CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, November 12, 2013

SAYUR LEMAK LABU.....KEGEMARAN ANAKKU

Alhamdulillah dikesempatan yang terluang ini MA updatekan resipi tertunggak SAYUR LEMAK LABU.
Sayur lemak labu nie memang kegemaran anak MA, My Yanti.....
Kalau balik ke Ipoh je...pasti sayur lemak labu nie le yang dia request.....
Sebagai ibu, pastinya MA akan sedaya upaya dengan rasa senang hati & penuh dengan kasih sayang menyediakan juadah kesukaan anak-anak & suami yang tercinta. Memang MA rasa berbaloi sekali bila memasakkan  masakkan kegemaran mereka....apatah lagi jika mereka makan dengan berselera sekali.
Labu  boleh di perbagaikan memasaknya dengan bemacam-macam cara. Dari labu kita boleh buat sayur, pengat , sira labu, cucur labu. bingka labu, lepat labu, kek labu, tart labu dll mengikut kretiviti kita.....
Sebelum kita pergi keresipinya......apa kata kita lihat dulu Tip terpenting cara kita menyimpan buah Labu yang berlebihan ......kerana selalunya jika kita membeli buah labu kuning, pastinya kita akan membeli sebiji.....jarang sekali kita perolehi labu yang sudah dipotong atau separuh sahaja  yang dijualkan.
Oleh yang demikian mai kita tenguk tip cara menyimpannya, supaya labu yang dibeli akan tahan lebih lama.

TIP MENYIMPAN LABU :

  • Labu kuning & hijau sangat mudah untuk disimpan, pada umumnya labu dapat disimpan dalam sebiji (tanpa dipotong) selama 2 sampai 3 bulan.  Sehingga dizaman dahulu apabila kekurangan sayuran dimusim dingin, orang menggunakan labu sebagai sumber penting penyimpanan vitamin. 
  • Labu yang dipotong kemudian disimpan, nutrisi (zat) pentingnya akan mudah hilang, jadi yang terbaik adalah dengan menyimpan dalam bungkus plastik sehingga saat disimpan  bisa bertahan 5 sampai 6 hari. 
  • Kalau nak labu yang disimpan dalam peti ais untuk tahan lama, sebelum disimpan dalam peti ais, buang bijinya terlebih dahulu & labu itu dibungkus dengan plastik. 


MASAK LEMAK LABU
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1/2 biji labu kuning - dibuang kulit & dipotong kecil
  • 1/4 biji kobis - dipotong kasar, bersih & toskan
  • 1 helai daun kunyit - dikoyak & dipintalkan
  • 3 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
  • 1 biji cili besar - dibelah 2
  • 1/2 cawan santan pekat
  • Segengam ikan biliskiub pati ikan bilis (kalau guna ikan bilis - ditumbuk kasar)
  • Garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
  1. Masukkan labu kuning didalam periuk bersama dengan bawang merah & bawang putih, daun kunyit & cili besar.
  2. Masukkan juga ikan bilis tumbuk/ kiub pati ikan bilis, santan beserta dengan sedikit air, jerang periuk diatas api.
  3. Biar sehingga mendidih & sehingga labu empuk. Kacau santan selalu supaya tidak pecah minyak. 
  4. Apabila labu telah agak empuk, masukkan kobis. Kacau kuahnya sehingga mendidih dua atau tiga kali.. 
  5. Masukkan garam & rasalah kesesuaian nya.
  6. Tutupkan api & bolehlah dihidangkan.  


Kuah Lemak Labu yang enak....
jemput makan

PENGAT LABU...UNTUK SARAPAN PETANG

Salam sejahtera......apa kyabar semua ???
Untuk kesekian kalinya MA N3kan Pengat Labu pula. Resipi nie sampoi je....dah lama juga buatnya ...tapi tak berkesempatan nak update....biasalah MA sekarang nie jarang-jarang sekali mengadap laptop.....
Wbp blog nie masih lagi menjadi blog kesayangan MA.....bila masa terluang akan MA updatekannya......
Pengat Labu nie MA buatkan untuk sarapan petang minggu kami yang baru berlalu.....ketika My Yanti balik bercuti ke Ipoh baru-baru nie.....
Lebihan labu yang MA belikan untuk dibuat Masak Lemak Labu yang memang kegemaran My Yanti....

Khasiat Labu Kuning Untuk Kesehatan

Buah labu ini adalah salah satu makanan kegemaran Rasulullah SAW
Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan lah dalamnya buah labu kerana labu itu menguatkan hati yang duka " Beliau suka kepada buah labu & mengatakan : " Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".

KASIAT BUAH LABU :

  1. VITAMIN A : Labu kuning adalah salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah Vitamin A yang memungkinkan kita sering dijangkiti sebarang jenis penyakit.
  2. KULIT HALUS BERSERI : Sekiranya anda mengidam kulit yang halus & berseri, amalan memakan buah labu adalah jawapannya.
  3. ANTIOKSIDA : Amalan memakan buah labu juga baik kerana ia bertindak saperti antioksida yang memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel-sel dalam badan yang telah rosak.
  4. RABUN MALAM : Sealain masalah kulit kusam yang tak bermaya, buah labu juga baik bagi anda yang mempunyai masalah rabun malam . Bagi yang mempunyai masalah ketidak seimbangi gula dalam darah juga digalakkan  agar memakan labu sekerap yang boleh.
  5. MASALAH PARU-PARU : Buah labu baik untuk dimakan sekiranya anda mengalami masalah pembengkakkan sendi & masalah paru-paru.Mudah sahaja ambil bijinya & dikisar kemudian dicampur dengan jus lobak merah sebelum diminum. Rasa kelat biji labu tidak akan terasa malah lebih enak & memudahkan untuk anda meminumnya.

Wallahu'alam.......
Sumber : salamsejahtera66.blogspot.com

Khasiat Labu Kuning Untuk Kesehatan

LABU KUNING juga sangat baik untuk kesihatan ginjal & jantung & mampu mencegah penuaan, kerana mengandungi antioksida untuk mengubati bisul & sebagai pencahar urin telah dikenal lama. Isi buah labu mengandungi alkaloid berguna sebagai anti kanser, yang sangat baik bagi mencegah serangan sel kanser. Kasiat buah labu untuk perawatan kulit, mencegah tulang koropos & meningkatkan kekebalan/ daya tahan tubuh. Untuk kecantikkan pula, labu juga dapat mengurangi munculnya pigmentasi wajah, pencegahan & perubatan jerawat.

Sampai disini perbincangan  kasiat labu untuk tubuh kita. Mari kita beralih pada resipi pula....... 
Okeylah walau pun masakkannya sampoi je.....tapi MA N3kan disini untuk rujukkan anak-anak yang masih baru berjinak dengan dunia masakkan......
Saperti biasa jom kita jenguk resipinya.......


PENGAT LABU
Oleh : MA

Bahan-bahannya : 
  • 1/2 biji labu manis - dipotong kecil-kecil
  • 2 biji ubi keledek (saiz kecil) - dipotong dadu
  • 1/4 cawan biji sagu
  • 11/2 cawan santan pekat
  • 3/4 cawan gula (ikut kemanisan yang disukai)
  • 1/8 sudu teh garam
  • 2 helai daun pandan - disiat & disimpulkan.

Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan labu manis buangkan kulit  & potong kecil-kecil, bersih & toskan
  2. Ubi keledek dibuang kulit & dipotong dadu, dibersihkan & di toskan juga.
  3. Masukkan labu & ubi keledek kedalam periuk, masukkan daun pandan.
  4. Masukkan separuh daripada santan & tuangkan sedikit air, masakkan atas api sehingga mendidih serta sedikit empuk. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Masukkan biji sagu yang telah dibersihkan sebentar. Kacau selalu supaya biji sagu tidak berketul.
  6. Masukkan juga gula serta garam seta lebihan santan tadi. 
  7. Kacau sehingga ubi & labu empuk serta sagu elok masaknya..
  8. Matikan api & bolehlah dihidangkan.


Ini dia Pengat Labu telah pun siap terhidang...
Tunggu nak makan je.....