Resepi nie dah lama dah MA simpan, semasa tinggal di Shah Alam lagi. MA masuk kelas belajar buat kuih muih, masa tu masih bekerja lagi. Boleh dikatakan setiap hari jumaat, rehat panjang MA attend kelas masakan, kadang-kadang hari ahad pun MA pergi jugak,masa tu memang minat sangat nak belajar kelas masak memasak nie Apam nie kalau dah masak cantik kejadiannya,dia akan kembang dan merekah saperti sekuntum bunga.
Apam nie memang selalu kawan-kawan menempahnya untuk jamuan, rasanya pun sedapp.......
Kanak-kanak memang suka pada apam nie. Cuba le......pasti anda tidak kecewa. Ok le kita terus saje tengok resepinya.........
APAM BUNGA WARNA WARNI
Sumber : Drpd kelas masakan
Olahan : MA
Bahan-bahannya :
300g tepung gandum ( MA guna tepung Hong Kong & soft flour - sama banyak)
250g gula kaster
1 sudu teh b.powder ( MA guna double action b.powder)
1 sudu teh ovellet ( mesti bumbun)
2 biji telur gred A
200ml air
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh essen rose
Pewarna merah & hijau
Aturannya :
- Masukkan semua bahan-bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk pengadun dan putar hingga adunan kembang. (guna pemutar lektrik) - 5 minit maximum speed.
- Masukkan essen rose.
- Bila adunan sudah betul-betul kembang, bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. satu warnakan merah, satu lagi warnakan hijau dan satu mangkuk lagi biarkan warna asal.
- Masukan kedalam acuan kecil warna asal adunan itu, kemudian paipkan sedikit warna merah & hijau di atasnya.
- Kukus adunan itu selama 20 minit dengan api besar.
*Air dalam kukusan mesti medidih terlebih dahulu, sebelum masukan apam untuk di kukus.
*Untuk warna kelihatan menarik, warna hijau mesti di campurkan dng warna kuning.
*Guna papercup no 2
*Apam nie tahan sahingga 5 hari.........dgn syarat apam itu mesti di cover ( jgn terdedahkan pd udara )
*1 bancuhan apam nie dapat 40 biji.
cantikk nya
ReplyDeletecantikk nya
ReplyDelete