CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 26, 2013

TAZKIRAH PAGI JUMAAT : KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH





"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.

Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini, dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini & kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu menyakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik; dan berlemah lembutlahterhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalahteman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka ialah mereka sama sekali tidak bolih memasukkan orang yanga kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina. 

Wahai manusia , dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Seambahlah ALLAH, dirikan solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, dan kerjalah ibadah haji sekiranya mampu.

Ketahuilah setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah di sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya kepada orang lain dan bagitu seterusnya.

Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memamahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawanya aku telah sampaikan risalah MU kepada hamba-hamba MU".




BISKUT SEMPERIT SUSU a.k.a. DAHLIA SUSU

Salam Jumaat & selamat bercuti Nuzur Al-Quran....
Kemarin pagi MA ada membuat biskut, kebetulan Reen Khan yang lama menyepi, kembali berblog....& MA terpikat dengan resepi baru yang simple daripada koleksi Reen Khan ini. Kata Reen ada yang mengelar Biskut Semperit Susu a.k.a. Biskut Dahlia Susu.
Wbp apa jua panggilan pada biskut ini, tak kesahlah .....asalkan bahagia....he3x
Membuat biskut nie...tak susah pun, bahan-bahannya pun biasa-biasa je.....tapi rasanya sedappp.
Membuatnya pun tak payah pakai mixer....just godek manja menggunakan spatula je....
Rasanya sebelum nie, MA pernah rasa biskut nie....menantu MA tersangat le sukaaa nyaa diaa dengan biskut nie...... selalu dia beli biskut nie drp kawannya.....MA ada juga carikan resepinya dengan pertolongan cik google tapi tak berjumpa pulak.....Dan kini alhamdulillah kebetulan Reen Khan tayang biskut nie ...... Pada mulanya memang MA tak perasan pun biskut nie......tapi satelah cuba membuatnya kemarin.....Alahaii.....memang berbaloi sebab selama nie, biskut nie le yang MA cari. Si bongsu, laaa.... sampaikan tak cukup lagi walau pun dah sebalang biskut nie habis, masih ... merengek nak lagi....
Jadinya sebelum raya nanti nampak gayanya terpaksalah MA buatkan lagi biskut nie.....huhuhu
Terima kasih pada Reen di atas resepi biskut yang simple & sedap nie......
Rasa biskut nie bersusu & rangup serta cair di mulut.... Kalau dah mula memakannya susah nak berenti....dek kerana kesedapannya. Bagi kawan-kawan yang suka rasa susu....cubalah biskut nie.....berbaloi.
Kejadian biskut nie tak le besar....comel-comel je. Spt Reen, MA juga gunakan acuan pecah 15 & dapat le 2 bekas kuih, anggaran 200 biji.
Jom kita tengok bahan-bahan yang sampoi nie.....


BISKUT SEMPERIT SUSU a.k.a. BISKUT DAHLIA SUSU
Resepi : Reen Khan

Bahan-bahannya :

250g buttercup
1/2 tin susu pekat manis
100g tepung ubi
450g tepung jagung (MA guna 400g je)
1 sudu teh essen vanila

Untuk hiasan :

Coklat chips
Coklat rice

Cara membuatnya :
  1. Butter & susu pekat di pukul sampai sebati je, tetapi tak perlu pukul lama sangat....Jika di pukul lama bila di bakar kuih agak kembang.
  2. Masukkan tepung ubi & tepung jagung yang telah di ayak sedikit demi sedikit.
  3. Reen guna acuan semperit pecah 15. Jika tiada boleh terap dengan bentuk yang di sukai.
  4. Bakar pada suhu 150C selama 15 minit - 20 minit. Reen guna api bawah sahaja. Suhu kenalah follow oven masing-masing ye. (MA guna 160C)


BISKUT SAMPERIT SUSU a.k.a. DAHLIA SUSU






SIAKAP BAKAR BERSAMBAL....sedappp

Assalamualaikum....
Semalam MA ada buatkan  Ikan Siakap Bakar Bersambal, dah lama rasanya MA tak buat menu nie.
Resepi nie, dah lama MA simpan, sampai dah tak ingat daripada mana MA dapat, tapi resepi nie MA dah ubahsuai mengikut cara & citarasa MA. Selalunya MA buat menu nie dengan ikan Talapia Merah, tapi di sebabkan ikan siakap je yang ada di rumah nie....maka MA ambil keputusan untuk membakarkan saja ikan siakap nie. Sebelum nie MA masak Ikan Siakap Stim ala Thai, jadi di kali ini MA ubah selera pula, kita bakar je ikan siakap nie. Kalau bakar dengan cara ini.......senang kerana tak perlu membuat air asam lagi.
Okeyle tak usah kita berceloteh panjang-panjang, mari kita tengok resepinya....


SIAKAP BAKAR BERSAMBAL.....sedappp
Olahan : mamaAna

Bahan-bahannya :

Seekor ikan siakap sederhana besar di belah belakang -direndam sebentar
dng air limau kasturi. Cuci & di toskan.
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1" halia*
1 batang serai*(*bahan-bahan ini di tumbuk/di blander kasar)- KIV serai boleh juga di titikkan
1" lengkuas- di mayang
1 sudu besar sos tiram
3 sudu besar cili kering - yang telah di blander
100ml santan pekat
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukup rasa

Cara memasaknya :
  1. Tumiskan bahan-bahan yang bertanda * beserta lengkuas hingga layu & naik bau.
  2. Masukkan cili kisar.Kacau seketika & masukkan sos tiram beserta air asam jawa.
  3. Masak sehingga naik minyak. Kemudian masukkan santan dan kacau sehingga sebatikan.
  4. Masakkan sehingga santan masak & pekat. Kacau selalu.
  5. Perasakan dengan garam & gula. Setelah sesuai rasanya dengan citarasa kita.Padamkan api & ketepikan.
  6. Jika suka lapikkan dalam dulang pembakar dengan daun pisang.
  7. Lumurkan ikan dengan sambal & bakarkan. 
  8. Sekali sekala lumurkan lebihan sambal pada ikan hingga habis. 
  9. Bakar hingga masak selama 20 minit.
TIPS:
  • Untuk membakar ikan biasanya dalam masa 20 minit, ikan telah siap di bakar menggunakan pemanggang ajaib. MA terbalikkan setiap 4 minit & lumurkan dengan lebihan sambal pada ikan. Ini untuk ikan yang bersaiz sederhana.
  • Untuk pastikan isinya betul-betul masak, check sama ada isinya telah boleh bercerai drp tulang bila di cungkilkan sikit dengan garpu.

SIAKAP BAKAR BERSAMBAL SUDAH TERHIDANG
JEMPUT MAKAN