Bismillah pembuka bicara....
Assalamualaikum dan salam ceria buat kawan-kawan yang sudi berkunjung kesini....tk
Hari nie MA updatekan pula Tart Nenas Gebuusss yang MA skodeng dari rumah Aznim (anymz mykitchen). Terpikat MA pada kelainan tart nenas yang Aznim persembahkan....
Kerana teruja nak rasa tart nenas gebuusss versi nie...jadinya MA merajinkan diri untuk membuatnya...dipagi semalam.......nasib baik lerr mood rajin dok ada......
Sebelum tu...MA buatkan dulu intinya.....tapi memandangkan inti yang Aznim berikan sukatannya terlalu banyak...jadinya MA buatkan 1/3 daripada sukatan tu....tapi huhuhu.....tak menjadi lak intinya kerana mungkin terlalu banyak sukatan gulanya......(sukatan MA 3biji nenas + 1 kilo gula pasir - itupun gula pasirnya dah MA kurangkan 2/3 cawan....tapi bila dah kering....intinya mengeras dek kerana terlebih gula kut.... jadinya terpaksalah MA masakkan balik dan tambahkan 2 biji lagi nenasnya.....MA campurkan juga 1 sudu besar mentega.Haaa nie barulah menjadi intinya....hehehe).
Kerana itulah MA terpaksa skodeng lak kerumah Shiela (Spices Journey) just untuk catitan ....lain kali MA nak cuba pula inti tart nenas Shiela....jadinya MA CnP dulu disini.....terima kasih pada semua penyumbang resipi yang sudi berkongsi ilmu2 yang menafaat nie......
Sebelum MA buat pasteri tart nenas nie ....MA masih lagi tercari-cari petua dan tip yang boleh diguna pakai dalam membuat tart nenas nie....just sekadar untuk pengetahuan MA dimasa akan datang......
Satelah mencari dari satu blog kesatu blog....MA terpikat pada nukilan petua dari cikbunganana. blogspot.com ....jadinya MA abadikanlah disini petua yang berguna itu untuk rujukkan MA dimasa akan datang.......terima kasih...terima kasih pada bloggers yang terlibat dan tidak lokek ilmu nie......
Bagitu juga terima kasih pada sue-hasue,blogspot,com kerana sumber gambar yang MA kreditkan dari blog sue.....
PASTERI TART NENAS GEBU
Sumber 1 : anymz mykichen
Sumber 2 : sue-hasue blogspot.com
Oleh : MA
Bahan-bahan :
- 4 oz butter - 115g
- 4 oz minyak sapi - 115g
- 1 biji telur gred B
- 1 lb tepung gandum- 450g (MA guna 400g jerr)
- Sedikit garam
- Air sejuk
Cara Membuatnya :
- Pecahkan telur didalam bekas adunan
- Masukkan butter dan minyak sapi
- Gaul hingga sebati dengan hanya menggunakan whisk
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit (Akak tidak menggunakan air sejuk tapi setelah adunan menjadi doh letakkan sebentar didalam peti ais)
- Gunakan acuan saperti gambar saperti DISINI (klik)
- Tekankan adunan dan bentuk tart mengikut kesuaian anda
- Jika letak inti yang banyak, maka dapatlah tart yang tebal.
- Bakar pada suhu 170'C - 180'C selama 20-25 minit.
Tart nenas yang MA buat, menggunakan acuan ini....
Untuk yang tak mahu guna minyak sapi
(Anim kata boleh guna sukatan spt dibawah)
Bahan-bahannya:
- 115g butter (butter tulin spt anchor, scs, golden churn, tambah sikit susu, jangan sesekali guna butter cup atau farmcows...itu bukan butter tulen, dan boleh buat ia lari dari rasanya yang sebenar....)
- 110g butter
- 5g susu pekat manis
- 1 biji telur gred B
- 450g tepung gandum
- Sedikit garam
- Air sejuk
***Untuk inti Puan2 boleh guna saperti biasa, samaada yang buat sendiri atau yang segera, yang sedia ada dikedai2 jualan bakery.
Inti nenas yang dimasak sehingga kering......
Inti nenas digentel2kan.....untuk persediaan membuat
Tart Nenas Gulung.....
INTI TART NENAS (akak biasa buat)
Sumber : anymz mykichen
Bahan-bahannya :
- 10 biji nenas - disagat dan ditos airnya
- 3 kampit gula
- Sedikit pewarna kuning
Cara :
- Kacau nenas dan gula
- Bila hampir kering masukkan pewarna kuning
- Kacau hingga kering dengan api yang perlahan.
TIP :
*** Biasanya akak tidak menggunakan air. Adunan tu sudah sedang elok je. Air sejuk digunakan andai adunan menjadi keras disebabkan angin atau sebagainya.
*** Masukkan tepung jangan sekaligus, masukkan sedikit demi sedikit. Doh tart nie memang lembut.
*** Jangan guna nenas yang masak, sebab terlalu banyak jus. Kalau nak guna jugak kena kurangkan gula.
Ianya sbb takut terlalu manis. Contoh nenasnya seperti DISINI (klik) dan juga gambar yang MA sediakan dibawah nie......
Nenas yang digunakan untuk membuat inti....
Nenas digunakan lebih elok nenas muda...jgn guna nenas madu yerr
Bahannya :
- 2 biji nenas muda
- 1cawan gula pasir atau ikut citarasa
- 1 - 2 batang kulit kayu manis
- 2 helai daun pandan - disiat dan di simpul
- Sedikit gula batu - untuk mengilatkannya.
- Beberapa titis pewarna kuning
Caranya :
- Parut nenas dan toskan airnya
- Satukan bahan diatas dan masak hingga kering, Dikacau rata selalu supaya tidak hangus atau lekat.
- Gula bolehlah diadjust mengikut citarasa masing2. Saya nie tak suka manis sangat.
- Jangan pula terlebih gulanya nanti keras pula inti jem tu, tak sedap.
- Cari nenas yang agak muda cam yang kita buat gulai tu yer....yang kulitnya hijau lagi
- Kacau sehingga kering dengan api yang perlahan.
- Bila inti dah siap dimasak, sejukkan betul2 sebelum dimasukkan kedalam tart
PETUA :
Sumber : cikbunganana.blogspot.com
- Kalau nak tahan lama inti ini, kalau pakai 5 cawan gula....4 cawan tu adalah gula pasir, dan bila dah nak angkat tu....masukkan 1 cawan lagi gula hangus (jgn lerr hangus sangat).....setahun pun tahan intitu...simpan dalam petisejuk ya....dan inti lagi sedap sbb gula hangus tuu. (Cik bunga guna 1 biji = 1 cawan gula)
- Pastikan inti tu betul2 kering baru angkat....takut berkulat kalau angkat belum kering betul.
- Pakai non-stick untuk memudahkan kuap balik inti tu, sewaktu nenas tu semakin mengering...kalau tak der, pakai jerr cap buaya kerr, cap helang kerr...cuma jangan tinggal, kene sabooo cam masak serunding daging.
- Kalau nak buat tart nenas biasa, dan bukan tart gulung, intinya jangan terlampau kering, sbb nanti inti akan jadi keras bila dibakar....melainkan anda rajin, masukkan pasteri 10 minit pertama, keluarkan baru letak inti dan bakar lagi....heeee (pengalaman hahahaha)
No comments:
Post a Comment