Apa lagi paginya selepas MA balik dari temujanji doktor (just temujanji rutin biasa) MA minta My Hubby bawakan MA ke Oldtown Ipoh.....tujuan MA bukan apa, just nak cari serbuk zaffran & serbuk mellah farolah.......kerana di oldtown nie banyak kedai pak mamak. Selalunya kalau MA nak masak nasi beriani, bahan-bahannya banyak di jual di sini......Tapi hampe je.....tak dapat nak cari serbuk zaffran & serbuk mellah farolah tu. Di bandar Ipoh nie....rasanya tak de kedai Pakistan ekk atau Pak Arab pastilah jauh sekali.....
Wbp di rumah memang ada dalam simpanan MA koma-koma, jadi just gunakan koma-koma je, bagi gantikan serbuk mellah farolah MA gunakan pewarna merah je.......
Lepas tu MA terus ke pasar besar Ipoh cari sayur-sayuran yang nak di gunakan ........kemudian MA & My Hubby terus ke Maidin Mall Meru, just nak beli ayam & yoghurt........MA suka beli ayam di sini sbb boleh pilih bahagian-bahagian tertentu ayam sahaja yang MA mahu.....kalau beli seko-seko ayam, keluarga MA nie tak suka makan bahagian dada atau bahagian ayam yang banyak isinya sbb tu MA beli bahagian tertentu je ayam tu.......as specially bahagian kepak, peha dan ribs nya je......itu je pilihan MA......
Sampai je ke rumah MA terus bersilat di dapur, untuk siapkan bahan-bahan yang nak di masakkan.....
Nasi Arab Hadramaut nie rasanya tak le teruk sangat prepairnya.......tidak seperti nasi beriani, lagi le banyak bahan-bahannya. Baru-baru nie MA pernah juga beli Nasi Arab Hadramaut nie ........di Restorant Hadramaut di Riverfront Ipoh ........mmmsedapppnya tak terkata, sbb tu MA jatuh cinta ngan Nasi Arab nie...... Restorant dekat Riverfront tu, semuanya di uruskan oleh pak-pak Arab.
Di Restorant Pak Arab tu.......selalunya kalu makan di sana, nasi tu dihidangkan dalam dulang, tapi MA selalunya kalau pergi beli Nasi Arab di sana MA tapau je........rasanya lebih selesa makan di rumah .......
Harga Nasi Arab di sana.......untuk 1/2 kilo bersama ngan ayam 1/2 ekor : Rm 25.00 manakala untuk 1 kilo bersama ngan 1 ekor ayam : Rm 50.00, tapi memang le sedapppp..........
Ok le mari kita tengok resepinya yang telah MA salin semula di bawah nie........kalau nak tengok resepi asal yang MA sekodeng ada di SINI, terima kasih pada tuan tanah yang sudi berkongsi resepi ini, halalkan MA kongsikan pula resepi nie di blog MA.
Sepatutnya N3 nie semalam lagi MA dah nak publishkan. Tapi tak berkesempatan, banyak sangat urusan lain yang mesti di bereskan, jadi pagi nie sebelum terpaksa bersilat lagi di dapur, MA usahakan mengadap lappy nie........huhuhu
Nasi Arab Hadramaut nie rasanya tak le teruk sangat prepairnya.......tidak seperti nasi beriani, lagi le banyak bahan-bahannya. Baru-baru nie MA pernah juga beli Nasi Arab Hadramaut nie ........di Restorant Hadramaut di Riverfront Ipoh ........mmmsedapppnya tak terkata, sbb tu MA jatuh cinta ngan Nasi Arab nie...... Restorant dekat Riverfront tu, semuanya di uruskan oleh pak-pak Arab.
Di Restorant Pak Arab tu.......selalunya kalu makan di sana, nasi tu dihidangkan dalam dulang, tapi MA selalunya kalau pergi beli Nasi Arab di sana MA tapau je........rasanya lebih selesa makan di rumah .......
NASI ARAB HADRAMAUT
Resepi asal : mamsya
Sumber : Azie Kitchen
Bahan-bahannya :
2 ekor ayam - potong 2 atau 4 (MA cuma belikan bahagian ribs dan pahanya 6 ketul)
5 cawan beras basmati - basuh, rendam 20 minit dan toskan
Air secukupnya (1 1/2 hingga 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak - potong (MA guna 2 biji tomato )
2 labu bawang besar - potong bulat
2 biji lada hijau (MA guna 3 biji)
Rempah-rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis)
5 biji buah pelaga
2 helai bay leave
3 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 serbuk zaffaran (kuning)( MA guna koma-koma)
2 sudu besar serbuk mellah farolah (MA ganti ngan pewarna merah)
Cara Masak Nasi:
- Sukat air dan rebus hingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar. tomato, separuh drp rempah-rempah di atas. Kacau rata, tutup periuk dan masak selama 1/2 jam. (MA guna periuk presure je untuk lembut ayam)
- Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah drp air rebusan. (MA tapiskan).
- Masukkan rempah yang di guna dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk. Masukkan 1 labu bawanag besar dan cili hijau.
- Kemudian tuang minyak ke dalam nya dan goreng hingga bawang menjadi kekuningan. (MA guna sedikit minyak sapi + minyak jagung)
- Tuang bahan yang di goreng ke dalam air rebusan ayam tadi.Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih. (MA tambah 1/2 sudu teh pati ayam)
- Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.
- Masukkan sedikit zaffran yang di kacau ngan sedikit air dan masaklah nasi seperti biasa.
- Bila nasi dah hampir masak, titiskan lagi zaffran yang di kacau ngan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum di kacau nasi rata-rata.Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning.(MA pun sama)
- Siap untuk di hidangkan.
NOTA: Saya asapkan nasi dengan meletakkan aluminium foil ke dalam rice cooker semasa nasi telah masak.Tuang sedikit minyak olive ke dalam foil dan letakkan arang yang telah menjadi bara supaya mengeluarkan asap. Cepat-cepat tutup permukaan periuk dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup periuk.
Cara menyediakan ayam :
- Renjis ayam dengan sedikit air sejuk
- Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah /zaffran yang di campur dengan garam. Saya letakkan juga sedikit olive oil.
- Bakar dalam 20-30 minit dengan di balikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.(MA bakar ayam dalam pemanggang ajaib je)
SALATAH:
3 biji buah tomato masak
3 biji cili hijau
3 ulas bawang putih
Garam & sedikit air
Blader semua bahan di atas dan siap untuk di hidangkan.
ZABADI:
Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot (MA cincang halus )
Satukan semua bahan di atas.Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau kasturi.
Nasi Arab Hadramaut:
Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta zabadi ke dalam pinggan hidangan.
Jemput makan.....
No comments:
Post a Comment