CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 8, 2013

TRIFFLES RAINBOW

Salam sayang kepada semua pengunjung blog MA nie....
Sekarang nie cuaca agak panas juga.....Pasti sedap kalau kita makan puding yang sejuk-sejuk......kan, kan ,kannn
Triffles Rainbow nie MA skodeng dari dapur Azita Zain, Terpikat MA pada colorfull triffles nie....
Tak rugi mencubanya......sedappp


MA tidak le serajin Azita melapiskan jelly dengan 3 perisa- lime, blackcurrent dan rasberry, MA hanya gunakan 2 perisa jelly je......
Wbp terima kasih le di atas kesudian Azita berkongsi resepi nie....
Izinkan MA salin balik resepi nie ke blog MA pulak ye......tapi maaf le MA ada sedikit derhaka pada resepi nie.......harap Azita faham. Pada kawan- kawan yang nak mencuba Triffles Rainbow nie, resepi nya ada di sini, tapi resepi nie dah ikut versi MA le.......sesiapa nak original resepinya boleh le ke Blog Dari Dapur Azita Zain. Jum kita tengok resepinya .



TRIFFLES RAINBOW
Sumber: Azita zain
Olahan : MA

Bahan-bahannya: (untuk 40 bekas)

1 tin buah laici @ longan
1 tin fruit cocktail
Swish roll cake (perisa ikut kesukaan masing2)

Bahan Lapisan kastad

1 tin susu cair
100g tepung kastad
100g gula pasir
1250ml air
7g agar-agar*       ]
1 biji telur gred B*] ini MA tambah

Lapisan jelly

1 kotak jelly segera (apa-apa perisa)

Cara-membuatnya :
  1. Potong swish roll kecil-kecil dan susun di dalam acuan.
  2. Campurkan semua bahan2 lapisan kastad, gaul hingga sebati dan panaskan di atas api yang kecik sehingga pekat (semasa mengacau adunan kastad nie, ketika ini jangan berhenti di kuatiri adunannya akan hangus).
  3. Tuangkan kastad di atas swish roll tadi.
  4. Kemudian susunkan pula buah-buahan diatas kastad tadi.
  5. Sediakan jelly mengikut cara yang tertera di kotak bungkusan (masukkan serbok jelly ke dalam 2 cawan air yang mendidih) Tuangkan jelly ke dalam bekas trifles. Biarkan sejuk.
  6. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Sedap di hidangkan sejuk-sejuk.

SELAMAT MENCUBA,

No comments:

Post a Comment