CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 18, 2013

AYAM MASAK HITAM MANIS KISMIS

Salam di hujung minggu pada pengunjung blog MA khasnya....
Hari nie anda masak apa?? Masih mencari idea menu apa untuk dimasak hari nie.......!!!
Bosan juga kalau dok memikirkan menu apa nak dimasak.........
Kalau bagitu, apa kata mai kita masak Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie........
Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie MA buat bersama Nasi Ketumbar tempoh hari....
Alhamdulillah kombinasi yang sesuai......
Resepi Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie dah lama MA simpan.....cuma MA catatkan bahan-bahannya saja, pemilik asalnya MA tak pula ketahui....wbp terima kasih pada penyumbangnya....
Resepi asal menggunakan daging, tapi memandangkan My hubby tak boleh makan daging, jadi MA tukarkan kepada ayam je.
Sekiranya anda menggunakan daging, potong daging tu dadu besar & direbus terlebih dahulu hingga empuk.
Resepi yang MA sertakan disini telah diolah mengikut citarasa MA, kepada anda yang ingin mencubanya......jom kita tenguk resepinya........



AYAM MASAK HITAM MANIS KISMIS

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 16 ketul
1/4 cawan kicap pekat
2 sudu besar kicap lemak manis (MA guna kicap Jalen)
12 biji bawang merah - dihiris halus
8 biji cili padi - diketuk
sekeping asam gelugur

Bahan Rempah Kering:

1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil ketumbar

Bahan-bahan kisar :

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering - dibuang biji & direbuskan sebentar supaya lembut utk diblander
1" halia
1/4 cawan kismis hitam (MA guna kismis biasa je)
( kalau tak mahu guna kismis boleh digantikan dengan gula merah)

Bahan Rempah tumis :

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Membuatnya :
  1. Sangaikan bahan rempah kering terlebih dahulu. Sejukkan & kisar hingga halus.
  2. Panaskan 2 senduk minyak, masukkan bawang merah yang dihiris, goreng hingga keperangan menjadi bawang goreng. Angkat & ketepikan.
  3. Kemudian gorengkan ayam separuh masak dengan menggunakan minyak yang sama. Ketepikan ayam yang telah bergoreng tadi.
  4. Dengan minyak yang sama juga, tinggalkan 1 senduk sahaja, masukkan bahan rempah tumis & gorengkan hingga wangi. Masukkan bahan kisar - kacau sebatikan & biarkan 3 minit.
  5. Masukkan bahan rempah kering & gaul sebati - biarkan 5 minit dengan api yang kecil (tambah sedikit air jika perlu).
  6. Masukkan ayam, asam gelugur, kicap pekat & lemak manis serta cili padi. Kacau hingga sebati & kuah agak pekat.
  7. Rasakan manis masinnya, tambahkan gula/garam jika perlu.
  8. Bila kuah dah agak kering, masukkan bawang goreng. Gaul sebati sebelum ditutup api.
* Penggunaan bawang goreng dalam resepi nie membuatkan masakkan ini menjadi sedappp...
   Tapi tak digalakkan guna bawang goreng yang segera tu ye.....



Ayam Masak Hitam Manis Kismis nie MA gandingkan
dengan Nasi Ketumbar
Alhamdulillah gandingan yang serasi
Jelatah timun pasti tak boleh 
di tinggalkan....kerana dialah 
pembuka selera.... 


No comments:

Post a Comment