CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 27, 2013

AYAM MASAK HALIA BERKUAH

Asalamualaikum....
Hari nie MA masak sampoi je.....MA masakkan Ayam Masak Halia Berkuah, untuk menu berbuka kami... Resepinya MA dapat dari pertolongan cik google....tapi MA dalam dilema kerana resepi asalnya tak tahu nak di catatkan dari siapa dah, kerana resepi yang MA skodeng nie .....adalah resepi kombinasi antara K.Noor-secubit garam & resepi kasihaleeya.blogspot.com. Wbp terima kasih pada keduanya kerana rujukan resepi asalnya daripada mereka berdua, tapi resepinya, MA dah ubahsuai ...... Sorry le, jangan maraaahhh ye; MA derhaka.....kuikuikui
Spt aleeya juga....dada ayam nya MA potong kecil-kecil dan gorengkan dahulu....kerana My hubby juga confirm tak suka makan daging ayam yang di masak mendidih dengan kuah, jadi terpaksalah daging ayamnya di goreng terlebih dahulu...... Lagi-lagilah ini kan dada ayam....semuanya isi je...
Walau pun resepinya sempoi, MA catatkan jugak lah disini, bagi rujukkan MA & anak-anak dimasa depan ......... Tapi kepada sesiapa yang sudi mencuba resepinya....silakan.
Jom kita tenguk resepi yang sempoi nie......



AYAM MASAK HALIA BERKUAH ...masakkan yang sampoi je
Olahan : mamaAna

Bahan-bahannya:

Dada ayam - dipotong kecil (MA gorengkan dahulu)
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(* bahan nie di blander/ditumbuk kasar)
1" halia - dihiris nipis saperti mancis
1 biji bawang besar - dibelah 4 & diceraikan kelopaknya
1/4 capsicum/lada benggala - dipotong kecil
1 biji tomato sederhana besarnya - dipotong 6
1/2 biji lobak merah - dipotong bulat
7-10 biji cili padi - diketuk/dibelah 2
1 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil pati ayam
1 sudu kecil tepung jagung- di bancuh dengan air
Sedikit sos tiram, sos tomato & sos cili
Sedikit kicap
1/2 cawan air
Sedikit garam & gula

Cara membuatnya :
  1. Perap ayam yang di potong kecil dengan sos tiram, sedikit serbuk lada hitam kasar & sedikit garam. Ikut suka nak perap berapa lama (lagi lama lagilah elok). Macam MA nak cepat perapkan 15 minit je...
  2. Panaskan minyak & goreng ayam....tapi ada orang tak goreng - terpulang ngan citarasa masing-masing. Bila dah elok garing ketepikan.
  3. Dengan mengunakan minyak yang sama, jika banyak buangkan sikit minyak tu, tumiskan bahan-bahan yang telah di tumbuk kasar bersama dengan halia hingga naik bau & kekuningan.
  4. Masukkan bawang besar, capsium, lobak merah & cili padi. Kacau sebatikan.
  5. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato & sos cili. Masukkan juga air & sedikit kicap. Kacau sebatikan.
  6. Bila dah mendidih masukkan kepingan dada ayam yang telah di gorengkan tadi. Kacau sebatikan.
  7. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah berbancuh dengan air, sesuaikan kepekatannya spt yang kita kehendaki....jangan lah pekat sangat...cair-cair manja ....gituuu.
  8. Last sekali masukkan buah tomato, bersama garam & gula serta pati ayam. Kacau rata & sesuaikan citarasanya spt yang di kehendaki.
  9. Bila dah berpuas hati, tutupkan api......boleh lah di hidangkan

- SELAMAT MENCUBA-


AYAM MASAK HALIA BERKUAH 
JOM... KITA MENJAMU SELERA

9 comments:

  1. hai...saye lisa,,,,em saye jarang masak,,tapi sebab nk mrase air tangan sendiri saye pn msuk blog nie...truje plak nak cube...em thank u!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza lis terima kasih kerana sudi berkunjung keblog mama.......
      Memang berbaloi kalau masak sendiri nie.......pasti puas hati.....
      Semoga liza lis berpuas hati dengan resipi yang sempoi nie.......

      Delete
  2. Replies
    1. Salam putih amelia...terima kasih kerana sudi bertandang kesini.....
      sama-sama putih amelia.....masakkan nie sampoi saja...walaupun sampoi tapi resipi nie dah menjadi menu favourite famili mama...

      Delete
  3. Mama ana punye version lain sket la. Tp bice to try

    Www.momsmilkyway.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fazira kerana sudi bertandang kesini. Biasalahlah Fazira lain orang lain vasionnya.... Wbp serr Fazira cb versi MA pula....nanti pm MA yerr...bagitau komen Fazira...
      Selamat mencuba.....!!!!

      Delete
  4. Sedapnya. Sy tak pnh masak ayam masak halia yang berkuah. Will try. Terima kasih ye sebab share resepi ni.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih share resepi....
    saya student yg suka masak kat kampus....
    jumpa juga resepi yg simple sempoi sedap kat sini...
    Thankss!! ;-)

    ReplyDelete