CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 19, 2013

NASI TOMATO MMMSEDAPNYAAA

Selamat petang ..... hari nie pula MA buat nasi tomato, ini atas pemintaan si bongsu Nurul. Kerana bahan-bahannya pun kebanyakkan nya ada........jadi MA merajinkan diri membuat nasi tomato nie, lagi pun beras basmati masih banyak lagi, jadi lebih baik MA usaha untuk cb menghabiskannya dengan apa cara sekali pun........nanti kalu di simpan lama-lama beras tu akan berbubuk pulak. Beras Basmati nie pun My Yanti yang bawa balik ke sini, katanya dah lama dia beli tapi tak di gunakan, pada asalnya dia beli untuk masak nasi biasa je tapi tak sedap, jadi dia bawakan balik ke Ipoh. Memang le MA kata beras basmati nie selalunya sedap untuk nasi yang berperisa je.........untuk nasi biasa, orang tak pakai beras basmati..........
Nasi tomato nie selalu juga MA buat gunakan resepi CMG. Memang MA sekeluarga suka dengan versi nasi tomato nie. Gandingan  nasi tomato nie MA buatkan ayam masak merah dengan acar timun + nenas.
Terima kasih pada , CMG dari Dapur tanpa Sempadan di atas pegkongsian resepi nie.......
Izinkan MA share pula resepinya di blog MA......kepada yang mahu melihat resepi asalnya sila pergi ke SINI, di bawah nie MA tuliskan resepinya untuk rujukan MA dimasa akan datang......


NASI TOMATO
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan

4 cawan beras basmati - cuci dan rendam 30 minit
5 cawan air (MA guna 4 1/8 cawan air je)
1 cawan susu cair
1 1/2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar - dadu kecil (MA mayangkan saje)
2 ulas bawang putih - di cincang halus
1 inci halia  - di ketuk
2 helai daun pandan
1 biji tomato masak ranum, buang biji dan cincang halus (MA guan 2 biji tomato & potong nipis je)
2 1/2 camca besar sos tomato (MA +kan ngan 2 sudu besar tomato puree)
1 kiub ayam 'maggie'
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa

Bahan Tumis:

1 kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Untuk hiasan:

Hirisan daun bawang
Kismis & kacang pis
Bawang goreng

Cara Membuatnya:

  1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, daun pandan dan tomato. Masak hingga semua layu kemudian tambahkan sos tomato ( tomato puree) dan kacau rata.
  2. Masukkan beras, gaul rata dan gorengkan sekejap. Alihkan beras tadi ke dalam rice cooker, tuang air, susu, hancurkan kiub pati ayam (jika guna) dan tambah garam secukup rasa, kacau rata dan tanak nasi seperti biasa....
  3. Bila nasi masak taburkan kismis atasnya, bila nasi elok kering & masak, gemburkan dengan chopstick
  4. Hidangkan dengan menabur kacang pis, hirisan daun bawang dan bawang goreng.  





Ini pula MA buatkan ayam masak merah untuk di gandingkan ngan nasi tomato.......memang mantaple gandingan kedua-duanya nie. Resepi ayam masak merah nie MA skodeng drp blog Sajian Bersama ibu Manja. Pada mulanya MA rancang nak buat juga dalca.......tapi tahap kerajinan dah menurun.....huhuhu
Jadi kita layan ayam masak merah je le....
Terima kasih kepada tuan tanah yang sudi berkongsi resepi nie........MA berpuashati ngan versi ayam masak merah nie......Ok le kita terus ke resepinya.

AYAM MASAK MERAH
Sumber: Sajian bersama Ibu Manja

Bahan-bahannya:

800g ayam , potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam* (*di gaul rata dan di perap 20 minit)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar (MA guna 4 camaca besar - nak pedas)
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*
1 inci halia*(*di kisar halus)
2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
1 gengam kacang gajus  - goreng garing & toskan
Kacang pis untuk hiasan

Cara membuatnya:

  1. Ayam di goreng tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga harum.
  3. Masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan tomato puree dan tomato sos,kacau rata dan masak sekejap.
  5. Tuang air dan juga susu, Bila mendidih masukkan ayam tadi, masukkan juga sedikit gula dan garam.
  6. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  7. Kacau rata dan rasa.Jika ok bolih matikan api.
  8. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan taburkan gajus goreng dan kacang pis (jika suka) sebelum di hidang......




Ini pula adalah jelatah......untuk di gandingkan ngan nasi tomato. Jelatah nie adalah kemestian untuk menaikkan lagi aroma kesedapan nasi tomato.....
Resepinya senang je... rasanya semua pun dah tahu bagaimana nak membuat jelatah.......
Ape-ape pun MA catitkanlah juga resepinya disini untuk rujukkan anak- anak yang masih baru belajar memasak.........

JELATAH MENTAH

Bahan-bahannya:

2 keping nenas potong - bolih beli di kedai buah
1 biji timun sederhana besar
1 labu bawang besar - di potong nipis
2 biji cili merah - dipotong nipis menyerong
2 sudu besar cuka/ air sam limau kasturi
Sedikit garam dan gula

Cara Membuatnya:

  1. Nenas & timun di bersihkan dan di potong nipis, masukkan dalam satu bekas besar
  2. Masukkan juga bawang dan cili merah yang telah di hiris - gaulkan 
  3. Bubuhkan garam, gula dan cuka /air limau - gaul sebatikan.
  4. Siap masukkan dalam bekas sesuai- simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit
  5. Hidangkan bersama nasi tomato dan ayam masak merah. 







4 comments:

  1. Mingu nie mama buat..kami balik....ngidam nk makan nie...hihihiiiii

    ReplyDelete
  2. Ciannya....nanti balik bagitau awal-awal, jangan jadi cam dulu nak balik senyap-senyap je.....mana tidaknya pukul 3.00 pagi baru sampai rumah, mama pun xsedar besok pagi baru sedar....cam ne nak buat nasi tomato, besoknya satu hari dah xde rumah...

    ReplyDelete
  3. saya pon suka nasi tomato..nyum..nyumm..salamkenal dari CM;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. MA sekeluarga pun suka sangat nasi tomato versi nie...
      Salam kenal juga dari MA....t. kasih kerana CM sudi bertandang lagi ke sini...
      MA dah lawati blog Cik Matahari....byk infomasi disana ....juga susunan blog yang cantik...

      Delete