CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 30, 2013

BISKUT CORNFLAKES RANGUP

Biskut conflake rangup nie......resepinya MA dapat drpd adek MA sendiri (Rozimah). MA sendiri tak tau resepi asal drpd siapa? Memang sedap biskut nie, disetiap raya biskut nie pasti ada dalam senarai, tak pernah lupa. Ape-ape pun, terima kasih le pada adekku yang sudi memberikan resepi ini padaku. Terima kasih juga pada penyumbang asal resepi ini.

MA rasa kalau anda mencuba resepi nie, pasti akan ada siaran ulangan & tentunya tak menyesal.....
Kalau mahukan lebih sedap lagi, anda gunakan lah pure butter..........pasti le terangkat.
Ok...kita terus ke resepinya.......tak payah mengomel panjang-panjang.



BISKUT CORNFLAKES RANGUP  (1 bancuhan: 160 biji)
Sumber : adekku Rozimah

Bahan-bahannya:

250 g mentega
230 g gula kaster
1 biji telur kuning (gred A)
300 g tepung - update MA guna tepung rose @ tepung superfine
1 sudu teh vanilla
50 g kismis (option)
130 g cornflakes (diramas kasar) - update MA guna Kellogg's cornflakes

Cara-caranya:

  1. Mentega dan gula kaster dipukul sehingga berkrim
  2. Bila sudah berkrim campurkan kuning telur serta essen vanila, sebatikan adunan.
  3. Masukkan tepung sedikit-sedikit - gaul sebatikan.
  4. Biarkan adunan sebentar didalam peti ais (update -ditempat sejuk biasa) untuk mengeraskan sadikit adunan (adunan agak lembik sadikit)
  5. Ambil adunan dengan sudu kecil, bentuk bulatkan sadikit, rollkan adunan tadi didalam conflake yang telah diramas kasar tadi.
  6. Aturkan adunan biskut tadi dalam dulang pembakar, dan bakar dengan kepanasan oven 180C selama lebih kurang 25 minit / sehingga biskut kelihatan keperangan.
  7. Sejukkan biskut dan simpan dalam balang kedap udara.
Nota : (update 03.08.2013)
  • Semasa membancuh adunan, terpulang kepada citarasa sendiri, samaada mahu bubuh kismis atau sebaliknya.
  • Jika suka bubuh kismis, kismis tu bolehlah di bubuh kedalam tepung, digaul sebati...kemudian barulah dibubuhkan dalam adunan mentega yang berkrim tadi. Gaul sebatikan.
  • Sekiranya bubuh kismis, jika kismis tu terlalu besar bolehlah dipotongkan 4 kismis tu.

12 comments:

  1. Assalamualaikum Nisa'...salam perkenalan, TQ kerana sudi bertandang ke dapur mama....
    Mama just guna tepung rose (tepung superfine je)...tapi nak guna tepung gandum biasa pun boleh ....(Selalu nya kalau tepung gandum biasa mama guna cap sauh)

    ReplyDelete
  2. Salam dh bncuh letak dalam peti ais beku @ biasa?

    ReplyDelete
  3. Wkumsalam...terima kasih kerana sudi mencuba resepi mama..
    Kalau dah bancuh, bolehle dimasukkan dalam peti ais biasa....tunggu sebentar agar adunan keras sikit, supaya senang di bentuk & disalut dengan cornflakes.

    ReplyDelete
  4. Salam, kismis tu nak bubuh mase bila ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam ...Liz, salam perkenalan..
      TQ kerana sudi mencuba resepi ini..
      Maafle...krn mama terlupa nak beritahu waktu bila nak masukkan kismis tu..
      Sebenarnya kismis tu boleh dimasukkan kedalam tepung, gaulkan dulu sebati & kemudian barulah dibubuh dalam adunan mentega yang telah berkrim tadi...
      Boleh juga kalau Liz tak mahu masukkan kismis dalam bancuhan tu...kerana resepi asal tak dibubuhkan kismis tapi mama suka bubuh kismis nie setiap kali buatkan biskut nie..

      Delete
  5. Replies
    1. Salam The Didi Butter.....terima kasih kerana sudi mencubanya....
      Terima kasih juga kerana sudi bertandang keblog ini...

      Delete
  6. tq sis.. sudi share resepi..nk try buat..hehe..conrflake tu disalut2 ekk?bukan digaul dgn tepung td? sy x biasa buat biskut..nk try buat yg ni..tq sis..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mAmArAniA13...maaf ma kerana baru sekarang berkesempatan melihat blog nie...sepanjang Ramadhan ma terlalulah bznya....
      Tentu mAmArAniA13 dah membuat biskut nie.....menjadi kerr???
      Memang betul bancuhan biskut nie disalutkan saja ngan conflake...

      Delete
  7. Dah try. Memang sedap! Resepi ni lah yg saya cari2 😊

    ReplyDelete
  8. Dah try. Memang sedap! Resepi ni lah yg saya cari2 😊

    ReplyDelete