MA kadang-kadang kalau mengantuk sangat MA tidur lah sebentar.......tapi hari nie MA teringin sangat nak buat lompang warna warni. Bila MA intai ke rumah Yatie MA terpikat dengan lompang Yatie.....berwarna warni, nampak ceria sekali. Jadi kerana tak mengantuk & hati pun berkubar-kubar nak cuba buat lompang nie...... maka MA pun usahakan juga tengahari nie untuk membuat lompang.
Ini versi lompang MA yang kedua selepas versi yang pertama dulu. Kali ini MA tak masukkan tepung ubi, kerana MA tak mahukan lompang yang yang liat & kenyal, MA just guna tepung beras sahaja.
Mari kita tengok resepinya:
KUIH LOMPANG CERIA WARNA WARNI
Bahan A:
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh air kapur
1/2 cawan air daun pandan ( dari 6 helai daun pandan)
Pewarna merah, purple & coffee emalco
Bahan B: (masak hingga mendidih & tapiskan)
1 cawan gula biasa
2 1/2 cawan air ( kalau nak keras sedikit kuihnya bubuhkan 2 cawan je) - MA bubuh air kelapa.
Kelapa muda di parut ambil putihnya sahaja + sedikit garam & di kukus selama 10 minit.
Cara-caranya:
- Bancuh tepung beras dengan air kapur & 1/2 cawan air daun pandan.
- Tuangkan air gula yang suam ke dalam bancuhan tepung dan kacau rata dan tapiskan,
- Asingkan adunan kepada 2-3 mangkuk & warnakan mengikut warna kegemaran anda. MA guna warna purple + essen keladi, warna merah + essen rose & warna coklat + coffee emalco.
- Panaskan kukusan dan bila mendidih masukkan acuan dalam kukusan. Biarkan acuan panas selama 5 minit, cara ini untuk bagi lompang berlubang.
- Tapiskan bancuhan tepung ke dalam teko / bekas bermuncung supaya memudahkan di tuangkan ke dalam acuan kecil.
- Kukuskan kuih selama 15 - 20 minit dengan api kecil sahaja, kerana kalau api besar bancuhan lompang akan membuak daripada acuan.
- Sejukkan kuih.
- Cungkil perlahan dan letakkan di tengah lubang nya dengan kelapa parut.
saya dah cuba beberapa kali menggunakan resepi lain . tapi kurang menjadi kerana tak ada lubang ditengahnya . dan agak keras sedikit . sila berikan pendapat ?
ReplyDeleteAkak sya cuba share dgn akak ye cara sya..air gula pasti kan sejuk btul2 dlu sbelum gaul dgn tepung semua skali..api jgn perlahan sgt..jgn kuat sgt..yakin boleh
DeleteSalam amyra atyra....maaf dah lama MA xbuka blog nie....ada masalah sikit pd ladtop...berbalik pada resipi yg amyra atyra telah cuba...terima kasih MA ucapkan kerana sudi mencuba dan bertandang kesini....Untuk pengetahuan amyra....resipi nie just untuk basic bagi membuat lompang nie....
ReplyDeleteKeras atau lembut terpulanglah pada citarasa masing2....kalau MA sukakan lompang nie pada kekerasan atau kelembutannya macam nie...xsemestinya amyra pun suka....oleh itu kalau amyra rasa kekerasan lompang nie xmenepati citarasa.... amyra boleh jerr tambahkan dalam 1/4 atau 1/2 cawan air lagi....
Untuk mendapatkan lompang yang berlubang ditengah pula....acuan lompang tu mestilah dipanaskan terlebih dahulu ....kalau acuannya betul2 dah panas....barulah dituangkan adunan lompang tu....(Bagi MA pula...suka tambahkan separuh sukatan air tu ngan air kelapa...MA rasa kalau tambah air kelapa....lagilah elok rupa lubang lompangnya dan disamping tu ada kelainan rasa pada lompang tuuu)....Semoga berjaya dan selamat mencuba.