CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 28, 2013

NASI AYAM BLACK PAPER SIMPLE

Assalamualaikum....hari nie MA catitkan disini resipi Nasi Ayam Black Paper Simple...
Bagi rujukkan MA & anak-anak dimasa akan datang.....
Baru-baru nie MA pergi ke Pasaraya Maidin Meru untuk membeli barang-barang keperluan dapur....kebetulan balik pun dah lewat .Jadinya MA pun buatkan je Nasi Ayam Black Paper Simple nie untuk juadah tengahari kami.....
Kebetulan masa di Maidin Meru tadi MA ada belikan seekor ayam panggang..... sebab itu lah MA buatkan nasi ayam nie.....senang ayam pun dah ada, tak payah susah-susah untuk mengoreng atau memanggang ayam lagi.....
Hanya yang MA buatkan cuma sup ayam dan kuah cili serta black paper sauce atas pemintaan si bungsu.
Bagi anda yang suka masakkan simple .......mai kita cuba buat masakkan nie, masakkan yang paling simple dan sekejap je penyediaannya.......


NASI AYAM SIMPLE 
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam yang siap dipanggang (beli dikedai Ayamas atau pasaraya je)

Untuk Nasinya :

3 cawan beras basmati (MA guna Basmati Jasmin King)
3 1/2 cawan air ( 1 cawan air rebusan tulang ayam yang dibuat sup + 2 1/2 cawan air biasa)
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1" halia* (* bahan ini diblender bersama)
1 batang serai - dititik
1 sudu besar susu pekat manis
2 ketul kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit kunyit
3 sudu besar mentega

Cara Membuatnya:
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Panaskan mentega dalam periuk, bila sudah cair masukkan bahan yang diblander tadi bersama dengan serai yang telah dititik, kacau hingga naik bau.
  3. Masukkan air, susu pekat, kiub ayam, garam serta sedikit kunyit. Kacau sebatikan & tunggu hingga mendidih.
  4. Sementara itu beras yang telah bersih tadi masukkan kedalam rice cooker, bila air telah mendidih tuangkan kedalam rice cooker yang berisi beras tadi, kemudian taburkan sedikit kunyit kedalam nasi ayam tadi untuk menaikkan seri warna nasi ayam.
  5. Masaklah seperti nasi biasa, apabila nasi telah elok masak, karehkan nasi dengan garpu atau chop stick, bagi mengelakkan nasi pecah...
  6. Apabila nasi telah masak, bolehlah dihidangkan dengan menaburkan diatas nasi itu daun sup & daun bawang serta bawang goreng sebagai hiasan.
PENYEDIAAN SUP :
Saperti biasa cuma rebuskan tulang ayam sedikit, masukkan kiub ayam, garam & sesuaikan rasanya.
Bila nak dihidangkan taburkan dengan daun sup & daun bawang yang telah dihiris halus.


Nasi Ayam Simple dah terhidang
Jom...kita makan...


SOS PEDAS
Oleh : MA

Bahan-bahannya :

4 ulas bawang putih
4 biji cili merah
6 biji cili padi 
2 sudu besar cuka makan
2 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili
Sedikit air sup & garam

Cara :
  1. Masukkan semua bahan-bahan tersebut diatas kedalam blander & kisarkan sehingga halus.
  2. Masakkan bahan-bahan sos ini sehingga sedikit pekat jika suka.
  3. Boleh juga sos ini, di makan tanpa di masak, terpulang pada citarasa masing-masing. 

SOS BLACK PAPER ....paling senang.

Bahan-bahannya :

2 biji bawang besar - dipotong dadu
2 ulas bawang putih - dicincang
2 kiub pati ayam
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Lada hitam yang telah diblander - agak-agak je, jangan banyak sangat.
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap cair
Planta / buttercup
Sedikit air
Sedikit tepung gandum

Cara Membuatnya :
  1. Panaskan & cairkan planta/ buttercup dahulu
  2. Masukkan bawang besar & putih, gaul rata sehingga naik bau
  3. Masukkan kiub ayam & lada hitam
  4. Masukkan juga sos cili & sos tomato, sos tiram, kicap cair serta sedikit air
  5. Seandainya sos cair , blanderkan sedikit tepung gandum bersama sedikit air & masukkan dalam sos tadi. Gaul rata.....takperlu letak ajinomoto, garam & gula.
  6. Biarkan sos masak sebentar di atas api & hidangkan.

Nasi Ayam Black Paper

Catittan :
Sos pedas & sos black paper, boleh juga dibuat salah satu sahaja untuk dimakan dengan nasi ayam.
Tak perlu dibuat kedua-duanya......tapi hari ini MA terlebih rajin, maka MA buat kedua-duanya....