CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label KETAM. Show all posts
Showing posts with label KETAM. Show all posts

Saturday, January 30, 2016

KETAM MASAK KARI TUMIS DARAT


Assalamualaikum....salam sejahtera utk rakan2 yg sudi bertandang kesini.
Hari niee anda masak apa ??
Kalu belum masak lagi ...mai kita cuba resipi yg sinonim ngan orang utara...ketam masak kari tumis darat.
Bezanya masakan kari tumis darat ini ngan kari tumis biasa adalah dari segi aromanya yg memang membangkitkan selera. Wanginya memang lain drp kari tumisan biasa...yang sudah pasti akan membuka selera kita ...so  kepada anda yg berhajat utk memasak kari ketam hari niee...mai kita cuba resipi Ketam masak kari tumis darat ini...


KETAM MASAK KARI TUMIS DARAT
Oleh : MA

Bahan2nya :

  • 6 atau 7 ekor ketam - sederhana besarnya (bersihkan & potong dua)
  • 1 paket serbuk kari ( sy guna serbuk kari adabi - ketam & udang)
  • Ayer secukupnya
  • Santan pekat
  • Garam secukup rasa
  • 2 potong nenas - dihiriskan kecil2
Bahan utk ditumbuk halus : 
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1"halia
  • 6 biji cili padi ( tumbuk pecah2kan saja)
Bahan untik menumis :
  • 2 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih* (*dihiris halus)
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sudu teh halba campur
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara Memasaknya :
  1. Masukkan ketam, bahan yang ditumbuk dalam periok.
  2. Masukkan juga serbuk kari  & sadikit air untuk menenggelamkan semua ketam.
  3. Masak sehingga mendidih sambil dikacau.
  4. Masukkan santan, garam serta potongan nenas tadi. Kacau sebatikan.
  5. Sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
  6. Bila kari ketam sudah masak, ketepikan.
  7. Tumiskan bahan2 tumis hingga naik bau, kemudian tuangkan bahan tumisan ini kedalam periuk kari ketam. Kacau sebatikan diatas api perlahan sehingga sebati. 
  8. Bila sudah masak, tutupkan api.
  9. Sedia untuk di makan .
Kari ketam tumis darat...dahh pun siap...
Jemput makan....!!!!

Thursday, August 29, 2013

KETAM MASAK JINTAN .....Favourite MA & keluarga


Salam .... selamat petang semua...
Kali nie MA N3kan  Ketam Masak Jintan yang memang favourite MA sedari dulu lagi.....
Masakkan nie MA belajar daripada bonda MA......selalu jugak MA buatkan dulu-dulu....tapi semenjak kebelakangan nie MA dah jarang membuatnya.....
Alkesah bukannya apa.....sebab yang utama My hubby dah tak berani makan ketam metam nie....huhuhu, apa lagi kerana gout dia tu le....
Sebab yang lain.....yaAllah .....ketam, sekarang nie mahal betul..harganya. Dulu-dulu kalau MA belikan ketam, suka jugak MA rebuskan je ketam nie......tapi sekarang rugi lak MA rasa kalau belikan ketam untuk direbuskan je.... tak berbaloi.
Oleh kerana tu le .....sekarang nie MA lebih suka masakkan ketam, cara nie saja.....disamping berselera makan.....yang paling utama sedap pulak tu rempah ratusnya....
Si bungsu suka betul dia dengan masakkan ketam cara nie.....
My hubby....huhuhu, ciannya dia.....tak berani nak makan ketamnya....tapi rempah ratus masakkan ketam tu, dibedalnya jugak.....
Walau pun MA ada buatkan masakkan lain untuk My hubby...... 
Bagi anda yang ingin mencuba masakkan yang menjadi favourite MA nie.....jom kita tenguk resipinya......


RESIPI KETAM MASAK JINTAN
Oleh : MA

Bahan-bahannya:

3 ekor ketam sederhana besar - dibuang kepis & kulit kerasnya, serta dibersihkan
3 biji cili merah*} 
4 biji cili padi*}- boleh juga digantikan dengan cili kering diblander halus
(mengikut kepedasan yang anda suka) 
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 batang serai*
Sedikit belacan*(* bahan-bahan ini diblander halus)
1 sudu kecil serbuk jintan manis**
1 sudu kecil serbuk jintan putih**(** dicampurkan jadikan pes)
1cawan pati santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng ketam & menumis

Cara Memasaknya :
  1. Ketam yang telah dibersihkan, lumurkan dengan garam & kunyit, kemudian digorengkan separuh masak. Ketepikan.
  2. Gunakan semula minyak yang menggoreng ketam tadi, jika minyak terlalu banyak kurangkan sedikit minyaknya.
  3. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan-bahan yang diblander hingga naik bau. Kacau selalu supaya elok garingnya.
  4. Masukkan campuran pes jintan tadi, kacau sebatikan & biarkan sebentar sahingga garing & naik bau.
  5. Masukkan pati santan, kacau & biarkan kering sedikit.
  6. Perasakan garam & gulanya mengikut selera kita, masukkan ketam yang telah digoreng separuh masak tadi. Balik-balikkan ketam supaya sebati dengan rempah tadi.
  7. Bila dah agak kering sedikit, tutupkan api.
  8. Bolehlah dihidangkan.
'SELAMAT MENCUBA'  




Ini dia Ketam Masak Jintan....favourite MA
Jemput Makan
Wadoohh sedaapppnyaa....