Tengahari semalam MA masakkan Lala Goreng Bercili untuk lunch kami. Lala nie dah lama MA teringin nak buat tapi tertangguh-tangguh je.....almaklum My Hubby tak boleh makan seafood....
Biasalah kalau MA buat pasti My Hubby pun ikut le makan sama......lepas tu telan ubatlah, apa lagi.....
Sbb tu le sejak akhir-akhir nie MA pun dah tak tahu nak masak apa dah......banyak dah yang tak boleh dimakan dirumah nie....
Umur dah meningkat....banyak yang mesti dipantangkan.....huhuhu
Wbp MA kadang-kadang tu, teringin jugak nak tukar selera, jadinya buatkan jugak le larangan pantang nie.
Lala nie MA selalu masak saperti ini, selalunya MA campurkan dengan pucuk paku/ kacang panjang je......tapi hari nie MA terlupa pulak membelikan bahan-bahan perencahnya, jadinya MA masakkan lala sendirian je lah.....
Jom kita tenguk resipi yang simple nie.......
LALA GORENG BERCILI
Oleh : MA
Bahan-bahannya :
1 kg Lala
3 biji cili merah*
4 biji cili padi*
2 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
Sedikit belacan*(* bahan ini dikisar halus)
1 sudu besar sos tiram
2 batang serai - diketuk
Garam /gula/ perasa pilihan
Sedikit minyak untuk menumis
Cara :
- Bersihkan lala & toskan. Ketepikan.
- Panaskan kuali & tumiskan bahan-bahan kisar beserta dengan serai sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kacau sebatikan.
- Kemudian masukkan garam, gula dan perasa pilihan. Kacau sebatikan & sesuaikan rasanya dengan citarasa kita.
- Masukkan lala, kacau sebatikan. Masaklah lala itu sehingga elok masak anggaran 10 minit. Lala akan mengeluarkan air, sesuaikan kepekatannya. Sekiranya suka air banyak, maka bolehlah ditambahkan dengan air sedikit lagi.
- Apabila sudah masak, bolehlah dihidangkan.
Lala...kegemaranku
No comments:
Post a Comment