CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 25, 2016

IKAN STIM ALA THAI 2



Assalamualaikum..semoga kita semua dirahmati Allah. Hari niee dah masuk ke 19 hari kita semua menjalani ibadah puasa. Hari Jumaat yang penuh barkah ini, alhamdulillah kita masih diberi kesempatan lagi menikmati hari2 yang indah serta masih bernafas. Semoga segala2 yang kita nikmati ini tidak dipersia2kan.
Okey hari niee MA agak rajin utk mengupdate blog MA yg tenggelam timbul niee..
Terima kasih yg xterhingga pada anda yg sudi bertandang kesini, walau pun tuan dirinya xselalu mengupdate....
Ini pun dah terlajak satu hari dahh...ini cerita semalam...
Nie MA nak berkongsi resipi ikan stim ala Thai....yg simple ikut cara MA....utk itu bagi yg ingin mencubanya....jum kita tenguk resipinya.

IKAN STIM ALA THAI
Resipi :  MA

Bahannya :
  • Ikan siakap ( MA guna ikan jenahak hitam - sbb nie jerr yg ada di pasar dkt rmh)
  • 5 ulas bawang rose- hiris nipis
  • 4 ulas bawang putih - dicincang
  • 1/2" halia - hiris memanjang
  • 1" lengkuas - dipotong nipis2
  • 1 batang serai - potong menyerung
  • 2 helai daun limau purut - di koyak2kan
  • 2 batang cili merah - buang biji & dihiris 
  • 2 biji asam boi jeruk
  • 2 ulas limau kasturi - diambil airnya
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Sedikit garam, gula seta maggie sesedap rasa.
Bahan2 sampingan.. utk sayurannya pula : 
  • 1 biji buah tomato
  • 4 kuntum cendawan
  • Sedikit daun bawang
Okey dah siap bahan diatas , mari kita tenguk pula cara2 membuatnya.

Ini bahan2nya yang telah dipotong halus....serai, halia, lengkuas bawang rose, bawang putih, cili, daun limau purut & asam boi.


Ikan jenahak hitam yg dah belah belakang, sayura2an sampingan & air limau kasturi....(air asam niee pandai2 lerr adjust kemasamannya + sedikit garam & gula serta maggie sesedap rasa.


Ikan dibersih & digaul dengan sedikit garam beserta lada hitam.


Ikan dikukus selama 15minit dahulu


Semasa ikan dikukus, kita sediakan bahan2yg ditumis pula, semua bahan2 yg dihiris serta air asam drp limau kasturi serta asam boi


Semua bahan tumis tadi apabila telah masak dituang atas ikan kukus tadi, kemudian kukus semula ikan tadi berserta dengan bahan2 tumis serta sayuran2an sampingan. Kukus selama 15- 20 minit.

Taraaa...ikan stim ala thai dah pun siap tunggu sedia utk di ngapp...