diblog MA pula. Ini untuk ingatan MA....semoga Amalan Zikir Harian ini dapat di manfaatkan dalam kehidupan MA dan anak-anak.
Semoga apa yang kita usahakan mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH SWT.....aminn.
Terima kasih kepada tuan punya blog..... diatas pengkongsian ini.
Untuk itu mai kita sama-sama menghayatinya.......


AMALAN ZIKIR HARIAN
Oleh : MA

Jaga mulut mu dari percakapan yang tidak berfaedah dan sia-sia. Diam mu lebih baik daripada omong kosong yang akan mengundangkan dosa. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang mengingati ALLAH SWT. Tidak kira dimana dan apa jua dilakukan, hati kita sentiasa mengigati ALLAH. Dengan menyebut dan mengingati ALLAH SWT, hati akan tenang.

Berzikir tidak semestinya berada di atas sejadah. Boleh berzikir semasa memandu kereta ketempat kerja, sedang memasak makanan tengahari, semasa membasuh pakaian atau ketika dalam perjalanan dari satu distinasi ke distinasi yang lain.

“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke satu distinasi yang tetap akan kita semua kunjungi dan disanalah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yang ABADI selama-lamanya.
Jadi apakah bekalan kita telah mencukupi untuk ke sana??? Atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Sekurang-kurangnya beramallah kita dengan zikir ini sebagai menampung amalan kita.

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan MENGERASKAN HATI, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh daripada ALLAH SWT.

Berikut adalah ZIKIR HARIAN sebagai amalan kita pada setiap hari..........


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’d 28. 

Rasullullah SAW telah bersabda....
”Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasullullah SAW bersabda lagi....
”Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “

Nukilan Asal : www.resepirahsiaku.com
Gambar : Ikhsan Cik Google
wALLAHu'alam