CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 17, 2016

HOMEMADE LAKSAM



Assalamualaikum, selamat petang utk teman2 dialam maya semua. Terima kasih kerana masih sudi bertandang kesini lagi, walau pun tuan rumahnya sekejap ada sekejap xderr macam biskut chipmore....
Hari niee raya ke 12 dahh...terlalu cepat masa berlalu...
Hari nie MA nak abadikan disini resipi HOMEMADE LAKSAM yang memang menjadi kegemaran MA. Kerana xpuas mkn dimasa bulan ramadhan dulu jadi MA lepaskan dendam membuatnya dihari ini. Mana tidaknya asyikkan membeli dipasar ramadhan dan selalunya xdapat yg menepati citarasa MA. Selalunya LAKSAM yg dibeli dipasar ramadhan kuahnya terlalu lerr cair. Aduhh kenapa lerr peniaga tidak ikhlas dlm berniaga, asyik nak kaut untung jerr....cerr buat sedap2 pasti customer pun puas hati dan sudah tentu akan setia membeli.....harga walaupun mahal, tapi sedap, itu no hal....
Jom kita layan resipi step by step HOMEMADE LAKSAM, resipi niee MA rujuk drp fb 1001 resipi sedap tuan resipinya adalah KAK ROSE...terima kasih pd kak Rose yg sudi share resipi ini. Tapi resipi nie MA dah tokok tambah sikit mengikut citarasa MA...jangan mareee....
Hahaha hari niee MA makan sampai lebam, kebetulan pula ada tetamu beraya kerumah MA, kawan lama semasa dikampung datang bertandang....terima kasih pd Puan Zainab & suami serta anak menantunya kerana sudi datang beraya ke rumah MA...
Okey.. cara membuatnya sila lihat pd gambar2 yg disediakan...

HOMEMADE LAKSAM
Resipi : KAK ROSE
Disediakan oleh : MA

Bahan2 Laksam :
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air (MA guna 4 3/4 cawan jerr)
  • 1 sudu teh garam*
  • 1 - 3 sudu besar minyak masak* (*ini MA tambah- MA guna 1 sudu besar jerr)
* Note :Okey kat sini boleh guna apa2 cawan, mug, kole dan sebagainya. Janji sukatan menggunakan cawan @ mug@ kole yang sama. Ingat yerr....

Bahan untuk  kuah :
  • 1/2 kilo ikan kembong / sadin ( direbus dan diperisikan isinya)
  • 5 - 6 ulas bawang besar
  • 2 sudu teh lada hitam/ sulah ( MA guna lada hitam)
  • Sedikit halia ( dihiris kasar)
  • Sedikit halba
  • Sedikit belacan bakar (KIV - selalunya org kelete xbubuh dlm kuah)
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1/2 kiub ayam (MA tambah)
  • 2 keping asam keping
  • Santan pekat (lagi byk santan lg sedap)
Bahan2 sampingan :
  • Kacang panjang
  • Taugeh
  • Timun
  • Daun kasom (KIV - kalau suka)
  • Kobis
*NOTE : Sambal - cili kering dlm 6 biji direbus hingga lembut, toskan. Tambahkan 2 biji cili hidup. Ditumbuk halus bersama dengan garam.
Boleh juga ditumbuk dgn belacan bakar atau dimasukkan dalam kuah sahaja.

Satukan tepung beras, tepung gandum, garam & air. Bancuh 
biar sekata & tapis. Akk nak senang masukkan dalam blander
& blend semuanya. Abes citer.
Last sekali masukkan minyak masak, kacau sebatikan.

Sediakan tudung periuk atau apa2 acuan yg sesuai. 
Mana2 acuan pun boleh hantam jerr labuuu...
 Laserkan sedikit dgn minyak mask. Sebelum tuu 
panaskan pengukus terlebih dahulu.
(Akk lapik acuan ngan plastik kemudian baru 
laserkan plastik ngan minyak sbb akk cuba ...
just laserkan acuan ngan minyak jerr. Tapi bila 
dah masak adunan melekat. Jadi akk buat cara niee...
elok pulak kejadiannya.  Hantam jerr labuuu...
Janji okey...kita yg buat dia kann... kann)

Masukkan 6 senduk bancuhan tepung tadi kedlm acyan.
Letakkan acuan kedalam pengukus - akk kukus selama
 lebih kurang 10 minit.
(Niee acuan yg mula2 akk buat xguna plastik...
tp melekat sikit..susah nak gulung)

Bila dah naik gelembung cam niee, kira dah masak lerr...
Boleh lah diangkat kemudian masukkan acuan yg lain.

Tuang bancuhan tepung & kukuskan lagi.

Gulungkan laksam ketika masih panas / suam.
Kalau dah sejuk, susah sikit nak gulung.
Ulang proses di atas sampai bancuhan tepung habis.

Kejadian laksam yang membuka selera.
Hahaha... tembam2 laksamnya.
Abaikan...yerr, akk dapat 6 gulung, tuu 
yg tembam2, acuannya beso....
Apa2 pun janji laksamnya menjadi...

Untuk kuahnya pula.....

Blend bawang besar dengan sedikit belacan. 
Masukkan dalam periuk, diikuti potongan halia,
 lada hitam, halba & asam keping. 

Renih hingga mendidih

Blend isi ikan hingga lumat & halus.
Blender juga tulang2 ikan secara berasingan. 
Tapiskan. 

Bila bahan2 blender diatas dah menggelegak,
masukkan isi ikan dan air tulang ikan tadi.
Renih lagi sampai mendidih.

Masukkan garam, gula dan kiub ayam separuh.

Akhir sekali tuangkan santan pekat. Lagi banyak
santan pekat lagi sedap. Masak sampai mendidih.

Bolehlah dihidangkan bersama laksam,
ulaman dan sambal.

Taraaa...dah siap terhidang pun laksam...
Apa lagi...jemput makan.
Laksam yang terbaikkk...
















Thursday, June 30, 2016

BISKUT CREAM CHEESE YANG MARBLESE



Assalamualaikum, selamat petang khamis......
Raya dah nak dekat dahh...tentu  ramai yang telah pun membuat biskut raya utk persediaan menyambut raya  yg xlama lagi akan menjelma.Bagitu  juga dgn MA, baru jerr nak prepare buat sejenis dua biskut raya...
Tahun niee MA xbuat byk pun...anak2 pesan xpayah buat sbb nanti mereka akan bawa balik  biskut raya tuu...
Tapi MA biasa lerr teringin jgk nak buat sebalang dua ....
Okey lerr niee cerita smlm...MA buat  biskut Cream Cheese....rasanya sedap, pada peminat cheese pasti suka dengan biskut niee..sbb rasa cheesenya memang ummmpphh...
Okey disini MA abadikan resipinya. Mana lerr tahu next time MA teringin nak membuatnya lagi,  mai kita sama2  tenguk resipinya...


BISKUT CREAM CHEESE YANG MABLESS
Oleh : MA

Bahan2nya :
  • 125g serbuk cheese parmesan
  • 250g butter
  • 200g tepung gandum
  • 150g gula halus
  • 250g tepung jagung
  • 25g tepung susu
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu teh vanilla
  • Secukupnya cheddar parut - untuk hiasan diatas biskut
Caranya :
  1. Pukul butter & gula hingga sebati
  2. Campurkan kuning telur& vanilla, pukul lagi hingga sebati & berubah warna.
  3. Masukkan cream cheese parmesan, tepung susu sambil digaulkan sehingga sebati. Masukkan juga tepung ( tepung jagung habiskan dulu, baru dimasukkan tepung gandum mengikut kelembutan doh)
  4. Uli sebatikan, rehatkan doh lebih kurang 30 minit atau lebih didalam peti ais (Doh ini lembut sedikit, lepas simpan dlm peti ais baru dohnya keras sikit )
  5. Terapkan doh ngan acuan mengikut citarasa masing2.
  6. Tabur cheddar yang telah diparut diatasnya, sebagai hiasan.
  7. Bakar sampai masak dengan kepanasan ketuhar 170'C selama 20 - 25 minit.
  8. Bila biskut sudah masak, sejukkan dulu baru dimasukkan dalam bekas kedap udara.

Monday, June 27, 2016

BISKUT KRISTAL CINTA



Bismillah...selamat petang semua.
Alhamdulillah, hari niee 22 hari dah kita berpuasa, xlama lg nak raya...
Aduiii....anda tentu dah mula buat biskut raya atau pun dah siap sedia menempah biskut raya. MA baru hari nie nak cuba mula buat biskutnya...
Hihihi tahun niee xbyk MA nak buat, cuma nak buat 2 jenis jerr...yg lain2nya anak bawa balik nanti......
Itu pun sbb MA nak hantar kerumah mak...
Hari niee MA nak buat Biskut Kristal Cinta, hihihi sesiapa dlm hati ada taman boleh lerr mencubanya. Nama biskut pun dah ngam ngan orang2 yg tgh bercintan..
Dulu MA penah buat juga biskut niee...tp dulu tuu ikut resipi citarasawan...nama biskutnya masa tuu Biskut Kristal Ball...apa2 ajerr lerr...biskutnya masih sama tapi rasanya mungkin ada kelainan sikit...
Resipi kali ini...MA ambil drp fb Azlina Ina Fans, terima kasih pd beliau kerana sudi berkongsi resipi. Kata Azlina biskut niee rangup2 manja, sweet2 manja & comey2 manja. Apa2 pun yg penting biskut niee sedap bangat & membuatnya pun mudah tahap gaban katanya. Hihihi memang betul pun..MA sendiri dah cuba buat & dah pun merasanya masa berbuka tadi...
Okey lerr dengan xmelengahkan masa, jom cikedot resipi laju2...
Tapi maaf lerr MA derhaka sikit pd resipinya....jgn marahhhh

BISKUT KRISTAL CINTA
Olahan : MA

Sukatannya :
  • 125g atau 1/2 cawan buttercup
  • 125g atau 1/2 cawan minyak sapi QBB
  • 125g atau 1/2 cawan atau boleh juga guna 3/4 cawan gula ( tapi MA cuma guna 1/2 cawan jerr sbb luar nanti dah letak gula halus lagi kann )
  • 1 sudu teh essen vanila
  • 30g serbuk badam / serbuk susu (tenguk bajet kau orang)
  • 285g atau 21/4 cawan tepung gandum
Cara membuatnya ada pd setiap gambar....


Campurkan semua bahan2 buttercup, minyak sapi, gula & essen vanila dlm satu bekas & kacau bahan2 tersebut ngan senduk kayu hingga sebati. MA guna mixer jerr...xkuasa teman nak mengacau teruk2 ngan senduk kayu dibulan puasa niee.

Bila dah jadi macam niee adunan tuu...masukkan serbuk badam / serbuk susu sebatikan, kemudian masukkan tepung gandum sedikit2 dulu sambil di uli. Sukatan tepung ini tertakluk pada individu - ada yg selesa doh sedikit keras, maka habiskan lerr sukatan tepung tuu / boleh jgk ditambah tepungnya mengikut keselesaan masing2.  285g tuu maknanya utk keselesaan MA...
so asalkan dia jadi doh yg selesa & boleh dibentuk...dahh ok. MA simoan sebentar doh niee dlm peti ais kira2 20 minit, supaya dohnya keras sikit...

Sebelum MA  lupa bgitau....serbuk badam tuu MA sangaikan sikit atas api, sebelum dimasukkan dalam adunan mentega tuu...tunggu serbuk badam tuu sejuk dulu...

Masukkan serbuk badam & tepung . Kacau sebatiikan ...Macam tuu lerr rupanya.....Maaf lerr...gambar dohnya terlupa nak snap lak...huhhu

Sekarang asingkan doh kepada 3 bahagian ( 1 bahagian beratnya > 241g ) & letakkan warna.....hijau, merah & kuning.
Spare tepung gandum sikit, sbb lepas letak warna cecair, doh ini akan jadi lembik sikit. Okey lerr... kalau rasa lembik tambah sikit tepung sambil di uli bagi rata.

Bagini kejadiannya satelah diwarnakan...macam trafik light lerr pulak.

Okey ambik semua warna sikit2 & bulat2kan lerr.  Besar kecil bulatnya mengikut citarasa masing2. Kalau yg membuatnya orang gemok, bulatnya pun mesti lerr gemok sikit...hahaha...
Dah siap macam niee...panaskan oven pd suhu 170'C dan bakar lah selama 20 minit, guna api atas bawah yerr ..... Udah masak keluarkan...panas2 lerr yerr. 
Sejukkan dulu biskut tuu...
Kemudian sediakan gula kaster halus. Ambil biskut tadi terus masukkan dalm gula kaster tadi & golek2kan supaya biskut bersalut ngan gula.

Masuk dalam paper cup cam tuu...

Dah siap, susun elok2....senang kann... 
Selamat mencuba.

Sunday, June 26, 2016

MENGHADIRI BENGKEL RP& BMC ANJURAN SME CORP 2016


Selamat tengahari...hari niee tgh rajin utk update blog yg dah lama menyepi niee....
MA nak update cerita baru2 nie utk di abadikan kenangan diblog kesayangan MA ini...Cerita niee di akhir bulan Mei &  di awal bulan June 2016 dulu, alhamdulillah MA telah pun menghadiri kursus RP ( Bengkel Rancangan Perniagaan) & BMC (Bengkel Bisness Model Canvas) anjuran SME Corp Malaysia bersempena minggu PKS 2016.
(pockettalk@smecorp.gov.my)
Dalam Bengkel yang MA hadiri itu, penceramahnya adalah....

Pn Lily Sabrina binti Md Saberi
Director
TMSB Training& Consultant SB
B-13- 4 Jalan Serai WangiG/16G
Alam Avenue1, Seksyen 16
40200 Shah Alam Selangor
03-55232610
013-3939610
www.smartbisnes.com
www.lilysabrina.com

Hihihi...panjang betul catitan MA, bukan apa untuk kenangan abadi buat MA utk renungan dimasa depan. Bengkel yg MA hadiri tuu adalah pada 31hb Mei 2016 (salasa)  utk Bengkel RP bertempat di Institiut Latihan Pos Malaysia Bangi.
Kenangan tempat lama mama semasa bekerja dulu...
Okey lerr xpayah MA berceloteh panjang, biar gambar2 jerr yg berbicara...




Itu cerita Bengkel RP....
Sekarang kita tenguk pula cerita2 di Bengkel BMC , masih under penganjur yang sama serta penceramah yang sama, cuma tempat jerr yang bertukar dan ianya diadakan selang sehari daripa Bengkel RP.
Kebanyakkan yang menghadiri bengkel niee juga orang yang sama di Bengkel RP. Semoga apa yang kami pelajar boleh di manfaatkan utk diri sendiri serta anak2... Terima kasih kepada cikgu Lily Sabrina (cikgu Nielofa) kerana sudi berkongsi ilmu dengan kami. Halalkan semua ilmu cikgu....utk kami.  Semoga rahmat bersama kita semua..aamiinn.
Okey mai kita tenguk gambar2 di Bengkel BMC pulak...



*