CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 29, 2013

KUIH KETAYAP

Bila MA masok ke blog Reenkhan, MA terpikat pada keunikkan ketayap Reenkhan, jadi MA cuba le membuatnya. MA tak menggunakan botol muncung 3 saperti yang Reenkhan gunakan, sbb botol tu tak ada dalam simpanan MA pun. MA cuma gunakan acuan yang buat roti jala yang biasa-biasa tu saje......

Sebab tu kejadiannya tak se cantik saperti yang Reenkhan buat kut......... ape-ape pun hentam je la labu.
Wbp siap dapat order lagi.........rezeki tu. Bagaimana pun terima kaseh le pada Reenkhan kerana memberikan idea yang hebat nie. Selama hari nie MA buat kuih ketayap nie gunakan warna plain je.

Kalau macam nie baru le nampak cantik.....dengan belang-belang manje nya......
Selera tetamu pun pasti terbuka kalau di hidangkan kuih ketayap macam nie. Ape-ape pun mari kita tengok resepinya :





KUIH KETAYAP
Sumber :  http://reenkhan7067.blogspot.com/ 

Bahan A :

120g tepung gandum ( MA guna cap sauh)
2 biji telor (MA guna telur gred B )
2 helai daun pandan
240ml air biasa + air daun pandan
120ml susu cair / santan
1 sudu teh garam
Pewarna hijau dan biru
sadikit minyak untuk di sapu pada kuali

Peraturannya : ( untuk dadar)

  1. Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapiskan.
  2. Panaskan kuali dan leser dengan sedikit minyak dan masukkan sedikit adunan yang diwarnakan ke dalam botol muncung 3
  3. Picitkan di atas pan secara membulat , tunggu sahingga kering sedikit.
  4. Kemudian sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi menjadi bulat.
  5. Masak  sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama.
  6. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung


Resepi inti ketayap nie MA selalu gunakan resepi yang MA ambil daripada sepupu Ma yang tinggal di S'pore, dia belajar memasak di The Baker's Shop. MA selesa dengan resepi inti kelapa ini, jadi setiap kali kalau kuih muih yang MA nak buat menggunakan inti kelapa, sudah pasti MA ikut resepi ini.
Pada anda yang nak ikut resepi inti kelapa Reenkhan, terpulang le.......linknya ada MA sertakan di atas tu.....

INTI KELAPA
Resepi asal : The Baker's Shop, Spo're

Bahan-bahannya :

50g gula pasir
125g gula melaka
50ml air biasa
20g tepung jagung
3 helai daun pandan
225g kelapa parut puteh

Peraturannya :
  1. Masukkan dalam periok gula, gula melaka, tepung jagung dan daun pandan serta air, masak hingga mendidih dan gula hancur.
  2. Masukkan kelapa parut puteh dan kacau rata sampai masak.
  3. Sejukkan.





No comments:

Post a Comment