Semalam MA masakkan ikan siakap stim ala Thai untuk menu berbuka kami.....Dah lama tak makan ikan stim nie...... Resepi ikan nie MA skodeng dari rumah Jun's - Yummylicious, kata Jun's, dia jumpa resepi nie kat rumah MEL, terima kasih pada kedua-duanya kerana resepi yang sedap nie.....
MA salin semula di blog MA ye....untuk rujukan di masa akan datang.....tapi sorry le MA derhakakan sikit resepinya.....MA tambahkan cendawan Enoki, kebetulan ada kelebihan masa masak Tom Khai Gai tempohari. My hubby siap meratah lagi.......sukanya diaaa. Pasti ada siaran ulangan .......
Ape-ape pun mari kita tengok resepinya......
Ini bahan-bahan MA gunakan semasa buat ikan stim ala Thai
Gambar di sebelah kiri bawah tu cendawan Enoki....
Ikan siakap stim ala Thai dah pun masak......MA cuma guna
pemanggang ajaib untuk mengukusnya...senanggg
Jemput makan....
IKAN SIAKAP STIM ala Thai
Resepi: MEL
Sumber : Jun's Yummylicious
Bahan-bahannya :
1/2 ekor ikan siakap - MA guna 1 ekor
1 batang serai - diketuk
1/2 biji bawang besar - di hiris (MA guna 1 biji)
2 ulas bawang putih - di ketuk
4 biji cili padi - hiris (MA guna 10 biji - di ketuk)
1 " halia - di ketuk (MA hiris memanjang)
1/4 kiub pati ikan bilis
1 biji limau kasturi - di ambil jusnya (MA guna 4 biji)
2 helai daun limau purut - di hiris
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan sadikit air
Gula
Daun sup/ daun bawang
Caranya :
- Pastikan air di dalam pengukus telah di didihkan terlebih dahulu. (MA gunakan pemanggang ajaib je bagi stim ikan).
- Masukkan semua bahan di dalam pinggan pengukus kecuali tepung jagung, gula & daun sup.Ratakan bahan di atas & bawah ikan. (MA lakukan sama tapi masukkan dalam pemanggang ajaib)
- Masukkan juga sedikit air.
- Kukus dalam 5 -10 minit sehingga ikan masak. (MA ikut cara ini juga)
- Masukkan air bancuhan tepung, gula & daun sup.
- Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam. Jika masin letakkan air lagi atau perahkan lagi limau. (MA ikut cara ini, tapi MA kukuskan lagi 5 minit lagi, untuk memekatkan bancuhan tepung)
- Hidangkan panas-panas ......baru le ngam.
salam kenal dr sy...
ReplyDeletetgh cari resepi siakap stim guna pamanggang ajaib..
mudah dan nampak sedap....
blh terus cuba ni,.
tq...
jemput singgah blog sy ye...
Salam kenal juga dari mama....terima kasih kerana sudi bertandang kesini.
ReplyDeleteSilalah cuba resipi nie....senang jerr , apatah lagi kalau guna pemanggang ajaib.
InsyaAllah nanti kalau senang-senang mama akan singgah keblog rossi yerr...