CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, September 19, 2014

CARA MUDAH DAN MURAH UNTUK LANSINGKAN BADAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

لسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam Jumaat yang penuh dengan baraqah...
Alhamdulillah ..dihari yang mulia , penghulu segala hari ini.....mari kita mulakan langkah dengan Bismillah dan Senyuman....
Sahabat dan teman sesungguhnya Perancangan Allah itu Indah...
Ketika kita bersedih....DIA datangkan kita Bahagia...
Ketika kita menangis....DIA datangkan Senyuman...
Ketika kita diUji dengan segala ujianNYA...DIA datangkan Hikmah.....
Oleh itu mari bersama-sama kita muasabah diri ini....

Hari ini MA nak kongsi sedikit Tip yang berguna untuk menurunkan berat badan....
Dari pencarian MA melalui google banyak yang MA perolehi petua-petua dan tip-tip yang berguna bagi kita yang ingin menurunkan berat badan......
Wbp MA terpikat dengan tip yang dipersembahankan oleh CikMatahariku....terima kasih pada beliau diatas tip yang berguna ini dan izinkan MA catitkan diblog ini untuk rujukkan MA dimasa datang....

Saperti juga dengan Cik Matahariku.....MA juga kedekut untuk membeli produk yang satnika ada dipasaran nie.....saperti cendawan tumbuh.....mahalnya Ya ALLAH tuhan yang tahu....tapi kemujarapannya  belum tentu berkesan kepada tubuh kita.....hampesss..hahaha

Okey lerr...oleh kerana dah kedekut sangat kan...saperti yang Cik Matahariku kata...maka mari kita kongsi cara murah, jimat dan tidak membazir tentang satu petua dan tips mudah bagi kita  untuk menurunkan berat badan  yang bagaikan di pam-pamkan ini........
Mai kita cuba petua nak turunkan berat badan dan slim melim dengan "Jus Lobak Merah dan Timun Plus Cuka Epal" yang Cik Matahariku syorkan ini.....
Apamacam Anda ingin mencuba ??? Wokey mai kita mencuba sama-sama yerrr.....dan kita sama-sama mendapat manafaatnya....
Bak kata Ustazah Siti Nor Bahyah ...." Jika Anda Buat ...Anda  Dapat"






CARA PENYEDIAAN JUS LOBAK MERAH DAN TIMUN PLUS CUKA EPAL

Untuk mendapatkan Cuka Epal tidaklah susah sangat kerana anda boleh dapatkan dipasar-pasar Raya Besar saperti Tesco, Mydin, Jaya Jusco, Giant dll. Harganya agak mahal sikit ....tapi wbp kita mampu membelinya.....tidaklah semahal produk untuk menguruskan badan yang berada di pasaran....
Wokey mari kita berkongsi bahan-bahan yang diperlukan dan cara penyediaanya saperti yang dituliskan oleh Cik Matahariku.....

BAHAN-BAHAN UNTUK MENYEDIAKAN JUS LOBAK MERAH DAN TIMUN PLUS CUKA EPAL
  • 3 biji Timun sederhana besar (jangan dibuang kulit)
  • 1 biji lobak merah (2-3 biji pun boleh) juga jangan dikikis kulitnya. Hanya perlu dibasuh hingga bersih sahaja.
  • 2 gelas air mineral (air masak pun boleh)
  • 2 sudu besar Cuka Epal ( atau boleh digantikan dengan cuka kurma/ 2 biji limau nipis besar/ 4 biji limau kasturi) 
  • 1 sudu besar Cuka Epal (untuk toner)
  • 1/4 sudu kecil gylcerin (cuma untuk toner sahaja)
CARA PENYEDIAAN JUS LOBAK MERAH DAN TIMUN PLUS CUKA EPAL
  1. Hiris timun dan lobak merah kecil-kecil, supaya senang nak blander.
  2. Masukkan kedalam blander dan tuang 2 gelas air mineral, atau air masak.
  3. Blander sampai hancur.
  4. Tapis kedalam mangkuk atau jag air minuman.
  5. Tuang jus kedalam gelas A. Simpan baki jus didalam gelas B.
  6. Masukkan 2 sudu besar cuka epal kedalam gelas A.
  7. Kacau sebati dan sedia untuk diminum. 
Tentu ramai yang tertanya-tanya apa kaitannya cuka epal dengan petua lansing dengan lobak merah nie kan ??? Nak tahu sila baca pendedahannya Khasiat Cuka Epal DISINI dan DISINI

Sila amalkan minum jus ini 3 kali sehari dan hendaklah meminumnya secara konsisten. Kalau ikut orang yang cadangkan petua ini...kalau secara istiqamah kita minum jus lobak merah dan timun plus cuka epal ini ...kita kan dapat rasai perbezaan pada tubuh dan kehilangan 3-8kg dalam masa 3 bulan. InsyaAllah.....

No comments:

Post a Comment