CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 11, 2014

KARIPAP RANGUP.....memang sedappp

Assalamualaikum...salam ceria...
Kali nie MA nak entrykan pula KARIPAP RANGUP....Karipap ini MA dah buatkan dua hari sudah....
Asalnya MA nak postkan hari kemarin....tapi entah kenape...draf yang MA telah pun siapkan....tak ada dalam senarai....huhuhu..... letehnya rasa.
Oleh yang demikian....hendak atau tak hendak .....tiada pilihan, terpaksalah MA drafkan semula yang baru....uhhh belepus nyawa rasa nya....mana tidaknya terpaksa drafkan semula dari A to Z.....sian MA!!!
Wbp atas niat untuk dikongsikan resipi ini serta untuk rujukkan MA dan anak-anak....makanya MA usahakan juga untuk merealisasikannya....Alhamdulillah
MA memang terpikat pada keunikkan pasteri karipap ini yang menggunakan 3 jenis tepung....apatah lagi daripada komen yang Yatiememories berikan......teruja betul MA nak mencubanya.
Sebelum ini MA selalu jugak membuat karipap....tapi tak pernah pula MA membuatnya daripada 3 jenis tepung ....memang tak boleh dinafikan kerangupan karipap ini.....MA berpuas hati dengan resipinya....
MY Hubby pun ..siap lagi memuji sedaappp.....
Pasti ada siaran ulangan lagiiii dan laagii........
Terima kasih pada pemilik resipi asal serta AlongRoz dan terima kasih juga kepada Yatie kerana MA sudi berkongsi resipi yang sedap nie....
Semasa membuatnya kemarin...mood MA memang tengah rajin....mood positif tuuu
Jadinya MA siapkan 2 jenis inti .....satu inti ayam dan satu lagi inti sardine (yang inti sardine nie...hajat dihati, MA nak buatkan karipap pusing)....tapi yelah dah keletihan....satu hari jugak MA menyediakannya.....
Sedari pagi....selepas selesai MA menyediakan lauk pauk untuk makan tengahari....selesai lunch MA  terus menyediakan 2 jenis inti nie.....petang jugaklah baru selesai....
Lepas maghrib barulah MA gorengkan karipap nie....untuk menikmatinya, sambil-sambil menonton TV...
Karipap pusingnya....entah mana larinya....at last buat jelah kesemua inti ini untuk karipap rangup jerr....
Nanti dilain hari dan dilain masa....MA buatkan pula karipap pusing yerrkk....
Untuk entry kali ini.....mai kita layan resipi KARIPAP RANGUP........

KARIPAP RANGUP
Source 1 : AlongRoz
Source 2 : Yatiememories
Oleh : MA

Bahan-bahannya : (MA buat separuh bancuhan drp bawah ini ....dapat 26 biji)
  • 500g tepung gandum
  • 50g tepung beras
  • 50g tepung ubi
  • 1 sudu besar gula (MA guna gula kaster)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar majerin*
  • 1/4 cawan minyak masak*(*dipanaskan sekali)
  • 1 cawan air - tuang sikit demi sikit (MA guna air ais)
Cara-caranya :
  1. Campurkan kesemua bahan-bahn kering.
  2. Tuangkan minyak panas dan gaul rata.
  3. Tuangkan air sedikit2 sehingga membentuk doh lembut. (MA rehatkan doh 30 minit)
  4. Bahagikan doh kepada bebola kecil.
  5. Leperkan dan isikan dengan inti kegemaran, tutup dan klim kemas2.
  6. Buat hingga habis. Goreng dengan minyak banyak sehingga garing. Ankat dan toskan. Saya goreng guna api sederhana jerr.
  7. Karipap ini lebih rangup sekiranya digoreng 2 kali. Walau digoreng lagi, karipap ini tetap tak berminyak.
Catitan : Adunan ini boleh diguna pakai berkali-kali, untuk menyimpannya masukkan 
                kedalam plastik dan letakkan ditempat beku (freezer).
                Nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali.

Karipap yang telah ditempakan
Menunggu untuk digorengkan jerr.....

INTI DAGING AYAM
Sumber : Yatiememories
Oleh : MA

Bahan inti :
  • 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
  • 1 dad ayam atau daging dipotong kecil
  • 3 sudu besar rempah kari daging (MA gunakan sebungkus kecil)
  • 1 sudu kecil serbuk cili / cili kisar (MA guna cili kering kisar)
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu (MA guna 3 biji bawang besar - sbb suka bawang banyak)
  • 1 tangkai daun kari
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahn kisar :
  • 1 labu bawang besar (MA guna 5 biji bawang merah jerr)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1" halia
Cara Membuatnya :
  1. Rebus ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh masak dan toskan. (MA tak rebus pun sbb sikit jadi MA masukkan saja kedalam bahan tumisan dan masukkan air biar sehingga kentang empok)
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar yang di potong dadu bersama daun kari, tumislah sehingga layu kemudian baru masukkan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu.
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam dan daging betul2 masak.
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah.
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.


INTI SARDINE
Resipi : Sheila (Spices Journey)
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
  • 1 tin sardine/ Mackerel - saiz sederhana
  • 2 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 " halia*
  • 6-8 biji cili padi*
  • 3 sudu besar cili mesin
  • 1sudu besar jus lemon/ limau
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 3  biji bawang besar - dipotong dadu (ini MA tambah)
Cara Membuatnya :
  1. Hiris semua bahan-bahan bertanda (*)
  2. Panaskan minyak untuk menumis. tak perlu banyak sangat nanti  minyak tu meleleh kat celah lapisan karipap.
  3. Tumiskan semua bahan-bahan dihiris tadi hingga kekuningan dan naik bau (Tumiskan juga bawang besar yang dipotong dadu tadi hingga layu).
  4. Masukkan cili mesin dan sedikit garam dulu dan goreng dengan api perlahan hingga cili betul-betul garing dan hilang bau cili.
  5. Kemudian masukkan sardine bersama sos sekali dan hancurkan. (saya buat tak hancur sangat, suka rasa sardine masa gigit tu).
  6. Masak sambal hingga kering.
  7. Masukkan garam secukup rasa dan jus lemon/ limau.
  8. kacau rata hingga kering dan bolehlah di angkat.
  9. Sejukkan betul-betul dulu inti sebelum dimasukkan kedalam doh karipap. 
Ini pula karipap yang MA gorengkan
untuk habuan kami malam nie....
sambil-sambil mengadap TV....
Tak cukup tuuu....tapi yelah hari dah jauh malam..
Malas nak ke dapur lagi...hihihi
Besok kita gorengkan pula karipap frozen yerrkk

Ini dia rupa karipap yang MA goreng separuh masak
untuk di frozenkan....
Bagi anda yang belum penah menikmati
kombinasi karipap dari 3 jenis tepung......
Mai sama-sama kita cuba buat...
memang berbaloi....jangan risau
pastinya anda berpuas hati....








11 comments:

  1. salam..

    lamanya x makan karipap..suka makan panas2..ranggup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam Bbwana....terimakasih kerana sudi bertandang keblog mama...
      Mama juga telah melawat blog Bbawana.....blog yang sangat cantik.....tahniah
      Memang betul ....karipap kalau dimakan panas2....memang sedappp n ranguppp
      Bbwana...cubalah buat kulit karipap daripada 3 jenis tepung nie...pasti berpuas hati....
      rangupnya tahan lama.....dan tidak berminyak.

      Delete
  2. Assalam.. Sy buat karipap guna ketiga2 tepung ni jgk.. Tp karipap xbrapa nak rangup bila dh sejuk.. Kenapa cmtu yek? Inti pula sy masak guna kaedah rebus je.. Sy rebus smpai ubi empuk, then sy buang air sikit n lps tu bru sy masukkan rempah n bahan2 yg lain.. Sbb tu ke karipap sy kurang ranggup bila dh sejuk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam Nur Farhana....kenaperr karipap yang Nur buat xrangup yerr....
      Alahaiii MA pun xtau lerr, apa sbbnya....MA pun bukanlah pakar sangat dek.....tapi sepanjang MA buat karipap mengikut resipi nie....MA berpuas hati...karipapnya rangup n xberminyak....Nur guna minyak panas n air peti ais kerr masa mengadun tepungnya??? MA rasa bahan2 intinya xmenjadi masaalah....
      Wbp adek...jangan berputus asa....cuba lerr lagi ...ikut ukurannya bahan2nya dengan tepat...insyaAllah semoga berjaya.....

      Delete
    2. Yea MA.. Nur guna minyak panas ngn air sejuk dlm peti ais.. Ranggup masa panas je.. Bila dh sejuk karipap tu jadi xranggup dh.. Xpe, nanti nur cuba lg.. Mungkin ada sukatan yg kurang tepat kowt.. Apa2 pun tima kseh d atas prkongsian pendapat n resepi ni yek.. ☺

      Delete
  3. Ye saya dah try buat karipap,cuma intinya saya tambah cendawan hehe,alhamdulillah rangup + sedap..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mira...klu mira berpuas hati, mama lg puas hati....semoga perkongsian nie sama2 kita dpt manfaatkan....

      Delete
    2. Sy pun ada try buat guna resepi ni semalam. Sedapp sgt. Terima kasih sudi kongsi resepi. :)

      Delete
    3. Assalamualaikum...sama-sama cik tomato.....dan.terima kasih juga kerana sudi bertandang kesini...

      Delete
  4. Teringin nak buat untuk sarapan esok. Bahan2 pun dh ada

    ReplyDelete
  5. Subhanallah... Saya pemilik blog resepianakbapak tersebut. Dah lama tak usik blog & skg saje² mengimbau kenangan. Terima kasih memcuba resepi saya hehe

    ReplyDelete