Salam sejahtera....
Beberapa hari yang lalu MA ada buatkan Wat Tan Ho.....prepare untuk tetamu yang emergency datang beraya ke rumah.....
Ye le ....takkan biarkan tetamu menjamu selera dengan biskut je......
Wat Tan Ho nie senang saja membuatnya ......simple je, jadi MA sediakanlah bahan-bahannya simpan dalam peti ais, jika ada tetamu datang MA masakkan je Wat Tan Ho nie......makan panas-panas.......sedapppp
Rata-rata tetamu memuji di atas kesedapan Wat Tan Ho nie.......siap minta resepi lagiiii
Resepi Wat Tan Ho nie dah lama MA simpan dan selalu membuatnya......
Resepi asal MA dapat daripada Myresipi.com, penyumbangnya che'iza....terima kasih pada beliau di atas resepi yang simple & sedap nie.
Wbp resepi asalnya MA dah olah mengikut citarasa MA......
Kalau dihari-hari biasa, MA buatkan Wat Tan Ho nie, sepinggan- sepinggan, tapi bila hari raya nie memandangkan tetamu datang beramai-ramai....jadi MA buatkan Wat Tan Ho nie banyak-banyak sekali & kuahnya di asingkan......
Jika tetamu nak makan....mereka ambil sendiri kuey teownya & masukkan sendiri kuahnya.......
Wan Tan Ho nie memang sedap kalau di makan panas-panas.......Oleh yang demikian MA buatkan Wan Tan Ho nie semasa tetamu dah sampai & berada di rumah........
Buatnya tak lah susah & lama sangat.......
Yang pasti bahan-bahannya mestilah di preparekan dulu.......
Okey le bagi anda yang ingin mencuba buat Wat Tan Ho nie.......jom kita tengok resepinya....
WAT TAN HO
Sumber : MyResepi - che'iza
Bahan-bahannya:
Untuk Kuey Teow
300g kuey teow (MA guna kuey teow sup - Kuey Teow halus)
2 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Sedikit serbuk lada sulah/ lada hitam
5 biji cili padi- diketuk (MA tambah)
Untuk Kuah
6 ekor udang - sederhana besar
Beberapa hirisan daging (MA guna isi ayam)
3 ekor sotong - sederhana besar (MA tambah)
1 biji baby jagung
3 helai daun sawi
Sedikit lobak merah
2 ulas bawang putih - diketuk
3 hirisan halia - dihiris halus
5 biji cili padi - diketuk (MA tambah)
Sedikit lada sulah/lada hitam
1sudu kecil serbuk pati ayam (MA guna 1 sb Maggi Concentrated Chicken Stock)
500ml air/ lebih kurang 3 cawan
Garam secukup rasa
1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
1 biji telur
Cara-caranya :
- UNTUK KUEY TEOW : Tumis bawang putih & cili padi hingga kekuningan. Masukkan kuey teow, kicap pekat, kicap manis & sos tiram gaul rata. Masukkan lada sulah/ lada hitam gaul sebatikan. Siap angkat kuey teow & letakkan dalam 2 pinggan - ketepikan.
Biar mendidih, masukkan daging, masukkan pati ayam & lada sulah/ lada hitam.
Masukkan pula udang, sawi, lobak & putik jagung. Bubuh garam sedikit & rasalah
mengikut citarasa kita.
(CARA MA : Tumiskan bawang putih, cili padi & halia hingga kekuningan, masukkan
isi ayam, sotong & udang, serta lobak merah, gorengkan sebentar kemudian baru di
bubuhkan air. Masukkan Chicken Stock & lada sulah/ lada hitam. Biarkan mendidih,
baru dimasukkan sawi & putik jagung. Bubuh garam sedikit & sesuaikan rasanya.)
3. Bila kuah sudah mendidih masukkan tepung jagung yang telah dicampurkan dengan
sedikit air tadi. Kacau sebatikan, jangan terlalu pekat sangat. Kemudian
pecahkan telur kedalam kuali tadi,& kacau cepat-cepat, biar telur hancur.
Kejap je....siap & tuangkan kuah pada kuey teow yang telah tersedia tadi.
Makan panas-panas.....sedappp
Wat Tan Ho dah tersedia untuk di makan
Makan panas-panas ye....baru le
terangkat
Sedapppnya tak terkata...
No comments:
Post a Comment