Okey le mari kita tengok resepinya.
BISKUT SUJI KRISTAL / CRYSTAL BALL COOKIES
Sumber : citarasawan .blogspot
Bahan-bahannya A (diayak bersama)
250g tepung gandum
1 sudu teh serbok penaik
1 sudu teh baking soda
Bahan-bahan B
125g gula icing
1/8 sudu teh garam
100g badam kisar ( di panggang)
1/2 sudu teh essen vanila
200g minyak sapi (cairkan dan di sejukan)
Pewarna pink, hijau & kuning
Hiasan: gula kaster
Cara-caranya :
- Satukan bahan A & bahan B kecuali pewarna. Gaul perlahan-lahan sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit atau lebih.
- Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan 3 jenis pewarna secukupnya.
- Susun ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10g setiap satu
- Bular-bulatkan doh dan susun di dalam loyang pembakar.
- Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 160C seklama 20-25 minit atau se hingga masak.
- Biarkan sejuk . baru biskut tu disalutkan dengan gula kaster..
No comments:
Post a Comment