Salam Syawal untuk semua....
Kali nie MA n3kan resepi nasi ketumbar, tentunya dah ramai bloggers yang telah pun mencuba nasi ketumbar nie.....
MA sekeluarga pun suka dengan aroma nasi nie.... kerap juga ada siaran ulangan nya....he3x
Nasi ketumbar nie MA masakkan untuk makan tengahari semalam, tapi baru hari nie kesempatan untul entry......
Nasi nie mudah dibuat, bahan-bahannya pun simple saja.....yang penting mesti ada daun ketumbar ye.....
Harum semerbak bau daun ketumbarnya, membuka selera......
Kalau MA buat nasi nie, pasti My hubby & sibongsu bertambah-tambah makan nasinya....pasti tak cukup sepinggan. Selalunya nasi ketumbar nie MA gandingkan dengan ayam masak kerutuk & jelatah timun je.....
Tapi kali ini MA tukarkan pula masakkan ayamnya......next time bila buat lagi MA nak cuba pula gandingkan dengan ayam masak merah berempah seperti K.Nor secubit garam lakukan.
MA nie selalunya kalau nak masak terpaksalah gunakan ayam je....sbb daging, huhuhu... My hubby tak boleh makan, biasalah orang gout.
Okeyle jom kita tenguk resepinya........
NASI KETUMBAR
Resepi : Q'ein @ Myresipi
Sumber : Secubit Garam
Bahan-bahannya :
500g beras (MA guna beras basmathi Jasmine King)
3 sudu besar mentega/minyak sapi (MA guna minyak sapi)
Sedikit minyak
1 biji bawang besar (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blander halus)
Sedikit garam
Pewarna hijau
1 kiub ayam (MA guna Maggi Concentrated Chicken Stock)
Cara-caranya:
- Basuh beras & toskan.
- Cairkan mentega/minyak sapi bersama sedikit minyak.
- Masukkan bawang & goreng hingga wangi. Masukkan juga kiub ayam/Maggi Concentrated Chicken Stock.
- Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah diblanderkan tadi & secubit garam.
- Masukkan air & masak saperti nasi biasa (air - MA masukkan 500ml, sama dengan sukatan beras).
- Bila nasi sudah kering, buatkan beberapa lubang & titiskan pewarna hijau.
- Tunggu nasi betul-betul masak & gemburkan sebelum dihidangkan.
daun ketumbar dalam nasi.
Serious sedap nasi nie!!...kami sekeluarga suka sangat!!!
Sentiasa ada siaran ulangan....
Selalunya MA gandingkan nasi ini dengan
ayam masak kerutuk, tapi kali ini MA
gandingkan dengan
ayam masak hitam manis kismis
& yang pastinya jelatah timun tak boleh ditinggalkan.
Selamat hari raya..
ReplyDeleteBerkunjung dihari raya di alam maya ni
Alhamdulillah...Selamat Hariraya jua untuk Reen...
DeleteTerima kasih kerana sudi berkunjung kesini....
Suka nya mama, mendapat kunjungan tetamu namanya yang besar & famous didunia bloggers nie...