CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 29, 2013

KUIH KETAYAP

Bila MA masok ke blog Reenkhan, MA terpikat pada keunikkan ketayap Reenkhan, jadi MA cuba le membuatnya. MA tak menggunakan botol muncung 3 saperti yang Reenkhan gunakan, sbb botol tu tak ada dalam simpanan MA pun. MA cuma gunakan acuan yang buat roti jala yang biasa-biasa tu saje......

Sebab tu kejadiannya tak se cantik saperti yang Reenkhan buat kut......... ape-ape pun hentam je la labu.
Wbp siap dapat order lagi.........rezeki tu. Bagaimana pun terima kaseh le pada Reenkhan kerana memberikan idea yang hebat nie. Selama hari nie MA buat kuih ketayap nie gunakan warna plain je.

Kalau macam nie baru le nampak cantik.....dengan belang-belang manje nya......
Selera tetamu pun pasti terbuka kalau di hidangkan kuih ketayap macam nie. Ape-ape pun mari kita tengok resepinya :





KUIH KETAYAP
Sumber :  http://reenkhan7067.blogspot.com/ 

Bahan A :

120g tepung gandum ( MA guna cap sauh)
2 biji telor (MA guna telur gred B )
2 helai daun pandan
240ml air biasa + air daun pandan
120ml susu cair / santan
1 sudu teh garam
Pewarna hijau dan biru
sadikit minyak untuk di sapu pada kuali

Peraturannya : ( untuk dadar)

  1. Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapiskan.
  2. Panaskan kuali dan leser dengan sedikit minyak dan masukkan sedikit adunan yang diwarnakan ke dalam botol muncung 3
  3. Picitkan di atas pan secara membulat , tunggu sahingga kering sedikit.
  4. Kemudian sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi menjadi bulat.
  5. Masak  sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
  6. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung


Resepi inti ketayap nie MA selalu gunakan resepi yang MA ambil daripada sepupu Ma yang tinggal di S'pore, dia belajar memasak di The Baker's Shop. MA selesa dengan resepi inti kelapa ini, jadi setiap kali kalau kuih muih yang MA nak buat menggunakan inti kelapa, sudah pasti MA ikut resepi ini.
Pada anda yang nak ikut resepi inti kelapa Reenkhan, terpulang le.......linknya ada MA sertakan di atas tu.....

INTI KELAPA
Resepi asal : The Baker's Shop, Spo're

Bahan-bahannya :

50g gula pasir
125g gula melaka
50ml air biasa
20g tepung jagung
3 helai daun pandan
225g kelapa parut puteh

Peraturannya :
  1. Masukkan dalam periok gula, gula melaka, tepung jagung dan daun pandan serta air, masak hingga mendidih dan gula hancur.
  2. Masukkan kelapa parut puteh dan kacau rata sampai masak.
  3. Sejukkan.





PANKEK TUNA



Dah lama rasanya tak makan lempeng kata orang kampong, tapi kalau orang bandar panggil pankek ....biasa le tu, untuk mengglamorkan lagi......hehehe ape-ape je lah asalkan bahagia. Jika kita buat lempeng masa di kampong dulu, selalunya kita masukkan pisang atau kelapa putih dalam adunan lempeng tu. Bakar pula atas kuali leper, dan adunan lempeng tu kita letakkan dalam daun pisang, bila lempeng di bakar wah harum semerbak baunya.....

Wbp itu semasa kita kecil- kecil di kampong  itulah resepinya, tapi sekarang mari kita merasa pankek moden pulak.......sekarang pankek nie boleh di perbagaikan, ada penkek tuna (seperti resepi yang MA sertakan di bawah ini), ada penkek buah-buahan & pankek mentega dan madu. Macam-macam boleh di perbagaikan pankek ini, terpulang kepada daya creative masing-masing dalam memperbagaikan citarasa yang kita ingini.

Pankek Tuna ini anak MA sibongsu ..........."Tersangat lah sukanya dia".
Baru-baru ini, kawan MA yang buat katering tu ada menempah Pankek Tuna nie......jadi apa lagi sibongsu pastinya tumpang sekaki. Jadi MA buatlah lebih untuk di makan, MA juga suka pankek nie.......
Pankek nie sangat sesuai untuk dibawa picnic, rasanya ala-ala sandwich lagi......
Cubalah .....pasti anda tak akan menyesal.






PANKEK TUNA

Bahan utk pankek
100 g tepung (self raising flour)
30 g gula kaster
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh serbuk penaik
70 g susu UHT
15 g mentega cair


Cara membuat pankek

  1. Ayak tepung & serbuk penaik didalam mangkuk besar. Tambah gula, telur, garam & susu. Gaul hingga sebati dgn menggunakan pemukul telur.
  2. Tambah mentega & gaul sehingga sebati.
  3. Panaskan kuali di atas api sederhana & griskan kuali dgn sedikit minyak @ mentega.
  4. Tuangkan 1 senduk kecil adunan & lenggangkan kuali untuk mendapatkan pankek yang bulat, biarkan masak selama 1-2 minit. Terbalikkan pankek & biarkan masak selama 30 saat. 
  5. Biarkan sejuk sabentar, kemudian isikan intinya.


Bahan utk inti
1 tin tuna
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji cili merah (buang biji & dipotong dadu)
2 biji cili padi (dipotong halus)
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada hitam/lada sulah
2 sudu besar mayonis
1 jambak daun salad
2 biji tomato saiz kecil (dipotong nipis)
sedikit cili sos


Cara membuat inti

  1. Hancurkan tuna dgn menggunakan garpu. Tambahkan bawang, lada hitam/lada sulah, garam, cili padi, cili merah. Gaulkan rata.
  2. Masukkan mayonis & sebati kan...
  3. Letakkan sekeping daun salad & sepotong tomato di atas pankek. Letakkan 2 sudu kecil campuran tuna di tengah2. 
  4. Paipkan sedikit cili sos di atas tuna tadi & gulung kan pankek.
  5. Balut pankek dgn plastik kecil & seal kan...bagi mengelakkan pankek drpd terbuka balik....
  6. Siap utk dimakan.


KEK TEMPAHAN

KEK HANTARAN YANG DI TEMPAH

MA suka sangat kalau mendeco kek hantaran nie........ berhari-hari malah sahingga berminggu-minggu juge MA dah prepair bagi meriasasikan decorasion kek nie......Mana tidaknya MA terpaksa menyediakan dulu bunga-bunganya, rebennya dan macam-macam benda lain yang mesti di sediakan dulu. Decoration nie 100% di buat drpd fondand & gam paste serta royal icing, makanya bunga-bunganya & rebennya mesti di buatkan dulu sbb mesti di keraskan dulu, barulah senang MA nak mendeco. Mendeco pun kadang makan masa sahingga 1 1/2 hari.

MA nie kalau bab mendeco , tak ingat nak makan selagi tak siap.......kalau dah siap & berpuas hati, masa tu lah baru terasa laparnya.........






Ini adalah tempahan kek perkahwinan yang MA terima......untuk mendeconya memakan masa 1 hari jugak. Selalunya kek hantaran saperti ini MA suka gunakan kek buah sbb boleh tahan lama......
Berminggu-berminggu malah berbulan-bulan pun boleh tahan.




Selain kek buah, kek butter pun boleh .......malah bermacam-macam jenis kek boleh di deco untuk di buat kek hantaran....terpulang pada citarasa individu, asalkan kek tu solid tapi kalau kek span tak sesuai le.......
Masa MA belajar dulu.......bagitu le cikgu tu pesan. Kek karet......boleh tu memang boleh, tapi mesti cepat di makan, kalau lambat di makan takut-takut keknya basi pulak. Kek karet memang sedap......MA sendiri tak nafikan keenakan kek kerat tu......yamm yamm, tapi tu le yang lecehnya dia cepat basi.......





Di atas nie tempahan daripada kawan MA,  Pn Shima untuk diberikan pada pekerjanya bagi hantaran pertunangannya........Manakala di bawah nie, kek pertunangan bagi anak sepupu MA yang tinggal di Shah Alam, jauh tu dia menempah........tapi tak kesah le ramai keluarga di sini akan turun ke Shah Alam, boleh le bawakan kek nie kesana. Terima kaseh pada keduanya kerana memberikan kepercayaan kepada MA.







Bagi yang sudi menempah pada MA tu diucapkan terima kaseh daun keladi, lain kali order lagi.......
hihihi......
Pada kawan-kawan yang nak menempah pada MA, boleh call/ sms di talian talifon = 0122485408 
atau pun e-mail je : anarozall54 @gmail.com. Jika mahu menempah kek fondand hantaran, sekurang-kurangnya mesti beri masa pada MA 1 bulan drpd tarikh yang di kehendaki, untuk MA prepair. Itu pun terpulang dengan decoration cam mana yang di kehendaki.
Terima kaseh
Assalamualaikum.........