CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 3, 2014

TART BUAH KASTAD ...semestinya menyelerakan dan sodaappp.....

Assalamualaikum buat warga blog semua....semoga kita semuanya berada dalam rahmat ALLAH.
N3 kali ini MA updatekan Tart Buah Kastad yang baru-baru ini telah MA buat atas pemintaan customer MA....terima kasih pada Cik Ika yang sudi menempah. Resipi tart kali ini ......MA skodeng daripada dapur Citarasawan, terima kasih kepada beliau atas pengkongsian resipi yang sangat sedap nie....
Sebelum nie MA pernah membuat tart buah ini, tapi resipi yang MA buat sebelum nie adalah resipi semasa MA dok tengah gila belajar memasak....ini adalah cerita lama, semasa MA dok tengah bekerja lagi...
Bagi anda yang nak ingin mencuba resipi berkenaan ...bolehlah KE SINI.
Manakala bagi anda yang ingin mencuba resipi ini....dipersilakan, resipinya yang ada di sini....
Bagi MA kedua-kedua resipi ini sedappp....jangan lah anda risau, MA sekadar cuba memperbagaikan koleksi resipi tart buah dalam simpanan MA jeerrkk.....
Okeylah...mai kita cuba sama-sama resipi nie....secara step by step......

TART BUAH KASTARD
yang memang sedaappp....

CUSTART FRUIT TART/ TART BUAH KASTARD
Sumber : Resipi Citarasawan
Oleh : MA

Bahan Pasteri Tart :
  • 60g gula icing
  • 250g tepung gandum (MA guna tepung rose)
  • 125g mentega sejuk - dipotong dadu
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar air sejuk
  • 1/2 sudu teh essen vanila/ essen badam
Cara-caranya :
  1. Satukan gula icing & tepung gandum.. Dengan menggunakan hujung jari ramas mentega sejuk kedalam adunan tepung sehingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan kuning telur, essen vanila, gaul sebatikan dan di ikuti dengan air sejuk. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Rehatkan doh selama 15-20 minit. Ambil sebesar ibu jari dan tekankan kedalam acuan tart mini. Trim lebihan dibahagian atasnya.
  4. Cucuk sedikit dengan garpu dan bakar selama 15 minit atau hingga masak pada suhu 160C.
  5. Keluarkan daripada oven dan sejukkan dahulu kulit tart sebelum diisi dengan filling kastard dan buah-buahan segar.
FILLING KASTARD
Bahan-bahannya :
  • 400mi susu segar
  • 100g gula kaster
  • 60g tepung kastard
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu kecil essen vanila
  • 1/2 sudu besar mentega
Cara-caranya :
  1. Satukan semua bahan-bahan filling kastard kecuali mentega. Masak diatas api sederhana hingga kental. Masukkan mentega dan kacau sehingga lincin dan berkilat.
  2. Masukkan kedalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap untuk mengelakkan kastard bahagian atas mengeras dan simpan dalam peti sejuk.
  3. Masukkan kedalam pipping bag dan picitkan ke dalam kulit tart, hias dengan hirisan buah-buahan segar. 
HIASAN : Buah strawberry, blueberry, kiwi, mandarin oren dsbnya.

Apabila doh telah pun siap diadun dan direhatkan selama 15- 20 minit...
Ambil doh sebesar ibu jari dan tekan kedalam acuan tart mini

Kemaskan doh supaya menjadi nipis di sekeliling acuan

Trim kelebihan bahagian atasnya dengan belakang mata pisau...

Doh yang dah siap dinipiskan dan di trim....

Shell tart telah siap di kemaskan dan ditrim.....
Disapukan pula dengan sedikit putih telur, untuk mengelakkan 
supaya shellnya tidak cepat lemau dan sentiasa crispy.
Rehatkan selama  15-20 minit dahulu, kemudian cucuk sedikit dengan garpu.
Bakarlah selama 15 minit atau sehingga masak pada suhu 160C

Sementara menunggu shell tart masak...
Kita prepare pula filling kastard.....
Satukan semua bahan filling kecuali mentega....
Masak diatas api sederhana sehingga filling menjadi kental.
Masukkan mentega dan kacau sehingga licin dan berkilat. 
Masukkan kedalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap...ini 
untuk mengelakkan kastard dibahagian atas mengeras.
Boleh juga disimpan di dalam peti sejuk.

Shell tart yang telah siap dibakar....

Filling yang telah siap dimasukkan ke dalam pipping bag....
dan dipicitkan kedalam kulit tart......dan kita hiaskan pula 
dengan hirisan  buah-buahan segar.

Untuk tart buah kali ini, MA sediakan untuk di hiasannya.... 
dengan buah anggor, kiwi dan mandarin oren.

Buah anggor dibelahkan 2 sahaja
Seelok-eloknya dapatkan buah anggor yang tiada biji.

Buah kiwi di potong kecil-kecil
Isshh2...buah kiwi ....sempena Tahun Baru Cina nie...looo  mahal betoi...
MA belikan untuk 2 biji jerrr dah rm8....

Sempena Tahun Baru Cina ini juga, buah mandarin oren terlalu banyak sekali.
Jadinya ...MA ambil keputusan untuk hiaskan tart buah kali ini 
dengan mandarin oren yang comel-comel nie... 

Haa...ini dia tart buah yang telah pun dipenuhi dengan hiasan
buah-buahan...warnanya memang meriah sekali....

Taraaa...nie dia rupa tart buah yang telah menjalani prosesnya..
Untuk mengilatkannya...MA brushkan diatas buah-buahan itu
dengan apricot glaze.... barulah ngam...dan nampak berkilat..
"SELAMAT MENCUBA'