Dah lama rasanya tak makan lempeng kata orang kampong, tapi kalau orang bandar panggil pankek ....biasa le tu, untuk mengglamorkan lagi......hehehe ape-ape je lah asalkan bahagia. Jika kita buat lempeng masa di kampong dulu, selalunya kita masukkan pisang atau kelapa putih dalam adunan lempeng tu. Bakar pula atas kuali leper, dan adunan lempeng tu kita letakkan dalam daun pisang, bila lempeng di bakar wah harum semerbak baunya.....
Wbp itu semasa kita kecil- kecil di kampong itulah resepinya, tapi sekarang mari kita merasa pankek moden pulak.......sekarang pankek nie boleh di perbagaikan, ada penkek tuna (seperti resepi yang MA sertakan di bawah ini), ada penkek buah-buahan & pankek mentega dan madu. Macam-macam boleh di perbagaikan pankek ini, terpulang kepada daya creative masing-masing dalam memperbagaikan citarasa yang kita ingini.
Pankek Tuna ini anak MA sibongsu ..........."Tersangat lah sukanya dia".
Baru-baru ini, kawan MA yang buat katering tu ada menempah Pankek Tuna nie......jadi apa lagi sibongsu pastinya tumpang sekaki. Jadi MA buatlah lebih untuk di makan, MA juga suka pankek nie.......
Pankek nie sangat sesuai untuk dibawa picnic, rasanya ala-ala sandwich lagi......
Cubalah .....pasti anda tak akan menyesal.
PANKEK TUNA
Bahan utk pankek
100 g tepung (self raising flour)
30 g gula kaster
2 biji telur gred A
1/2 sudu teh serbuk penaik
70 g susu UHT
15 g mentega cair
Cara membuat pankek
- Ayak tepung & serbuk penaik didalam mangkuk besar. Tambah gula, telur, garam & susu. Gaul hingga sebati dgn menggunakan pemukul telur.
- Tambah mentega & gaul sehingga sebati.
- Panaskan kuali di atas api sederhana & griskan kuali dgn sedikit minyak @ mentega.
- Tuangkan 1 senduk kecil adunan & lenggangkan kuali untuk mendapatkan pankek yang bulat, biarkan masak selama 1-2 minit. Terbalikkan pankek & biarkan masak selama 30 saat.
- Biarkan sejuk sabentar, kemudian isikan intinya.
Bahan utk inti
1 tin tuna
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji cili merah (buang biji & dipotong dadu)
2 biji cili padi (dipotong halus)
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada hitam/lada sulah
2 sudu besar mayonis
1 jambak daun salad
2 biji tomato saiz kecil (dipotong nipis)
sedikit cili sos
Cara membuat inti
- Hancurkan tuna dgn menggunakan garpu. Tambahkan bawang, lada hitam/lada sulah, garam, cili padi, cili merah. Gaulkan rata.
- Masukkan mayonis & sebati kan...
- Letakkan sekeping daun salad & sepotong tomato di atas pankek. Letakkan 2 sudu kecil campuran tuna di tengah2.
- Paipkan sedikit cili sos di atas tuna tadi & gulung kan pankek.
- Balut pankek dgn plastik kecil & seal kan...bagi mengelakkan pankek drpd terbuka balik....
- Siap utk dimakan.
No comments:
Post a Comment