Apam fruitty nie pun resepinya lebih kurang sama je ngan apam polkadot cuma daya creative kita je mesti di perbagaikan mengikut daya imiginasi terkini........
Cuba le....pasti anak-anak kita terpikat untuk memakannya dengan citarasa koleksi buah-buahan yang berbagai rupe......
Apam nie juga sangat cantik di buat untuk hantaran........
Cuma untuk membuatnya kita mesti punya daya kesabaran yang tinggi, almaklum.......untuk melukiskan karaktor buah-buahan tu.......kesabaran diperlukan sangat-sangat.
Terima kasih kepada penyumbang idea nie......di bawah nie, izinkan MA catitkan semula resepinya........tapi kepada yang ingin melihat resepi asalnya, boleh le pergi ke SINI
Nukilan apam fruitty MA tidak le secantik di blog azlitamasammanis.com .........wbp MA berpuas hati ngan ape yang telah MA cuba usahakan ......:D
APAM FRUITTY
Sumber : Azlita masam manis
Bahan-bahannya :
140g tepung gandum
1 1/2 sudu teh baiking powder
110g gula halus / gula kaster
75ml susu segar /susu cair
2 biji telur gred A
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh essen vanilla
Pewarna makanan mengikut karaktor buah-buahan pilihan
Inti untuk filling buah-buahan - jem nenas, blueberry, strawberry, kiwi dll
30 keping cawan kertas.
Cara-caranya :
- Panaskan kukusan terlebih dahulu ngan api yang sederhana, tutup kukusan hendaklah di balut dgn kain supaya air kukusan tidak menitis di atas apam.
- Sediakan acuan lompang secukupnya,susun acuan kertas ke dalam acuan lompang dan ketepikan.
- Satukan tepung gandum & b. powder kemudian di ayak.
- Dalam bekas pemutar, satukan telur dan gula dan pukul hingga kembang dengan speed tinggi.
- Masukkan adunan tepung yang telah di ayak berselang seli dng susu.
- Tambah essen vanilla dan ovellet, dan terus putar sehingga adunan bertukar putih, likat dan gebu.
- Bahagikan adunan kepada beberapa warna pilihan, warna dasar hendaklah dengan jumlah yang banyak.
- Ambil anggaran 2 sudu besar untuk warna daun, dot-dot atau line. Kacau setiap adunan warna rata-rata, kemudian masukkkan ke dalam piping bag.
- Letakkan warna dasar dalam cawan kertas 1/3 cawan sahaja.
- Letak inti dan tutup semula dengan warna dasar hingga penuh.
- Kemudian bolehlah mulakan proses melorek atas apam dengan karaktor buah-buahan pilihan.
- Setelah siap susun dalam kukusan dan kukus le selama 10- 15 minit.
- Siap......sejukkan dulu, lepas itu boleh lah di hidang.
TIP penting penyediaan apam:
- Gunakan api yang sederhana untuk mengukus apam
- Kukusan hendaklah di panaskan terlebih dahulu
- Balut penutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis sewaktu proses mengukus
- Ovellet hendaklah dimasukkan pad akhir proses memukul, iaitu selepas semua adunan di pukul, ini untuk mendapatkan apam yang gebu dan lembut
- Apam yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan terdedah kepada udara kerana ia mudah kering
- Adunan apam ini dapat menghasilkan anggaran 30 biji apam bersaiz sederhana
No comments:
Post a Comment