CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 8, 2013

BISKUT TART NENAS BUAH HANTARAN

Selamat pagi & salam sejahtera untuk anda semua....... Lagi 2 hari sahaja kita semua akan menunaikan kewajipan rukun Islam yang ke 4. Semoga di tahun ini ibadah puasa kita akan lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.........
Selepas sebulan menunaikan ibadah puasa........pastinya kita semua akan berhadapan dengan bulan Syawal pulak. Di bulan Syawal banyak sekali majlis perkahwinan akan di adakan .....di sana sini jemputan terpaksa di tunaikan.
Di pihak tuan rumah pula banyak perkara terpaksa di uruskan. Bermacam-macam urusan mesti di selesaikan menjelang hari yang istimewa, semuanya  untuk menunaikan impian yang ke sekian lama telah di rancangkan.....
Bagi yang masih tercari-cari idea untuk dulang hantaran, ape kata mari kita cuba membuat sendiri biskut buah-buahan yang sungguh cantek ini. Membuatnya sungguh seronok sekali, kerana kita akan mencuba buat bermacam-macam buah-buahan yang cute-cute.....
Biskut nie boleh di buat awal, kerana dia boleh di simpan dalam bekas yang kedap udara dan biskut nie juga tahan lama.......
Kepada yang rajin untuk mencari pendapatan sampingan......apa kata anda buat biskut ini dan gubahkan sendiri. Pasti ramai bakal-bakal pengantin akan mencari anda bagi tempahan untuk hantaran mereka.....
Ok le mari kita tengok resepinya.....



BISKUT TART NENAS BUAH HANTARAN
Sumber : Majalah Aroma - November 2012

Bahan-bahannya :

250g mentega
60g gula halus
1 biji kuning telur
1 sudu teh essen vanila
370g tepung gandum
30g tepung jagung
Jem nenas (Ready Made)

Bahan Glaze/ pengilat
Putih telur & kuning telur secukupnya
Pewarna yang di perlukan
Berus kecil untuk mewarna

Royal Icing :
1 biji putih telur
1 cawan gula icing - di ayak
1 sudu teh essen nenas/ essen yang di sukai
Pewarna hijau
Nozzle daun & paiping bag

Cara Penyediaannya:
  1. Satukan mentega & gula pukul hingga berkrim. Masukkan kuning telur & essen vanila, gaul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung yang di ayak. Uli hingga adunan tidak melekat di jari.
  3. Ambil doh sebesar ibu jari, masukkan jem nenas yang telah di gentel, di tengah adunan, Bentuk menjadi buah-buahan yang di sukai.
  4. Warnakan buah-buahan mengikut warnanya. Biarkan pewarna mengering. Kemudian campurkan sedikit putih telur & pewarna mengikut warna buah & sapu hingga rata menggunakan berus. Biarkan mengering.
  5. Bakar dalam oven di rak tengah pada suhu 140C selama 25 minit. Keluarkan dari oven sejukkan dahulu.
  6. Sapu pula dengan kuning telur hingga rata. Bakar semula selama 5 minit untuk mengeringkan kuning telur.
  7. Untuk daun, hiaskan dengan royal icing dengan nozzle bentuk daun. Boleh juga di gunakan doh untuk membentuk daunnya, jika anda tidak mahu mengunakan Royal icing.
  8. Hias di dalam bakul roti atau bakul rotan mengikut kreativiti. Sesuaikan untuk hantaran.
***Pewarna boleh juga di campurkan terus di dalam adunan.

Royal Icing :
  1. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula icing & essen, putar hingga sebati. Masukkan pewarna dan kacau hingga rata. Jika agak likat, masukkan beberapa titis air hingga boleh di paip dengan nozzle.
  2. Buah-buahan tart yang popular seperti strawberry, orange,jambu,nenas,durian,apple, manggis dan juga bentuk sayur-sayuran.







No comments:

Post a Comment