CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 11, 2013

BISKUT RED PEARL -Memang Sodappp


Assalammualaikum......apa kyabar semuanya, bagaimana dengan puasa hari nie.....masih lagi penuh????? He3 tak kan le awal-awal lagi dah mengelat.......
Hari ini MA ada buat biskut lagi.....sekarang mood membuat biskut dah mari.....kuang3
Baru-baru ini MA ada skodeng di rumah Cendanakasih.....mencari-cari biskut apa yang MA akan cuba pula......dan daripada komen yang MA baca daripada Cendanakasih, memang biskut nie di gemari ramai........Pada tahun 2012 je, Cendanakasih kata dia menerima tempahan sebanyak 30 botol & oleh kerana itulah MA terpanggil untuk mencuba buat biskut nie......
Kepada Cendanakasih terima kasih kerana pengkongsian ini, izinkan MA berkongsi di blog MA pula.......kepada sesiapa yang nak tengok dari Cendanakasih ada di SINI.
Ok.....malam nie selepas berbuka puasa MA pun terlalu excited nak merasa biskut nie....memang sedapppp, apa tidaknya di samping rasa conflake, kita juga akan merasa kerangupan badam beserta coklat cip dan kismis (MA gantikan ceri kering dengan kismis sbb kismis je yang ada di rumah nie). MA cuma nak mencuba rasa keenakkan biskut nie saja, jadi MA buat ape yang ada kat rumah je..... Tapi memang sedap, kombinasi biskut nie.....memang berbaloi membuatnya.
Cubalah.......



BISKUT RED PEARL - Yang sedappp.....
Sumber : Cendanakasih

Bahan-bahannya: (50 biji)

150g butter
150g tepung gandum
75g gula kaster
60g conflake (di ramas sedikit)
50g coklat cip
20g ceri kering (merah & hijau)- MA gantikan dengan kismis
25g badam/gajus/hazelnut (bakar dulu & di hancurkan sedikit)- MA guna badam & hazelnut 25gx2
1 sudu teh essen Vanila
1 sudu teh emplex- MA gantikan dengan tepung beras, ikut apa yang Cendanakasih kata

Hiasan :

ceri merah - dihiris halus & memanjang
Sedikit kuning telur

Cara membuatnya :

  1. Pukul butter & gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula & butter je)
  2. Campurkan semua bahan-bahan kering & kacau sebati.
  3. Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. CK jemput & bulatkan seperti bebola (bila di bakar, biskut akan leper dengan sendiri).
  4. Sapukan kuning telur di atas biskut & letakkan ceri merah.
  5. Bakar pada oven bersuhu 165C, selama 30-40 minit.
TIP:

  • Tahun nie CK keluarkan 2 sudu besar tepung gandum (dari sukatan di atas) & di ganti dengan 2 sudu besar tepung beras. So biskut lebih rangup & sedap. Tak perlu guna emplex pun tak pe.
  • Kata Cendankasih...."Ada kengkawan yang buat biskut nie dan jadi tak berapa nak rangup....nak dapat biskut yang rangup dan sedap??...jeng jeng jeng.....Biskut nie tak boleh di bakar dengan api yang tinggi....so suhu oven kena slow je.....dalam 165C/180C gitew.....bergantung la pada oven korang......"



No comments:

Post a Comment