Terima kasih pada Amie & MIL adik perempuan Amie, Puan Che Jah kerana sudi berkongsi versi kurma daging yang mengancam nie..... Pada kawan-kawan yang nak melihat resipi kurma daging dari Amie boleh le pergi ke SINI. Dilampiran nie MA salinkan semula resipi kurma tu untuk rujukkan MA....
Ada perubahan sedikit disana sini....harap Amie dapat memaafkan........
Seperti biasalah kurma nie MA masakkan dengan ayam sahaja kerana My Hubby tak boleh makan daging.... Okeyle mai kita tenguk resipinya...
KURMA DAGING /AYAM
Sumber: Amie's Little Kitchen
Oleh : MA
Bahan-bahnnya:
1 kg daging (MA guna ayam)
3 biji kentang - dibelah 2
3 sudu makan rempah kurma
200ml santan
Segengam daun pudina
3 biji cili hijau - dibelah 2
1 biji limau nipis - diambil jusnya
Sedikit minyak dicampur dengan minyak sapi/mentega/ majerine
3 cawan air
garam/gula/ perasa pilihan
1 sudu besar stok pekat pati ayam maggie - MA tambah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia
Sejemput jintan manis - 1/2 sudu makan - MA guna serbuk
Sejemput jintan putih - 1/2 sudu makan - MA guna serbuk
Rempah untuk menumis :
Sejemput buah pelaga - 3-4 biji
1 batang kulit kayu manis - 3cm
Bunga cengkih - 3-4 kuntum
2 kuntum bunga lawang
Cara Membuatnya :
- Rebus daging (ayam) bersama rempah kurma hingga lembut - Amie rebus dengan api sederhana hingga kuah pekat.
- Tumis rempah tumis & bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan daging (ayam) bersama kentang , masak hingga kentang empuk. MA rebuskan kentang dahulu hingga empok, ketepikan.
- Tambah santan & biarkan kuah agak pekat.
- Masukkan garam/gula /perasa pilihan, stok pekat pati ayam, cili hijau & daun pudina.
- Perlahankan api supaya terbit minyak.
- Sebelum kurma daging (ayam) diangkat, perahkan jus limau diatasnya.
Nie dia Kurma Ayam dah pun terhidang...
Lembut dagingnya dengan harum bau daun pudina
Pasti membuka selera.....
No comments:
Post a Comment