CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 22, 2013

APAM BUNGA WARNA -WARNI

Nampak gayanya apam lagi........harap anda tidak jemu dengan menu apam nie.
Resepi nie dah lama dah MA simpan, semasa tinggal di Shah Alam lagi. MA masuk kelas belajar buat kuih muih, masa tu masih bekerja lagi. Boleh dikatakan setiap hari jumaat, rehat panjang MA attend kelas masakan, kadang-kadang hari ahad pun MA pergi jugak,masa tu memang minat sangat nak belajar kelas masak memasak nie  Apam nie kalau dah masak cantik kejadiannya,dia akan kembang dan merekah saperti sekuntum bunga.

Apam nie memang selalu kawan-kawan menempahnya untuk jamuan, rasanya pun sedapp.......
Kanak-kanak memang suka pada apam nie. Cuba le......pasti anda tidak kecewa. Ok le kita terus saje tengok resepinya.........




APAM BUNGA WARNA WARNI
Sumber : Drpd kelas masakan
Olahan : MA

Bahan-bahannya :

300g tepung gandum ( MA guna tepung Hong Kong & soft flour - sama banyak)
250g gula kaster
1 sudu teh b.powder ( MA guna double action b.powder)
1 sudu teh ovellet ( mesti bumbun)
2 biji telur gred A
200ml air
2 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh essen rose
Pewarna merah & hijau

Aturannya :

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali pewarna ke dalam mangkuk pengadun dan putar hingga adunan kembang. (guna pemutar lektrik) - 5 minit maximum speed.
  2. Masukkan essen rose.
  3. Bila adunan sudah betul-betul kembang, bahagikan adunan kepada 3 mangkuk. satu warnakan merah, satu lagi warnakan hijau dan satu mangkuk lagi biarkan warna asal.
  4. Masukan kedalam acuan kecil warna asal adunan itu, kemudian paipkan sedikit warna merah & hijau di atasnya.
  5. Kukus adunan itu selama 20 minit dengan api besar.
Nota :

*Air dalam kukusan mesti medidih terlebih dahulu, sebelum masukan apam untuk di kukus.
*Untuk warna kelihatan menarik, warna hijau mesti di campurkan dng warna kuning.
*Guna papercup no 2
*Apam nie tahan sahingga 5 hari.........dgn syarat apam itu mesti di cover ( jgn terdedahkan pd udara )
*1 bancuhan apam nie dapat 40 biji.

UNTUK TEMPAHAN

TEMPAHAN-TEMPAHAN YANG TELAH DI TERIMA

Alhamdulillah ,syukor rezeki melimpah luah.............
Tempahan-tempahan ini MA terima daripada kawan-kawan dan katering yang biasa memberi kepercayaan kepada MA dalam meliasasikan impian mereka. Kepada anda yang ingin membuat pertanyaan atau tempahan drpd MA, bolehlah talifon terus pada MA di talian : 0122485408 & sms tinggalkan pesanan atau e-mail saja kepada MA : anarozall54@gmail.com.InsyAllah MA akan menghubungi anda semula.

                                                   Kuih cara berlauk & kuih ketayap

Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan ini, MA kini berada di kawasan Rapat Setia Baru, Ipoh Perak. Jadi bermakna MA hanya ambil tempahan kuih-kuih ini di kawasan bandar Ipoh dan kawasan sewaktu dengannya sahaja.Kalau jauh sangat , maafle ye......teman tak boleh nak tolongggg..........
Sekiranya anda berada disekitar 3 kilometer drpd kawasan perumahan MA, penghantaran boleh di uruskan...........
Andainya anda boleh datang mengambil sendiri tempahan tersebut.......... maka anda dialu-alukan.
Namun komunikasi adalah tersangat penting, dalam apa situasi pun anda boleh berbincang terus dengan MA, cara mengambilnya.

Cream Puff + custard cream & Martabak Macaroni Bakar

Tempahan boleh di buat bagi kuih -muih yang boleh di kira mengikut biji..........mestilah ditempah sekurang-kurangnya 50-100 biji, manakala tempahan kuih yang menggunakan talam, anda boleh menempahnya dalam 2 saiz ukuran talamnya : 10"x10" atau 13"x13". Bagi kuih yang menggunakan talam MA akan memotongkannya siap-siap, melainkan atas pemintaan, baru MA tidak memotongkan kuih-muih tersebut.Kuih-muih yang berukuran talam 10" x10" kepingan potongan yang boleh di perolehi 81 potongan manakala kuih yang talamnya berukuran 13"x 13' potongan kuihnya boleh di perolehi 121 potong.


                                               Tepong Pelita /Limas (Panggilan orang Perak)

Sokongan daripada anda dalam busines MA ini, diucapkan ribuan terima kaseh. Semoga kita bersama-sama  mendapat manafaatnya. Keikhlasan hati kita yang paling penting, pasti rahmat ALLAH sentiasa bersama kita.
Bagi tempoh booking tempahan yang di perlukan, sekurang-kurangnya mestilah 1 minggu daripada tarikh yang di perlukan bagi tempahan tersebut. Dalam situasi tertentu pula paling kurang 3 hari daripada tarikh tempahan kuih-muih itu diperlukan. Ini bergantung pada jenis kuih.
Dalam hal ini anda boleh berbincang dengan  MA terus.......


                                                                 BlueberryCheese Tart




STEAMED COCONUT BLOSSOM CAKE

Hari nie MA dapat tempahan lagi, steamed  coconut blossom cake & apam polkadot. Resepi Steamed coconut blossom cake nie  MA dapat daripada sepupu MA yang tinggal di S'pore. Dah lama MA simpan resepi nie........banyak dah MA terima tempahan bagi apam nie. Sedapppp.......cubalah.

Kawan-kawan sekolah anak MA sibongsu, sangat suka apam nie, kalau MA terima tempahan sudah pasti MA akan buat lebih, kerana besok paginya sibongsu pasti nak bawa ke sekolah apam nie.
Katanya kawan-kawan dia sukakan apam nie.......tak ape le rezeki budak-budak kan........ hari nie kita beri pada mereka, besok berlipat ganda lagi rezeki kita.......
Yang penting kita ikhlas..........pasti Allah akan membalas.
Mari kita tengok resepinya......




STEAMED COCONUT BLOSSOM CAKE
Resepi asal : The Baker's Shop, S'pore
Sumber : Rubby- sepupu mamaAna di S'pore

Bahan-bahannya:

3 biji telur gred A- yang telah di sejukkan dalam peti ais
225g  gula kaster
275g softasilk @ tepung Hong Kong
2 sudu teh b. powder
1 sudu makan ovalett
150g coconut cream - perah tanpa air, sejukkan dulu di peti sejuk
25ml ir daun pandan
1 sudu teh pewarna hijau

Peraturannya:

  1. Semua bahan-bahan masukkkan ke dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3-5 minit.
  2. Campurkan warna hijau dan gaul rata.
  3. Masukkan 1 adunan ke dalam papercup, kemudian bubuh inti kelapa di tengah dan seterusnya lalu tutupkan dengan  satu sudu adunan lagi di atasnya.
  4. Hiaskan diatasnya dengan belahan ceri yang telah di potong 4.
  5. Kukus adunan selama 20 minit.
INTI  KELAPA

50g gula pasir
125g gula melaka
50ml air biasa
20g tepung jagung
3 helai daun pandan
225g kelapa parut putih

Peraturannya:
  1. Masukkan di dalam periok saperti gula, gula melaka, tepung jagung ,daun pandan dan air , masak sampai mendidih.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau rata sampai masak. 
  3. Sejukkan inti ini dan apabila sudah sejuk boleh lah di gunakan.
Nota :
  • Semasa mengukus apam tersebut api mestilah sederhana, kerana jika api besar apam tersebut akan pecah 4 ( melainkan jika anda suka apam itu terpecah 4).
  • Untuk mendapat apam yang elok, mesti bubuh 1/2 tepung solf dan 1/2 tepung hongkong. (kurang tepung hong kong apam akan pecah tidak elok)
  • 3 bancuhan adunan boleh dapat 123 biji.