CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 11, 2014

CHEDDAR CHEESE CAKE MELELEH.......Ummphhh sedaapppnyaaa...DEABAK!!!

Assalamualaikum......selamat malam semua, semoga kita beroleh keberkatan ....dunia dan akhirat....Aminnn
Dikesempatan yang terluang ini MA updatekan pula resipi Cheddar Cheese Kek Meleleh.....memang ummmphh dan sedaappp sekali kek nie.....DEABAK!!!!!
Kek nie...MA buatkan dihujung minggu kemarin...tapi yerr leee....ketika itu masa mencemburui .....apatah lagi ketika itu juga ...mood menulis pun kurengg cikit......
Ape2 ajerr lahh...yang penting bila mood dah kembali....pastinya MA abadikan resipinya disini yeerrkk....
Untuk rujukkan MA dan anak2.....dan untuk ingatan MA dimasa akan datang.....
Terima kasih banyak2 pada penyumbang resipi nie....izinkan MA salin semula diblog MA yeerrrkk..!!!!!
Bagi anda yang ingin membuatnya .....mai kita tenguk resipinya...
Disini MA sertakan step by step caranya....bagi anda yang baru nak belajar membuatnya ....leh lah ikuti cara ini......
Untuk toppingnya MA telah olah mengikut cara MA sendiri....bagi mendapatkan adunan yang cair......
Untuk peringatan,....(catitan ini di buat untuk maklumat di masa akan datang).......
  • 2 bancuhan...boleh dapat... 7 bekas (K) = berat 140g+++
  • 1 bancuhan boleh dapat... 4 segi bujur 2 bekas.....bulat 1 bekas 
  • 1 bancuhan juga boleh dapat... 4 bekas acuan bulat

CHEDDAR CHEESE CAKE 
Resipi : Evelyn Gemina /My Baking Workshop
Sumber : Syapex kitchen
Oleh : MA

Bahan-bahannya :
Bahan A:
  • 130ml susu segar
  • 40g butter
  • 125g cheddar cheese - potong kecil    
Bahan B:
  • 20g tepung gandum*
  • 15 g tepong jagung*(*di ayak bersama)
Bahan C:
  • 2 biji kuning telur
Bahan D :
  • 3 biji puteh telur
  • 80g gula kastor
  • 1/8 sudu kecil cream of tatar
Cara-cara :
  1. Sediakan loyang bulat bersaiz 18cm. Griskan dasarnya dengan kertas minyak.
  2. Masakkan bahan A atas double boiler hingga cheese cair sepenuhnya.
  3. Alihkan (biarkan sejuk sedikit) & masukkan bahan B, gaul rata. Kemudian masukkan pula bahanc & gaul sebatikan.
  4. Pukul bahan D sehingga kembang & bertanduk. Kaup & balikkan dengan adunan tadi sehingga sebati.
  5. Tuang dalam loyang & bakar guna teknik water bath pada suhu 150C selama 50 minit. (MA bakar 1jam 30 minit)
  6. Segerakan keluarkan kek dari acuan bila sudah masak, sejukkan sepenuhnya....Hiaskan. (Bila dah masak matikan api oven...MA tak keluarkan terus kek dari oven....biarkan 10-15 minit didalam oven dulu - utk mengelakkan supaya kek tidak turun).
CHEDDAR CHEESE KEK MELELEH

Mai kita buat sama-sama STEP BY STEP....
Masukkan bahan A (susu segar, butter dan cheddar cheese)
dalam satu bekas....
Masak bahan A atas double boiller
hingga cheese cair sepenuhnya. Ketepikan.
Biarkan sehingga suam /sejuk.
Masukkan bahan B sedikit demi sedikit
gaul rata sehingga sebati....
Masukkan juga bahan C, gaul rata.
Ketepikan adunan ini.
Bahan C
Pukul bahan D hingga kembang dan gebu....
Caranya mula2 masukkan dulu cream of tartar bersama 
 putih telur dan pukul lah sehingga kembang.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula hingga habis
sambil memukulnya hingga gebu dan kembang.
Teruskan memukul bahan D hingga kembang dan bertanduk
Kemudian masukkan bahan B dan C yang telah sebati tadi...
kedalam adunan putih telur......
Kaup balikkan adunan ini hingga sebati.
Inilah rupanya adunan yang telah sebati tadi.
Kemudian masukkan kedalam acuan
Bakarlah dengan menggunakan teknik
water bath dengan suhu 150C selama 50 minit
(MA masak selama 1jam 30 minit)
Bila telah masak, matikan api dan biarkan kek didalam 
oven anggaran 10-15 minit....bagi mengelakkan 
kek daripada turun..... 
Haaa...nie dia kek yang telah masak....
disejukkan kemudian bolehlah disalut dengan 
adunan cheese......

Mai kita lihat cara membuat topping cheese..nya pula.
Masukkan 500g cream cheese Philadelphia kedalam bekas
bersama 240g susu pekat manis dengan memukulnya sebentar....
supaya lembut ... Kemudian campurkan pula
200ml UHT whipping cream bersama 100ml susu cair...
Pukullah bahan ini sehingga sebati .... 
Kelihatan topping cheesenya cair saperti ini
Bubuhkan topping cheese tadi diatas kek...
Kemudian barulah di taburkan dengan parutan cheddar cheese...
Untuk lebih ummpphh...tuangkan diatas 
Cheese Kek Meleleh ini dengan cairan cokelat...
sewaktu mahu menikmati keenakkannya.....
Boleh menggunakan jenama Hershey's atau
American Garden serta lain2 jenama juga....
Cheddar Cheese Kek Meleleh 
Ummpphh sedaapppnyaaa.....'DEABAK'
'SELAMAT MENCUBA'





3 comments:

  1. SALAM,PUAN GUNA CHEDDAR CHEESE JENAMA APA YE....

    ReplyDelete
  2. guna brand kraf pun boleh.. :) Nampak sedap yer puan.. 1 bekas kecil puan jual berapa rm.. yh panjang sikit berapa rm puan ?

    ReplyDelete