CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 26, 2016

TERUNG GORENG BERLADA..PEMBUKA SELERA



Selamat pg....masih lg kita dpt menjalani puasa Ramadhan, hari niee dah masuk hari ke 21 kita menjalani ibadah puasa...syukur alhamdulillah.
Resipi kali ini MA nak kongsikan resipi yg simple jerr tapi boleh membuka selera kita...
Untuk itu jom kita tenguk resipi Terung Masak Berlada cara MA. Untuk yg sudi mencubanya MA halalkan, semoga menjadi impirasi dlm menyediakan juadah berbuka nanti. Biasa lerr kita sebagai orang perempuan niee ...pening kepala memikirkan resipi apa yg nak dihidangkan pada keluarga tersayang...
Apa kata hari niee mai kita buat terung goreng belada yang paling simple...

TERUNG GORENG BERLADA
OLEH : MA

Bahan2nya :
  • 3 biji terung kampung 
  • 5 ulas cili merah
  • 4 ulas cili hijau
  • 20 biji bawang rose
  • 1/2 sudu teh meggie sesedap rasa
  • Sedikit air asam (ikut rasa kemasaman masing2)
  • Garam & gula
  • Serbuk kunyit & minyak untuk memasak.
Okey hanya itu jerr bahan2nya...simple kann ???
Mari kita tenguk cara membuatnya pula....
MA cuma sertakan gambar.....dan disetiap gambar ada cara membuatnya...

Mula2 kita bersihkan terung & dibelah kepada 2,  lumurkan terung ngan garam kunyit kemudian  gorengkan terung sebentar. Bila sudah cukup masak ketepikan terung. Sementara terung tengah goreng, kita sediakan bawang serta cili merah & hijau.

Cili merah & hijau beserta bawang kita blander kasar. Bila telah tersedia tumiskan bahan2 nie, masukkan juga air asam jawa, garam & gula...
Tumis hingga cili garing, Rasa bahan tumis niee mengikut citarasa kita...bila dah puas hati rasanya, tutup api & taburkan gorengan cili di atas terung yg telah bergoreng tadi.

Taraa...terung masak berlada telah pun siap....jemput makan..!!!
Ini pula balance gorengan lada tadi, kalau terlalu banyak boleh juga dibotolkan panas2 & simpan untuk digunakan dalam  masakkan yg lain pula....
Sedap juga untuk dibuat keli goreng bercili...ngan resipi yang sama... Bye...chaaloo...

No comments:

Post a Comment