CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, July 30, 2013

KUAH DALCA AYAM......yummm 3x

Salam sejahtera semua...
Apa resepi yang anda akan masak hari nie....masih dalam pencarian, kalau begitu mai kita buat dalca...
Dalca nie MA buatkan semalam untuk makan bersama nasi beriani.
Masaknya simple je.... sedap juga di makan dengan nasi biasa.....
Dalca nie MA buat dengan ayam je.....biasanya kalau dalca di buat dengan daging terutama daging tetel & ada tulang sikit-sikit......wauuu terangkat...!!!
Tapi yelah semalam, MA buat apa yang ada di dalam Freeze je....nak habiskan stok lama....
Lagi pun angin malas melanda........malas betul MA nak keluar ke pasar atau pun ke kedai. Laaa...jadinya MA main hentam je le....masak apa yang ada.... Nasib baiklah bahan-bahan yang di perlukan ada pulak tu.......alhamdulillah, terlaksana jugak lah projek spontan MA.
Resepi dalca nie....biasa je, MA selalu buat ikut apa yang mak MA selalu masakkan.....tapi selalunya mak selalu masak dalca gunakan daging.....MA saja yang memandai tukarkan kpd ayam... emergencylah katakan..he3x
Moh kita tenguk resepinya...



KUAH DALCA AYAM
Resepi : mamaAna

Bahan-bahannya :

2 ketul daging ayam yang bertulang - sederhana besarnya (Kalau ada rangka ayam pun lagi elok)
2 sudu besar rempah kari daging
1/4 cawan kacang dal - dicuci & direbus hingga kembang
1- 2 cawan santan (terpulang pada kepekatan yang anda mahu)
1" halia *
4 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih* (*bahan-bahan ini di kisar)
1 tangkai daun kari
2 biji kentang bersaiz kecil - di belah 2 tiap sebiji
1 biji terung panjang - di potong sederhana kecil
1 batang karot bersaiz kecil - di potong memanjang
2 biji tomato - di belah 4 setiap satu
5 tangkai kacang panjang - di potong panjang 1 1/2"
1/2 ketul pati ayam
Sedikit bahan penumis ( 4 sekawan)
Sedikit air asam jawa
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam periuk, bila minyak dah panas, masukkan bahan penumis (4 sekawan).
  2. Masukkan juga bahan-bahan kisar, rempah kari daging & daun kari, goreng hingga naik bau & pecah minyak.
  3. Masukkan ayam biarkan sebentar sehingga masak. Kacaukan selalu.
  4. Masukkan santan, air asam jawa, kacang dal, kentang & karot. Masak hingga kentang & karot empok.
  5. Kemudian masukkan terung, biarkan sampai terung empuk sedikit. Kacau.
  6. Bila semua sayuran telah empuk, baru masukkan kacang panjang & tomato. Kacau sebatikan kuahnya.
  7. Akhir sekali masukkan garam & pati ayam, rasakan kuahnya mengikut citarasa kita.
  8. Bila semuanya dah berpuas hati, matikan api 
  9. Hidangkan bersama nasi beriani atau nasi biasa.



INI HIDANGAN SAMPINGAN DENGAN NASI BERIANI
Kombinasi yang sesuai sekali....

- SELAMAT MENCUBA -

7 comments:

  1. Lauk dalca memang membuka selera, nak buatnya kena fikir 2-3 kali sebab banyak juga bahannya, tapi bila dah jadi banyakah pula hasilnya...

    ReplyDelete
  2. Betul cakap Amie...lauk dalca memang sedap...
    Tapi kalau kita dah bajet nak buat sikit....tut tut bila dah masak jadi banyak jugak....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. .Trimekasih mama, ni 1st time lily masak dalca, sdap n mudah.
    Mcm ssh je bile tgok bhan2nye bnyk, tp bile dh cube resipi mama ni ok je, xdela ssh sgt. Hehe. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam Lily....terima kasih kerana sudi mencuba resipi mama. Memang senang jerr buat dalca nie ...memanglah bahan2nya banyak .....untuk membuatnya pun jgn beli banyak2 sangat sayurannya....nanti seperiuk besar jadinya.....hehehe
      Selalunya kalau buat dalca nie....kita mesti tapau pada jiran2.....barulah berbaloi ngan apa yang kita buat......kalau kita masak dalca nie, pada asalnya kita rasa sikit jerr...tapi aleh2 bila dah masak.....amboii mak seperiuk beso jadinya.....hehe..

      Delete
  4. salam, rempah emoat sekawan tu apa ye

    ReplyDelete
  5. *Testimoni pesakit kanser yang menggunakan produk keluaran En Mohd Zuhairi Bin Noordin yang berjaya sembuh.*

    Nama:Muhd Haziq
    Kanser Hodgkin Lymphoma tahap 4

    Nama: Cik Atirah(tunang sakit)
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama: Anak Pn Rashidah
    Kanser: Leukimia

    Nama:Haji Ahmad Hasnal, 49tahun
    bengkak Prostat

    Nama:Pn Syarifah
    Kanser Paru-paru tahap 3

    Nama:En Muhd Muzamen
    masalah paru2

    Nama:Pn Hidayah (ibu sakit)
    Kanser usus

    Nama:En Sukrizal bin Idris
    Batu Hempedu

    Nama:Che Amat bin Saad Kanser Usus tahap 2

    Nama:Muhd Aidil Izzat, Kanser Burkit Lymphoma,B cell Phenotype tahap 4

    Nama:En.Iskandar
    Ulser Lidah

    Nama:Pn Uni Hamimi (anak sakit), Kanser Lymphoma tahap 2

    Nama: Pn Baiti Jannati
    Kanser payudara

    Nama:Pn Faridah (anak sakit), Kanser paru-paru tahap 3

    Nama:Pn Mazli (cucu sakit), Leukimia Acute ALL B CeLL

    Nama:Mohd Hamdan
    Virus kencing tikus

    Nama:Pn Noridah bt Md Dom, Kanser Ovari tahap 3

    Nama:Pn Nor Sabariah kanserPayudara dan Asma

    Nama: Amirah(Pn Zuraini-ibu)
    sakit Asma

    Nama:Pn Hani(anak sakit)
    sakit Asma kronik

    Nama:En Mohd Asri
    kanser usus tahap 2

    Nama:Pn Arbaayah,
    Sirosis hati tahap 3

    Nama:Muhd Luqman, Kanser Gastrointestinal stromal tumor,spindle type,high grade tahap 4

    Nama:Pn Aida (anak sakit)
    Kanser Leukimia Acute Lymphoblastic ALL tahap 3

    Nama:Pn Noraini bt Yusof
    Kanser payudara tahap 3

    Nama:Pn Zalina bin Ismail Kanser payudara agresif

    Nama:Adik Muhd Afif Aksha, Kanser Lymphoma tahap 2

    Nama:Adik Muhd Ilham bin Md Mazri, Kanser Leukimia B cell acute lymphoblastic

    Nama:Mohd Syafwan bin Syafi, Kanser Leukimia chronic lymphocytic tahap 3

    Nama:Pn Zainani Azra
    Kanser payudara positif hormon tahap 3

    Nama:En. Abdul Kadir
    masalah paru-paru tersumbat kronik copd

    Nama:En Sharizal bin Taib, kanser Lymphoma B cell tahap 4

    Nama: Siti Fauzilah bt Hj Abdullah, Kanser hidung tahap 4

    Nama:Norizah bt Mohd Nor, Kanser Payudara jenis hormon tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said,
    kanser payudara tahap 2 sembuh

    Nama: Siti Nur Hidayah bt Abdullah, kanser pangkal hidung tahap 4

    Nama: Adilah bt Ghazali, kanser payudara tahap 2

    Nama:Anazilah bt Said, kanser payudara tahap 2


    *Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :*

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    ReplyDelete