CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, June 9, 2013

CREAM PUFF

Untuk hari nie, MA buat cream puff utk minum petang kami 3 beranak. Cream puff nie juga selalu MA terima tempahan bagi katering utk jamuan Hi-tea. Resepi cream puff nie MA memang ikut resepi daripada chef Azli Razali (Dari Dapur Azli Razali blogspot.com). MA memang berpuas hati dengan resepi beliau. Adunan cream puff beliau memang elok menjadinya.....
Cream puff nie juga memang favorite anak MA si Bongsu dan anak dara MA si Angah, tapi si Bongsu le yang selalu berpeluang untuk menikmatinya........
Si Angah sekali sekala je sbb dia duduk berjauhan dari MA.
MA kalau buat cream puff nie, selalu  ikut resepi daripada chef Azli Razali aje.......untuk krim pasterinya MA selalu ikut resepi yang MA belajar semasa di Shah Alam dulu.

Ok le..... apelagi mari kita cuba resepi ini, jangan risau pasti elok menjadinya dan MA gerenti pasti  berpuas hati.
Makan masa sejuk2 memang sedap......betul kata chef Azli Razali.
Disini MA salinkan balik resepinya, terima kasih pada chef Azli Razali kerana sudi share resepi cream puff ini, siap dengan tip-tip penting lagi utk mendapat cream puff yang gebu dan berongga didalamnya.



CREAM PUFF

Bahan-bahannya :
Sumber : Dari dapur Azli Razali blogspot.com

100g majerin (MA guna buttercup je)
250ml air
1 sudu besar gula (MA guna gula kaster)
75g tepung halus (tepung superfine)*
75g tepung gandum biasa (MA guna tepung gandum cap sauh)*
3 biji telor gred A

Tepung yang bertanda * hendak le diayak

Cara membuatnya:

  1. Panaskan oven pada suhu 220 darjah C
  2. Satukan marjerin, air dan gula dalam periok. (MA gunakan kuali je). Panaskan hingga majerin cair.
  3. Selepas ia mula mendidih , terus masukkan tepung. Kacau hingga pantas sahinggaia kurang melekat pada dinding periok.Konsistensi perlulah kental, biarkan adunan sejuk.
  4. Bila adunan telah sejuk baru masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya.
  5. Guna bag paiping, dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka, diatas dulang yang telah disapu marjerin.
  6. Renjiskan diatas choux pasteri yang telah di paipkan dengan sedikit air.
  7. Masukkan didalam oven selama 15 minit dengan suhu 220C, kemudian turunkan suhu oven kepada 190C dan teruskan membakar selama 15 minit lagi atau pun sahingga keperangan.
  8. Sejukan dulu cream puff, kemudian baru boleh di bubuh Krim pasterinya.




Bersama ini juga MA sertakan Krim pasterinya yang selalu MA gunakan kalau MA buat cream puff nie

KRIM PASTERI

Bahan-bahannya :
Sumber : MA belajar ngan cikgu Nor'aini Ahmad

500ml susu UHT
2 biji telur gred A
25g tepung kastad
25g tepungjagung
100g gula kaster
1-2 titik essen vanila

Kaedah menyediakan nya :
  1. Masak susu dengan saedikit gula, panaskan
  2. Bancuh telur, gula, tepung kastad, tepung jagung, essen vanila dan sadikit susu.
  3. Aapabila susu sudah mendidih, masukkan adunan telur dan kacau hingga masak dan sedikit pekat.


* Kalau buat 2 adunan, boleh dapat 76 biji menggunakan acuan kecil
   Kalau buat buat 1 adunan, boleh dapat 18 biji kalau menggunkan acuan besar.

Update pada : 22.04.2014

Inilah nozel yang selalu MA gunakan untuk 
membuat cream puff