Assalamualaikum....
Salam ceria dipetang Jumaat ini....semoga anda semua dirahmati Allah .......n3 kali ini MA updatekan resipi Puding Marble Oreo yang MA buatkan pada hari Sabtu yang lalu.....kombinasi puding nie memang sedap & cantik bila dihidangkan.... Pada anda yang meminati puding bolehlah mencuba membuat puding nie.....
Sebelum MA paparkan resipi puding nie..mari kita menghayati kata-kata inspirasi apabila kita mengalami kegagalan. Hanya untuk renungan bersama...Jangan takuttt.....semoga kita semua mendapat manfaat daripadanya ....Amin...- Asasnya, apabila apa-apa pun pekerjaan yang anda lakukan hendaklah dilakukan bersungguh-sungguh & tidak berputus asa. Anda berserahlah kepada ALLAH S.W.T. apabila anda telah berusaha insyaAllah anda akan berjaya.
- Sekali gagal tidak bermakna anda telah tewas,.....anda akan tewas apabila anda telah BERPUTUS ASA.
- Perasaan takut untuk melakukan kesilapan, menghalang sesaorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
- Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda kemana-mana.
- Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA??? Anda seharusnya bersyukur kerana anda telah DIPILIH.
- Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas.
- Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
- Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa, tetapi ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
- Hadiah paling berharga hanya diberi kepada orang yang menemui kegagalan, tetapi dia tidak pernah berundur, atau merungut atau berputus asa.
- Sekiranya anak anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan, mereka tidak akan menjadi orang yang berani kelak.
- Apabila anda kaya, fikirkanlah saat-saat anda miskin dahulu.
Sumber : insani.tripot.com
Hari pun dah semakin malam.....Sebentar lagi MA nak prepare untuk dinner kami pulak.....dan... dan yang paling utama sebentar lagi jugak, MA nak dok mengadap TV, nak tenguk cerita KOREA.....heheheheee. Memang sekarang MA dok tengah menggila tenguk cerita "The Birth Of A Family"....... seronok jalan ceritanya......tapi pada 25.11.2013 nanti dah last episode...... huhuhu
PUDING MARBLE OREO (13"X 13")
Oleh : MA
Bahan-bahannya A :
- 27g agar-agar serbuk
- 450g gula
- 1950ml air
- 100g tepung kastad*
- 250ml susu cair*
- 4 biji telur*(* larutkan tepung kastad bersama susu cair kemudian masukkan telur kacau sebatikan)
- 150g mentega
- 1 susu makan coklat emalco
- 8g agar-agar serbuk
- 200g gula
- 900ml susu cair (300ml susu cair + 600ml air)
- 1 paket biskut oreo berkerim putih (dipatah-patahkan)
- Sedikit serbuk biskut oreo
Untuk Bahan A :
- Masukkan serbuk agar-agar, gula & air didalam periuk. Masaklah sehingga mendidih sambil dikacau selalu.
- Masukkan bancuhan tepung kastad tadi, kacau cepat-cepat supaya adunan tidak bergentel. Masakkan sehingga mendidih sambil dikacaukan selalu..
- Apabila mendidih masukkan mentega & kacau sebatikan sehingga mentega cair & larut serta mendidih sekali dua. Tutupkan api.
- Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian dibubuh coklat emalco & satu bahagian lagi dibiarkan kepada warna asal.
- Tuangkan adunan kedalam acuan 13"X13" yang telah berlapik dengan plastik, berselang seli dengan adunan coklat emalco sehingga habis
- Ketepikan.
- Masukkan agar-agar serbuk bersama dengan gula & air kedalam periuk. Masakkan sehingga adunan agar-agar ini mendidih dan larut.
- Apabila mendidih masukkan pula susu cair dan kacau lagi sehingga adunan tersebut mendidih lagi. Matikan api.
- Tuangkan kesemua adunan susu ini diatas lapisan agar-agar mable tadi.
- Kemudian patah-patahkan biskut oreo & susunlah diatas agar-agar lapisan susu sehingga penuh keseluruhan acuan.
- Taburkan juga sedikit serbuk biskut oreo diatas lapisan agar-agar tersebut.
- Sejukkan puding ini, kemudian barulah dipotong & dihidangakan.
'SELAMAT MENCUBA'.
Inilah rupenya Puding Marble Oreo
setelah dipotong
Cantik...kannnn !!!!
No comments:
Post a Comment