CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 5, 2013

AYAM MASAK JINTAN

Hari nie MA masak ayam masak jintan, resepi nie MA ambil daripad adek MA yang tinggal d Kubang Semang , Bukit Mertajam. Terima kasih pada beliau dan tuan asal resepi nie. Halalkan dan izinkan MA letakkan di blog MA nie ye..........Masa MA pergi ke rumahnya dulu , dia masakkan ayam masak jintan nie. Jadi dari situ le MA dah pun jatuh cinta ngan masakakan nie. Jadi MA bertanyakan dia cara memasaknya.
Bila dia bagi tau.......rasanya tak le susah sangat simple je rupenya.
Ceritanya dia pun ambil resepi nie daripada anaknya yang satu masa dulu belajar di Yaman. Resepi nie resepi daripada kawan anaknya yang maknya ajarkan semasa anaknya berjauhan nun di Yaman jugak.


Jangan buang masa mai kita tengok resepi nya ye........
Kalau kawan-kawan nak cuba, jangan risau tak le susah sangat cara penyediaan nya. Nama asal masakan nie MA tak tahu, tapi nama nie je yang MA rasa bersesuaian ngan masakan nie,  jadi MA gunakan lah nama nie...........hentam saje le labu........hihihi


AYAM MASAK JINTAN
Sumber : Adik MA Rozita
Olahan : MA sendiri


Bahan-bahannya :

6 ketul kepak ayam (isi ayam nie terpulang pada citarasa masing-masing)
1 labu bawang besar*]
2 ulas bawang puteh*] Di blender halus
6-8 biji cili padi - di titikkan saje (ini MA tambahkan)
1 sudu teh serbuk lada hitam#
1  sudu teh serbuk jintan manis#
1/2 sudu teh serbuk jintan puteh#
1 sudu besar sos tiram#
2 sudu besar kicap manis#
1 batang serai - di titik
1 biji buah tomato - dibelah 6 (ini MA tambahkan )
Sadikit garam & perasa ayam
Sedikit gula
Minyak untuk memasak
( Kalau suka pedas tambahkan dengan 1sudu besar cili giling)

Cara-caranya :

  1. Bersihkan kepak ayam dan potong kepada 2 atau 3 bahagian
  2. Camporkan bahan -bahan yang bertanda # dengan bawang yang telah di blender. Sebatikan
  3. Bahan-bahan no 2 di lumurkan kepada ketulan ayam, perapkan selama 1 jam se elok-eloknya, supaya bahan-bahan sebati dengan ayam.
  4. Panaskan minyak dan masukan ayam yang telah di perap tadi bersama-sama serai dan cili padi.
  5. Renehkan ayam ini dengan api perlahan dan tutupkan sebentar kuali dengan tudung supaya ayam masak dengan elok. Masukan buah tomato yang telah di potong.
  6. Bila masakan telah pekat sedikit masukkan garam, gula & perasa ayam. Kacau sebatikan.
  7. Rasa masakan supaya bersesuaian dengan citarasa kita.
  8. Tutup api dan boleh le di hidang.





No comments:

Post a Comment

Post a Comment