CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 11, 2013

MELTY HERSHEY CHOCOLATE .....YANG TENGAH MELETOP

Assalamualaikum....
N3 kali ini MA paparkan pula dessert yang memang sedap......boleh melelehkan air liur...saperti kata Puan Azlita Aziz tuan punya blog masam-masam manis... ye ke ???
Bagi MA...memang sedap Melthy Hershey Chocolate nie....hinggakan tak boleh berhenti semasa menekmatinya.....selagi tak habis selagi itulah asyik mengadapnya....
Nak rasa keenakkannya, anda cubalah buat sendiri....berbaloi...
Kepada anda yang ingin melihat resipi daripada blog masam manis  bolehlah lihat di SINI....
terima kasih pada Puan Azlita diatas resipi perbagai versi yang beliau paparkan....
tepok dada tanya selera yang mana satu pilihan anda....
Wbp dessert yang MA catitkan disini adalah sumber resipi daripada Rahel blogspot.....memandangkan
 MA tidak mahu menggunakan gelatin......makanya MA cuba resipi ini...... 
kata Rahel beliau ambil resipi ini daripada  Noraslinda Bugal
Terima kasih pada penyumbang resipi......namun bagitu, maafle kerana resipi asal telah
diolah mengikut citarasa MA sendiri.....kerana Puan Azlita kata " Sebenarnya ada perbagai
teknik & gaya pengolahan Melty Hershey ini. Anda boleh gunakan apa-apa saja 
bahan yang anda rasa menepati citarasa selera anda".
Oleh yang demikian anda juga boleh buat versi anda sendiri mengikut selera anda.....
Mai kita lihat resipi Melty Hershey Chocolate yang tengah hits nie.....


MELTY HERSHEY CHOCOLATE
Resipi asal : Noraslinda Bugal
Sumber : Rahel Blogspot
Olahan : MA

Bahan A :
  • 250g UHT Whipping Cream (Dairy fresh cream) - MA guna jenama ANCHOR
  • 250g cream cheese - MA guna jenama ANCHOR juga
  • 200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)

Bahan B :
  • Syrup coklat jenama Hershey's (nak guna yang berperisa strawberry pun boleh/ nutella, apa-apa jenis filling) - MA guna jenama American Garden
  • Biskut Marie / Oreo - MA guna Oreo hancur
Bahan-bahan hiasan :
  • Gula-gula M&M, coklat chips, kekacang, cheddar cheese (disagat/ diparut) - MA guna badam, walnut & coklat chips.(Badam & walnut dibakar terlebih dahulu)
Cara Membuatnya :
  1. Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan susu pekat. Putar hingga rata kemudian masukkan pula UHT  Whipping Cream. Putar lagi hingga bercampur rata.
  2. Ambil bekas & ceduk 1 susu adunan cheese & tuang kedalam bekas.
  3. Susun/ patah-patahkan biskut marie/ oreo (MA guna biskut oreo hancur)
  4. Pichitkan syrup Hershey & ratakan. taburkan coklat chips. Ulang step diatas hingga habis.
  5. lapisan diatas sekali, tuang adunan cheese & picit syrup Hershey
  6. Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti
  7. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.



Ini dia Melthy Hershey Chocolate 
yang sungguh mengancam selera anda......

Ini pula jenama yang MA guna untuk buat 
Melty Hershey Chocolate