CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, May 22, 2013

STEAMED COCONUT BLOSSOM CAKE

Hari nie MA dapat tempahan lagi, steamed  coconut blossom cake & apam polkadot. Resepi Steamed coconut blossom cake nie  MA dapat daripada sepupu MA yang tinggal di S'pore. Dah lama MA simpan resepi nie........banyak dah MA terima tempahan bagi apam nie. Sedapppp.......cubalah.

Kawan-kawan sekolah anak MA sibongsu, sangat suka apam nie, kalau MA terima tempahan sudah pasti MA akan buat lebih, kerana besok paginya sibongsu pasti nak bawa ke sekolah apam nie.
Katanya kawan-kawan dia sukakan apam nie.......tak ape le rezeki budak-budak kan........ hari nie kita beri pada mereka, besok berlipat ganda lagi rezeki kita.......
Yang penting kita ikhlas..........pasti Allah akan membalas.
Mari kita tengok resepinya......




STEAMED COCONUT BLOSSOM CAKE
Resepi asal : The Baker's Shop, S'pore
Sumber : Rubby- sepupu mamaAna di S'pore

Bahan-bahannya:

3 biji telur gred A- yang telah di sejukkan dalam peti ais
225g  gula kaster
275g softasilk @ tepung Hong Kong
2 sudu teh b. powder
1 sudu makan ovalett
150g coconut cream - perah tanpa air, sejukkan dulu di peti sejuk
25ml ir daun pandan
1 sudu teh pewarna hijau

Peraturannya:

  1. Semua bahan-bahan masukkkan ke dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3-5 minit.
  2. Campurkan warna hijau dan gaul rata.
  3. Masukkan 1 adunan ke dalam papercup, kemudian bubuh inti kelapa di tengah dan seterusnya lalu tutupkan dengan  satu sudu adunan lagi di atasnya.
  4. Hiaskan diatasnya dengan belahan ceri yang telah di potong 4.
  5. Kukus adunan selama 20 minit.
INTI  KELAPA

50g gula pasir
125g gula melaka
50ml air biasa
20g tepung jagung
3 helai daun pandan
225g kelapa parut putih

Peraturannya:
  1. Masukkan di dalam periok saperti gula, gula melaka, tepung jagung ,daun pandan dan air , masak sampai mendidih.
  2. Masukkan kelapa parut dan kacau rata sampai masak. 
  3. Sejukkan inti ini dan apabila sudah sejuk boleh lah di gunakan.
Nota :
  • Semasa mengukus apam tersebut api mestilah sederhana, kerana jika api besar apam tersebut akan pecah 4 ( melainkan jika anda suka apam itu terpecah 4).
  • Untuk mendapat apam yang elok, mesti bubuh 1/2 tepung solf dan 1/2 tepung hongkong. (kurang tepung hong kong apam akan pecah tidak elok)
  • 3 bancuhan adunan boleh dapat 123 biji.

No comments:

Post a Comment