CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 20, 2013

PIE AYAM MELBOURNE/CENDAWAN

Assalamualaikum....... salam sejahtera kepada kawan-kawan yang sudi mengunjungi blog MA ........ Hari nie MA nak share resepi Pie Ayam yang memang menjadi kegemaran MA sekeluarga.
N3 nie dah lama tertangguh, dah lama MA buatkan Pie nie.......
Versi pie nie MA dapat dari Azie Kitchen  dan kombinasi  idea daripada resepi citarasawan.blogspot.com...
Kepada sesiapa yang mahu resepi asalnya leh le tengok di SINI . Resepi dibawah nie MA dah olah mengikut citarasa MA ........
MA selalu buat pie nie banyak- banyak........ bukan ape, kerana MA akan Frozenkan separuh daripada Pie nie.
Bila waktu-waktu yang terluang dan teringin nak makan pie, pasti MA akan defrostkan pie nie dan bakar semula sahingga masak keperangan .....
Untuk pie yang MA hendak frozenkan.....MA hanya bakar separuh masak sahaja.......
Selepas pie dah benar-benar sejuk baru le MA packing dalam taperware dan di frozenkan.......
Pie nie tahan selama 3 bulan kalau kita frozenkan......tapi selalunya tak sampai 3 bulan pun......seminggu dah pun langsai........huhuhu



PAI AYAM MELBOURNE / CENDAWAN
Sumber : Azie kitchen & citarasawan blogspot.com
Olahan : MA

Bahan-bahan Pasteri Pai

200g tepung gandum
100g mentega
50ml air sejuk drp peti sejuk
1/2 sudu teh garam
1 biji kuning telur - untuk mengilatkan pasteri

Bahan-bahan inti:

400g isi ayam di potong dadu
1 labu bawang besar di potong dadu
1 ulas bawang putih dicincang
1 biji lada cameron - dipotong dadu
150g cendawan butang- dihiris nipis
1/2 tin sup cendawan butang campbell
1 biji kentang- dipotong dadu dan direbus
100g sayur campur sejuk beku (jika suka)
1 helai daun bay - jika suka
1 sudu besar lada sulah
2 sudu besar mentega /minyak jagung
Gula & garam secukup rasa

Cara-caranya :

PASTERI:

  1. Gaulkan tepung, garam dan mentega dengan hujung jari sehingga menjadi saperti serbuk roti.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum di gunakan.
  3. Boleh juga gunakan kulit roti pratha jenama Kawan.

INTINYA:

  1. Panaskan minyak tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, masukkan ayam, cendawan dan daun bay dan kacau rata.
  2. Apabila ayam hampir masak masukkan kentang dan sayur campur, kacau sebatikan. Masukkan juga lada capsium, lada sulah kacau rata. 
  3. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula serta sup cendawan butang campbell, kacau biarkan pekat sedikit. Setelah masak baru le dipadamkan apinya. Sejukkan.

UNTUK PAINYA :

  1. Canai kulit pai setebal 2 cm dan potong bulat dan masokkan doh tadi ke dalam acuan pai, letakkan ia sebagai lapisan bawah (base) dan cucuk-cucuk sedikit ngan garfu. Bakar base nie selama 5-8 minit.
  2. Kemudian masukkan inti pai ke atas base tadi. 
  3. Canai lebihan doh tadi sebagai kulit pai setebal 2cm dan tutup inti pai. Sapukan sedikit kuning telur yang di campur ngan 2 sudu kecil air untuk mengilatkannya.
  4. Boleh juga di canai memanjang dan pintalkan doh, kemudian letak bersilang di atas permukaan pai. rapikan tepinya, kilatkan dia ngan kuning telur.
  5. Bakar selama lebih kurang  12 - 25 minit atau sehingga pasteri masak di dalam ketuhar yang telah di panaskan pad suhu 200C.
  6. Untuk pai yang nak di frozenkan, ikut step 1- 3, kemudian bakar pasteri lebih kurang 10 minit dengan api 200C , keluarkan drp ketuhar - sejukkan dan simpan di dalam taperware dan boleh le di frozenkan.


TIP:
  • Di galakkan menggunakan kulit / pasteri segera kerana ia senang di masak. Sedap dan menjimatkan masa. Ia boleh di beli di kedai biasa atau pasar raya.
  • Jangan masak terlalu lama kerana inti pai tadi telah pun hampir masak.
  • Sekiranya tidak mahu membuat base pun tidak mengapa. Cukup dengan kulit pasteri segera sahaja.
  • Sesuai juga untuk beginner tetapi mesti mengikut arahan dengan betul.