Assalamualaikum....
Dah lama jugak MA menyepikan diri.....maafkan MA, sejak kebelakangan nie terlalu sebuk dengan aktiviti lain. Wbp jika berkesempatan serta mood rajin masih ada....MA pasti akan update resipi-resepi yang tertunggak.....Walau pun bz camne pun masak tetap lah masak.....Selagi mana MA masih menjadi & masih bergelar seorang ibu & isteri, memasak tetaplah tak boleh diabaikan, pastinya itu adalah satu tanggungjawab yang wajib.......
Resipi yang MA n3kan ini telah dibuat minggu lepas lagi......untuk minum petang kami. Resipi yang sering MA buatkan dikala perut dok keroncong.....hehehe. Resipinya boleh juga rujuk DISINI
MA masih ingat lagi dihari yang MA buatkan Cucur nie, ditempat MA sepanjang hari hujan turun...walaupun tidaklah selebat mana....tapi aktiviti diluar rumah semuanya tergendala ...... Terlalulah malas untuk keluar......jadinya, untuk aktiviti memasak, capai je stok ape yang ada tersimpan dalam peti ais.
Dan....dikala itulah perut asyikkan berbunyi jeee.....
Dikala kesejukkan bagini, pastinya hidangan panas-panas yang lebih uuummpp....
Oleh yang demikian resipi nielah sebagai penyelamat perut yang dok berbunyi-bunyi nie.......terima kasih pada Yatiememories & Cik Mat Gebu diatas resipi ini. (kerana MA skodeng resipi nie dari rumah DTS) Wbp maafle...resipi asal telah diolah semula mengikut citarasa MA....namun idea asal serta resipinya, masih lagi rujukkan daripada Yatie. Cucur Nasi nie...MA gandingkan je dengan cili sos, looo tak cukup sepinggan dibuatnya.....ape lagi sambil makan sambil mengadap TV.....
Okeyle....untuk kawan-kawan & adik-adik serta anak-anak yang tak pernah mencuba resipi nie.....mai kita sama-sama mencubanya, pasti berbaloi.....tentunya ada siaran ulangan, apetah lagi ketika kesejukkan dihari hujan......resipi nie pastinya pembuka selera serta penyelamat pada perut yang dok kruukkk kruuukkk......
Mai kita tenguk resipinya......
CUCUR NASI
Resipi asal : Yatiememories
Sumber : Cik Mat Gebu
Olahan : MA
BAHAN-BAHAN :
- 2 cawan nasi
- 2 cwan air
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 biji bawang besar - dihiris
- 2 ulas bawang putih - dihiris (MA tak guna pun)
- 1/2 biji bawang besar - didadu (MA tak gunakan juga)
- 1/2 cawan ikan bilis,- cuci & rendam sekejap & toskan (MA gantikan dengan 1 kiub ayam)
- 1 biji cili merah - dihiris halus
- Daun sup/daun bawang - dihiris halus (MA guna daun kucai)
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- Sedikit serbuk kunyit (Ini MA tambah)
CARA MEMBUATNYA :
- Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih & ikan bilis (MA gantikan ngan kiub ayam) dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan-bahan kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup /daun bawang (MA gantikan dengan daun kucai), cili hiris dan perasakan dengan garam secukupnya & gaul hingga rata. Ketepikan.
- Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air & jemput adunan tadi & masukkan kedalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali tapi pastikan ada ruang.
- Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat & toskan, letakkan atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap. Hidang bersama sos cili atau sos kegemaran anda.
Cucur Nasi dah pun terhidang
Untuk santapan dihari hujan
Jangan asyik je... pandang-pandang
Mai kita sama-sama buat untuk sajian
No comments:
Post a Comment