CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 21, 2013

APAM POLKADOT

Sudah lama resepi nie MA simpan, tapi tak terbuat-buat. Kali ini MA cekalkan hati untuk membuatnya. Pernah juga MA nampak resepi apom polkadot ini di blog Sinar Kehidupanku. Tapi MA lebih suka dengan resepi drp rahel blogspot. com ini.

Wbp terima kaseh pada keduanya di atas resepi yang sedap nie, MA masih juga rujuk resepi drpd Yatie, sbb MA suka pada blueberry filling yang Yatie masukan pada apom polkadotnya. Terima kaseh pada penyumbang resepi saperti yang Yatie katakan, MA pun tak tahu resepi asal drpd siapa?

Sbb terlalu ramai yang telah mencubanya......
MA rasa resepi nie memang berbaloi sangat-sangat utk membuatnya, disamping sedappp, apam nie jugak nampak cantik dan meriah dengan warna-warnanya. Apam polkadot/ dot dot nie memang sesuai untuk majlis-majlis sbb serinya...............
Ok le jum kita lihat resepinya................




Apom Dot Dot @ Apom Polkadot
Sumber : http://rahelblog-rahel.blogspot.com/

Bahan-bahannya:

250g tepung gandum* (MA guna tepung rose / tepung naik sendiri je )
200g gula pasir (MA guna gula kaster )
250ml susu segar
3 biji telur gred A
2 sudu teh ovellet
2 sudu teh b.powder*
1sudu teh esen vanila
sedikit pewarna pilihan
Sedikit blueberry filling (MA tambahkan)

Caranya :
  1. Panaskanair dalam kukusan. Siapkan acuan. Ayak bersama bahan- bahan bertanda*.
  2. Pukul telur, gula dan ovellet sahingga kembang salama 15 minit ( guna pemukul elektrik).
  3. Masukan susu adunan tepung dan esen vanila.Kacau sebati.
  4. Ketepikan adunan untuk dibuat dot-dotkan. Warnakan adunan, kacau rata.
  5. Masukan adunan didalam piping bag, setiap satu warna dimasukkan kedalam setiap satu piping bag.
  6. Isikan acuan yang berisi papercup dengan adunan warna pilihan, isikan adunan tadi 1/4 daripada papercup sahaja, letakan sadikit blueberry filling diatasnya. Kemudian isikan pewarna yang sama menutupi blueberry filling tadi sahingga 3/4 acuan papercup. Buatkan dot-dot di permukaannya dengan warna pilihan lain.
  7. Kukus selama 20 minit dengan api sedang. 
NOTA :

*sebelum mengukus apom polkadot, air hendaklah dididihkan terlebih dahulu dalam periuk pengukus.
*balut tudung pengukus dengan tuala kecil, agar apom tidak terkena titisan wap .
*kalau buat adunan 1 1/2 adunan - boleh dapat 96 biji apom.

No comments:

Post a Comment