CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 1, 2013

PAVLOVA......Favourite sibungsu

Selamat pagi & salam sejahtera semua.
Semalam MA ada buatkan Pavlova atas pemintaan sibungsu...
Pavlova nie sebelum nie pun selalu jugak MA buatkan, kerana favourite sibungsu...tapi ye lah, tak berkesempatan nak snap gambarnya.....
Kali nie MA buatkan Pavlova nie, untuk kawan-kawan sibungsu disekolah...semuanya sukakan pavlova nie.....Selalunya MA bagi je pada sibungsu untuk bekalannya....tapi kali nie disebabkan ramai sekali kawannya maukan pavlova nie, jadi MA buatkan untuk jualan....
Hampir 60 biji, MA buatkan pavlova nie.....
Kali nie MA ambil resepi pavlova nie daripada@Syarafina's Story Book. Memang MA berpuas hati sangat dengan resepi nie....kerana pavlovanya tak le manis sangat.....sebelum nie, dulu MA ada juga buatkan pavlova dengan resepi yang lain.....yaAllah terlalule manisnya...
Jadi MA pun cubalah pulak skodeng kedapur kawan-kawan....& alhamdulillah pencarian MA berbaloi......
Jadinya MA salinkan resepinya disini untuk rujukkan MA dimasa akan datang....
Terima kasih banyak-banyak pada Syarafina Zaini yang sudi berkongsi resepi pavlova yang sedap nie.
Jika kawan-kawan nak tenguk resipi asal ada DISINI 
Berminat !!! ..... mai tenguk resepi pavlova yang menjadi idaman ramai.....


PAVLOVA
Sumber : Syarafina Zaini

Bahan-bahanya :

3 biji putih telur (anggaran 110g)
3/4 cawan gula kaster
1 sudu kecil essen vanila
1 sudu kecil air perahan limau nipis/lemon/cuka makan
1 sudu besar tepung jagung/ cream of tatar

Topping :

1 cawan (240ml) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil essen vanila

Bahan Untuk Hiasan :

Srawberry, plum, kiwi, anggor , buah peach,blueberry, raspberry dll yang bersesuaian.

Tip Wajib :
  1. Ketika mengasingkan telur putih & kuning, pastikan tiada langsung telur kuning yang termasuk dalam bekas telur putih.
  2. Sebelum digunakan, pastikan telur berada pada suhu bilik. Keluarkan awal-awal dari peti sejuk atau rendamkan telur dalam air biasa. Jangan gunakan telur yang masih sejuk, terus korang bantai buat, insyaAlllah tak menjadi....
  3. Pastikan semua peralatan yang digunakan bersih daripada sebarang air & kesan minyak...
Cara Membuat Meringue :
  1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.
  2. Dengan kelajuan tinggi, masukkan gula sudu demi sudu, sambil terus putar adunan...Masa nie adunan akan bertukar menjadi seperti krim putih tapi belum lagi berkilat....
  3. Teruskan putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga krim tu bertukar menjadi putih berkilat..
  4. Masukkan essen vanila & pukul sampai sebati.
  5. Masukkan tepung jagung & pukul lagi sehingga sebati.
  6. Masukkan air perahan limau nipis atau lemon.... Gaulkan menggunakan senduk kayu.
  7. Bentukkan meringue menjadi bulatan diatas kertas minyak....Kalau nak senang lukis siap-siap bentuk bulat diatas kertas minyak.                                                                               (Cara MA senang je...paipkan adunan meringue itu kedalam paper cup bersaiz besar.)
Untuk Membakar :
  1. Panaskan oven pada suhu 150'C, 15 minit lebih awal.
  2. Masukkan meringue tadi dalam oven.. Dalam lebih kurang 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C...Bakar selama 1jam..Kalau nak selamat, sentiasa check dalam ketuhar tuh...Kut-kut da hangus hitam legam...
        ** Bakar hingga warna meringue bertukar menjadi perang muda..Matikan oven..
        ** Jangan terus keluarkan meringue dari oven....Biarkan pintu oven terbuka..Biarkan                          meringue tu menyejuk secara perlahan-lahan dalam oven....Kalau tak kek tu akan  turun                & leper macam lempeng...

Cara-cara membuat topping :
  1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak memudahkan kerja...Masukkan bekas dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream..
  2. Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula & essen vanila.
  3. Masukkan whipping cream kedalam plastik...Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak menghias baru keluarkan...
  4. Hias dengan buah-buahan segar yang siap dipotong...


Ini le Pavlova versi MA
yang dipaipkan kedalam paper cup
-SELAMAT MENCUBA-