CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 8, 2013

MINI FRUITS JELLY

Assalammualaikum.....salam sayang, apa kyabar anda semua ???  Semoga semuanya sehat & ceria menjelang bulan Ramadhan yang mulia ini.....
Ok le MA tak mahu bercerita panjang.......kerana MA ada banyak urusan yang hendak di buatkan......
N3 kali ini masih lagi berkisar resepi untuk dulang hantaran. Mari kita cuba resepi ini pula .....kalau anda inginkan kelainan. Mari kita cuba buat Mini Fruits Jelly nie .......
Mini Fruits Jelly nie tak boleh di simpan lama, paling lama pun 3 - 4 hari, dengan syarat di simpan dalam freezer.......tidak seperti Biskut Tart Nenas Buah Hantaran. Bagi yang tengah mencari idea....ini satu lagi gubahan bagi dulang hantaran. Untuk membuatnya anda mesti creative & tahap kesabaran mesti tinggi.......
Bagi anda yang ingin mencubanya, jom kita tengok resepinya.......


MINI FRUITS JELLY 
(Kao Noom Look Choup)
Sumber: Majalah Aroma November 2012

Bahan-bahannya: 

200g kacang dal atau (kacang hijau tanpa kulit)
150g gula
1/2 sudu teh garam
150ml santan pekat KARA
Pewarna yang sesuai

Bahan Pengilat:

10g serbuk agar-agar
350ml air
100g gula

Cara Penyediaannya:
  1. Rendam kacang semalaman. Tos & kukus selama 45 minit.
  2. Kisar kacang tadi bersama gula, garam & santan sehingga menjadi pes.
  3. Masukkan ke dalam periuk & kacau di atas api sederhana sehingga adunan menjadi kental. Angkat & biarkan sejuk.
  4. Ambil doh kacang seberat10 - 15g & bentuk menjadi buah-buahan yang di sukai.
  5. Apabila siap bentuk warnakan buah-buahan tadi. Kemudian cucuk dengan toothpicks dan tekan atas polystyrene untuk mengeringkannya.
  6. Untuk mengilatkan :                                                                                                                Masak serbuk agar bersama air & gula sehingga larut. Biarkan suam sedikit tapi jangan sampai beku. Sekiranya beku panaskan semula agar-agar tadi.
  7. Ambil buah-buahan yang siap di bentuk dan celup ke dalam agar-agar. Cucuk di atas polystyrene untuk mengeringkan nya. Buat sampai habis.
NOTA:
  • Buah-buahan mini ini di buat dari kacang dal atau kacang hijau yang di bentuk dan di warnakan seperti buah-buahan. 
  • Bahan pengilatnya datangnya daripada agar-agar.
  • Setiap doh hendaklah seberat 10 - 15g sahaja, kerana jika terlalu besar susah untuk di cucukkan dengan lidi atau di celupkan ke dalam agar-agar.
  • Seeloknya guna toothpicks untuk menyucuk doh semasa mewarnakannya.



BISKUT TART NENAS BUAH HANTARAN

Selamat pagi & salam sejahtera untuk anda semua....... Lagi 2 hari sahaja kita semua akan menunaikan kewajipan rukun Islam yang ke 4. Semoga di tahun ini ibadah puasa kita akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.........
Selepas sebulan menunaikan ibadah puasa........pastinya kita semua akan berhadapan dengan bulan Syawal pulak. Di bulan Syawal banyak sekali majlis perkahwinan akan di adakan .....di sana sini jemputan terpaksa di tunaikan.
Di pihak tuan rumah pula banyak perkara terpaksa di uruskan. Bermacam-macam urusan mesti di selesaikan menjelang hari yang istimewa, semuanya  untuk menunaikan impian yang ke sekian lama telah di rancangkan.....
Bagi yang masih tercari-cari idea untuk dulang hantaran, ape kata mari kita cuba membuat sendiri biskut buah-buahan yang sungguh cantek ini. Membuatnya sungguh seronok sekali, kerana kita akan mencuba buat bermacam-macam buah-buahan yang cute-cute.....
Biskut nie boleh di buat awal, kerana dia boleh di simpan dalam bekas yang kedap udara dan biskut nie juga tahan lama.......
Kepada yang rajin untuk mencari pendapatan sampingan......apa kata anda buat biskut ini dan gubahkan sendiri. Pasti ramai bakal-bakal pengantin akan mencari anda bagi tempahan untuk hantaran mereka.....
Ok le mari kita tengok resepinya.....



BISKUT TART NENAS BUAH HANTARAN
Sumber : Majalah Aroma - November 2012

Bahan-bahannya :

250g mentega
60g gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh essen vanila
370g tepung gandum
30g tepung jagung
Jem nenas (Ready Made)

Bahan Glaze/ pengilat
Putih telur & kuning telur secukupnya
Pewarna yang di perlukan
Berus kecil untuk mewarna

Royal Icing :
1 biji putih telur
1 cawan gula icing - di ayak
1 sudu teh essen nenas/ essen yang di sukai
Pewarna hijau
Nozzle daun & paiping bag

Cara Penyediaannya:
  1. Satukan mentega & gula pukul hingga berkrim. Masukkan kuning telur & essen vanila, gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang di ayak. Uli hingga adunan tidak melekat di jari.
  3. Ambil doh sebesar ibu jari, masukkan jem nenas yang telah di gentel, di tengah adunan, Bentuk menjadi buah-buahan yang di sukai.
  4. Warnakan buah-buahan mengikut warnanya. Biarkan pewarna mengering. Kemudian campurkan sedikit putih telur & pewarna mengikut warna buah & sapu hingga rata menggunakan berus. Biarkan mengering.
  5. Bakar dalam oven di rak tengah pada suhu 140C selama 25 minit. Keluarkan dari oven sejukkan dahulu.
  6. Sapu pula dengan kuning telur hingga rata. Bakar semula selama 5 minit untuk mengeringkan kuning telur.
  7. Untuk daun, hiaskan dengan royal icing dengan nozzle bentuk daun. Boleh juga di gunakan doh untuk membentuk daunnya, jika anda tidak mahu mengunakan Royal icing.
  8. Hias di dalam bakul roti atau bakul rotan mengikut kreativiti. Sesuaikan untuk hantaran.
***Pewarna boleh juga di campurkan terus di dalam adunan.

Royal Icing :
  1. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula icing & essen, putar hingga sebati. Masukkan pewarna dan kacau hingga rata. Jika agak likat, masukkan beberapa titis air hingga boleh di paip dengan nozzle.
  2. Buah-buahan tart yang popular seperti strawberry, orange,jambu,nenas,durian,apple, manggis dan juga bentuk sayur-sayuran.