CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 21, 2014

STRAWBEERY SWISS ROLL

Selamat pagi semua....hari nie MA nak kongsikan lagi resipi tertunggak yang MA tak sempat update dimasa bulan Ramadhan tempohari.
Resipi Strawberry Swiss Roll yang MA skodeng dari rumah Kakwan....terima kasih yerr kerana sudi berkongsi resipi yang cantik dan sedappp nie....
Sebelum itu mari kita hayati pendoman yang boleh memotivasikan diri kita....."Rezeki bukan hanya wang, tetapi juga umur yang berkat, nikmat kesihatan yang yang dikelilingi oleh kebaikan dan kedamaian" Oleh itu sama-sama lah kita muasabah diri dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan ranjau dan duri ini......
Berbalik pada resipi swiss roll nie, dah lama sekali MA teringin nak cuba membuatnya....tapi yerr lah ...angin "M" selalu melanda diri....
Wbp alhamdulillah.... tercapai juga hajat dihati untuk melaksanakannya ....
Resipi swiss roll yang MA abadikan diblog nie telah MA gandakan sukatannya ....memandangkan MA nak membuatnya untuk 2 roll sbb oven yang MA guna besar dan boleh dimasukkan kedua-dua acuan berukuran 10"x10"sekali kedalamnya....makanya MA gandakan sukatan berkenaan.....
Bagi anda yang ingin mencuba untuk membuat sedikit sahaja, bolehlah dikurangkan separuh dari sukatan ini....
Okey lahhh mai kita tenguk resipinya....


STRAWBERRY SWISS ROLL
Sumber : Citarasawan
Oleh : MA

Bahan A :

  • 6 biji kuning telur
  • 150g gula kaster
  • 100ml air
  • 80ml minyak jagung/ minyak masak
  • 160g tepung gandum - di ayak (MA guna tepung superfine)
  • 2 sudu teh esen vanilla
Bahan B :
  • 6 biji telur putih
  • 4 sudu teh gula kaster
  • 1/4 sudu teh cream of tartar
Bahan C :
  • Buah srawberry secukupnya
  • Pewarna pink (Strawberry) dan hijau (daun)
  • Coklat emalco dan lidi
  • 300ml whip topping cream (non-dairy). Putar hingga pekat

*Loyang 10"x10" (2 buah di alas dan digris)

Cara-caranya :

  1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hinggaputih dan gebu. Kaup dan balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata (gunakan dengan spatula jerr).
  3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu besar adunan (tambah pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan kedalam botol kecil yang bercorong (Boleh juga guna pipping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya). Pipe keatas loyang..bentukkan saperti strawberry dan daun.                                                                
  4. Bakar didalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 170'C selama satu minit. Angkat dan ketepikan                                                                        
  5. Tuang baki adunankeatas motif strawberry, ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170'C   selama15-20 minit.
  6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit. Terbalikkan diatas sehelai     kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas     minyak diatas motif strawberry kemudian terbalikkan ke atas. Sapu ratakan krim dan aturkan beberapa biji strawberry di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan. Gulung seperti   membuat shusi. (MA lapik dengan plastik jerr- sbb senang utk digulung)
  7. Okey dah pun siap....simpan dalam peti ais sebentar atau lebih elok semalaman. Lepas itu       boleh dibukakan balutan nya...titik-titikan bentuk buah strawberry dengan menggunakan lidi   dengan coklat emalco dan sedia dipotong....apa lagi ngap laaa....
  8. Selamat mencuba...

Strawberry Swiss Roll