CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 23, 2014

IKAN KERISI BERLADO

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Anda masak apa hari nie....??? Memang memeningkan kepala bila hari2 kita memikirkan menu apa yang patut dimasak setiap hari....kannnn.
Untuk  anda yang masih dalam dilema, dan masih tercari2 menu....apa kata hari nie mai kita masak ikan kerisi berlado...
Menu yang simple tapi sedap...membuka selera bagi yang kurang berselera untuk makan. Cuba lerr....
Menu nie...MA intai dari rumah Fiza's...terima kasih daun keladi...kerana sudi memanjangkan menu yang sedap nie. Resipi asal daripada CMG, terima kasih juga pada beliau yang sudi berkongsi resipi.....
Selalunya MA masak ...bahan tumbuknya MA letakkan sedikit belacan...tapi dikali ini ada kelainan di dalam resepinya .... menggunakan buah keras pula. Fungsi buah keras adalah untuk menambah rasa lemak dalam masakkan dan sering digunakan bagi memekat kuah ....dalam bahasa Inggeris buah keras nie di panggil 'candlenut'....manakala di Indonesia pula dipanggil ' kemiri'.
Buah keras nie bagitu senonim dengan masakkan Nusantara terutama masakkan  di Indonesia.
Di Malaysia buah keras nie banyak dipelopori oleh orang Melayu yang berkerunun Jawa dan peranakan Baba Nyonya.


Buah keras

IKAN KERISI BERLADO
Sumber : Fiza's cooking
Olahan : MA

Bahannya : 
  • 2 ekor ikan kerisi besar ~ siyang dan kelar, cuci bersih.
  • Sedikit garam dan kunyit ~ dilumur pada seluruh ikan, termasuk bahagian dalam ~ perap 10 minit
  • 2 biji air limau kasturi ~ diperah ambil jusnya
  • Garam dan gula ~ secukup rasa
  • Sedikit serbuk pati ayam (MA tambah)
Bahan2 Ditumbuk Hancur : 
  • 5 biji cili merah 
  • 4 biji cili api ( saya tambah) ~ ( MA tambah 12 biji..suka pedas)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
Cara Membuatnya :
  1. Goreng ikan tadi hingga masak, tak perlu sampai terlalu garing, angkat dan toskan, aleh kepinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum dan garing. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa dan serbuk pati ayam     (jika guna). Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul dan masak sekejap.
  3. Cedok sambal tadi dan letakkan atas ikan kerisi goreng, ratakan dan boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk - pauk yang lain.



 Ikan Kerisi Berlado
Ummpphh...sedappppnyaaa