CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 27, 2013

MEE GORENG RINGKAS

Selamat beristirehat di hujung minggu......betul ke boleh rehat.....???
Ye lah sebagai seorang isteri & ibu, masa kan kita boleh bercuti untuk tidak memasak.....
Lain lah kalau mahu ubah selera makan di luar....di hotel ke, restoran ke, atau mencari juadah di pasar ramadhan ke, malah terkadang tu balik kampong bebuka beramai-ramai dengan adik-beradik yang balik berkumpul untuk berbuka dengan kedua-dua ibubapa..... Tapi kalau kita berbuka bersama adik- beradik & ibubapa tentunya kita membawa juadah berbuka sebagainya,,,,& ini tentunya, kita mesti jugak memasak.....kuang kuang kuang
Bagi MA rutin harian masih seperti biasa, tetap tidak di abaikan....sepanjang puasa nie hingga ke hari nie dah masuk 17 hari kita berpuasa......MA masih belum pernah lagi melangkah ke pasar ramadhan di sekitar tempat MA.....
Apatah lagi untuk makan di luar......
InsyaAllah....kalau boleh akan MA pertahankannya.
Berbalik kepada resepi ini....sebagai tambahan untuk berbuka semalam...MA buatkan mee goreng ringkas je. Moh kita tinjau-tinjau resepinya......manalah tahu kut-kut ada yang sudi nak mencuba.....




MEE GORENG RINGKAS
Resepi : mamaAna

Bahan-bahannya :

1 kilo mee kuning
1 ketul dada ayam>
Sedikit daging>
Sedikit sotong>{dipotong nipis & kecil- dibersihkan serta di toskan
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*bahan-bahan nie di blander kasar/di tumbuk)
3 sudu besar cili kering kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil stok ayam pekat maggi
2 batang daun sawi - dipotong kecil anggaran 2"
4 batang daun kucai - dipotong 1"
2 genggam taugeh - dibersihkan buang kundup hitamnya
Sedikit garam & gula
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya :

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan yang di blander tadi hingga naik bau. Kacaukan.
  2. Masukkan cili kering kisar, biarkan sehingga garing. Kacau selalu.
  3. Masukkan ayam, daging & sotong, kacau sebatikan. Biarkan sebentar supaya daging, ayam & sotong empok dengan eloknya.
  4. Masukkan semua bahan sos & kicap serta stok ayam. Kacau sebatikan semua,
  5. Masukkan mee kuning dan kacau sehingga elok sebati dengan bahan-bahan tadi.
  6. Kemudian masukkan sawi & kucai, gaul sebati.
  7. Perasakan mee tersebut sesuaikan dengan citarasa kita.
  8. Akhir sekali baru bubuhkan taugeh & gaul rata, tak payah masak lama-lama nanti taugeh terlebih masak nanti tak sedap.
  9. Bila dah siap semuanya , tutupkan api.
  10. Hiaskan sedikit atas mee tu dengan cili potong & taburan bawang goreng. 
  11. Hidangkan.



MEE GORENG RINGKAS

No comments:

Post a Comment